PERPPIS Bahagian Tawau: 2010
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Bingkisan kenangan

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.

Ini merupakan warkah pertama saya pada kali ini. Sedar tak sedar hampir setahun sudah berlalu. Sedih sungguh rasanya. tanpa disedari, sesi pimpinan pada sesi 09/10 telah pun berakhir dan diteruskan dengan sesi kepimpinan yang baru. Ya, Kursus Amal Islami (KAMI) Ke-17 yang telah berlangsung pada kali ini membawa erti yang amat bermakna. 17 Disember 2010 merupakan tarikh yang keramat kepada sesi kepimpinan pada tahun ini kerana pada tarikh tersebutlah Muktamar Sanawi berlangsung. Pada masa tersebutlah sesi pimpinan 09/10 telah pun berakhir. Pilu, sedih, hiba... Itulah kata-kata yang mampu digambarkan. Rasanya ikutkan hati, tak sanggup nak tinggalkan PERPPIS. Banyak sangat kenangan yang terlakar di sini. Suka duka, pahit manis dan asam garam dalam melayari behtera PERPPIS. Saya masih lagi ingat pesanan abi bahawa kita adalah mata rantai perjuangan. Bukan pemula dan bukan penamat tetapi hanya penerus perjuangan. Itulah hakikat yang perlu diterima dan itulah realitinya.

Sepanjang berada dalam PERPPIS, banyak sangat ilmu yang dipelajari. Ilmu soft skill dan juga hard skill. Ilmu soft skill berkaitan dengan ilmu mengenai jalur lebar manakala ilmu hard skill pula ialah ilmu komunikasi. Di sinilah saya mula mengenal Islam dengan lebih mendalam, mengenal erti jemaah, bersama menegakkan syiar Islam melalui wadah organisasi dan menjaringkan ukhuwah dengan sahabat sefikrah. Alhamdulillah syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana diberi hidayah serta ruang dan peluang untuk menjadi insan yang diberi kesedaran akan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Syukur juga sepanjang berada dalam kepimpinan PERPPIS dipertemukan dengan sahabat yang sefikrah. Teringat lagi kata-kata abi ketika dalam Usrah Organisasi bahawa jika nak menegakkan ketuanan Islam memang akan berhadapan dengan onak dan duri serta mehna dan tribulasi. Jangan impikan permaidani merah dihamparkan di hadapan kita.

Saya masih lagi ingat kenangan lampau ketika mula-mula berada dalam PERPPIS . Masa tu jadi pelapis dalam tingkatan 4.Itu pun daripada ajakan teman sekolah. Dulu, saya tak tahu akan kewujudan PERPPIS Bahagian Tawau. Sewaktu berada di tingkatan 5, saya telah dipilih sekali lagi menjadi Ajk pada sesi berikutnya. Alhamdulillah syukur tidak terkata. Tetapi semasa berada di tingkatan 4 dan 5, belum lagi aktif dan menjiwai PERPPIS secara sepenuhnya. Keluarga pun belum lagi faham akan risalah Islam yang dibawa. semasa saya berada di tingkatan 6 pula, alhamdulillah keluarga pun sudah faham akan amanah yang diberikan. Pada tahun tersebut saya mula sudah aktif dalam PERPPIS dan juga jemaah. Seronok rasanya berprogram. Bagus juga, masa kita terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan sekali gus dapat mendekatkan diri kepada Allah. Memang benar kata abi, kalau 1 tahun ibarat baru nak kenal PERPPIS. Tahun kedua pula kita mula mengenal PERPPIS, tahu akan gerak kerja serba sedikit. Tahun ketiga barulah kita mula menyelami dan menjiwai akan organisasi tersebut.

Semasa saya berada di tingkatan 6 Atas pula, saya diamanahkan menjadi Pengerusi HEPI sesi 09/10. Memang amat berat tanggungjawab yang hendak dipikul lebih-labih lagi pada masa yang sama nak fokus juga dalam STPM.. Namun, tugasan tersebut mesti juga digalas bukan kerana abi tetapi tugas hakiki sebagai hamba-Nya. Menyampaikan risalah Islam melalui wadah organisasi pelajar. Insya allah akan tersemat indah di sanubari segala kenangan.

Kepada saf pimpinan yang baru dilantik, tahniah dan takziah diucapkan kerana merupakan pilihan Allah. Buat yang terbaik dalam kepimpinan tahun ini. Mantapkan organisasi. Isi diri dengan akidah yang sahih dan ketakwaan yang mantap pada Allah. Usrah jangan lupa sertai. Program jemaah jangan lupa ikut. Bekerjalah kerana Allah. Moga persahabatan kita kerana-Nya. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Maaf jika dalam bersahabat ada silap dan salah sehingga menyebabkan terguris hati.Terima kasih atas teguran dan kritikan. Moga pimpinan pada tahun ini mantap dan lebih baik daripada sebelumnya.

Kepada mantan PERPPIS, jangan lupa ikuti UNIT AMAL dan juga NISA". Sertai usrah dan program jemaah. Jangan lupa infakkan seluruh jiwa, raga dan kewangan demi menegakkan syiar Islam. Maaf sekali jika kepimpinan tahun ini kurang mantap dan banyak yang kekurangan. Perjuangan belum berhenti setakat di sini. Masih jauh dan panjang lagi. Berjuanglah hingga ke titisan yang terakhir dan hujung nyawa. Maaf juga atas silap dan salah.Istiqamah dalam jemaah. Jangan penat dalam berjuang..

Kepada abi dan umi yang tersayang, terima kasih kerana membimbing kami dalam melayari bahtera PERPPIS. Segala tunjuk ajar insya allah akan dipraktikkan. Tegur sahaja kami jika melakukan silap dan salah. Kami anggap Cikgu Mohd. Nasir dan juga Kak Mui seperti abi dan umi kami sendiri. Jasa abi dan umi tak akan kami lupakan. terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Sekian sahaja warkah coretan saya pada kali ini. Insya allah akan bertemu lagi pada warkah akan datang. Wassalam.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

IKhlaskah daku??

Keikhlasan sifatnya non material
Rela hati menelusuri kehidupan
Dengan tetesan keringat dan air mata
Dengan pengorbanan sebuah eksistensi diri
Hanya untuk mengubah paradigma semesta

Keikhlasan bagian dari spiritualitas
Sedang spiritualitas tak terukur oleh material
Wajah yang manis menjadi legam
Terkena panasnya terik sang surya
Hanya untuk mengharmonisasikan semesta.

Adakah keikhlasan tersimbolkan
Sedangkan simbol adalah representase makna
Bukankah simbol tuntutan syariat
Dalam upaya menapaki jalan spiritual
Ataukah keikhlasan tersimbolkan dalam bentuk kepanitiaan di LK
Tersimbolkan melalui tetesan keringat peluh tanpa bahasa

Keikhlasan adalah bagian dari spiritualitas
Menemukan spiritualitas melalui keikhlasan memberi
Dan tersingkapnya tabir
Jadikanlah diri milik semesta
Semesta merindukan sentuhan dan belaian tangan kita.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Tanda-tanda keikhlasan

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak,
ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata
kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Tanda seseorang itu ikhlas:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita.
2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.
3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.
6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.”
8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.
9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10.Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, kalau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat.
11.Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
12.Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.

Untuk kita dapat tahu kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

BUSANA MUSLIMAH: Mana Islamnya?



“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”
Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?
Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi
bebas masing-masing?
Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman
ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual,
mistik dan terpencil daripada kehidupan massa,
kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’,
tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.
Itulah BUSANA MUSLIMAH.
LANDSKAP 1990′AN
“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka.
Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,”
saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.
“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja.
Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,”
saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.
“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.
“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja.
Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.
Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam.
Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab,
kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.
Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.
Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.
Tudung juga tidak banyak jenis.
Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.
Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara.
Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.
LANDSKAP SEMASA
Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa.
Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.
Industri fesyen semasa berkembang maju.
Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.
Baguslah begitu.
Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung,
tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup.
Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.
Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik,
HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah.
Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri,
namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang.
Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

PENTAKRIFAN
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]
Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?
Bagaimana dengan batas-batas Aurat?
Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?
Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]
Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?
Semakin menjadi-jadi.
Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?
Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.
BEBAS
“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.
“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.
Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.
Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).
Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.
Kami cemburu dengan agama kami.
BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sea nyata.[al-Ahzaab 33: 36]
FULL STOP!
http://saifulislam.com/?p=8510#comment-88711

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

video
Kenangan yang tidak munkin dilupa.....
harap warga TAWAU terus menyokong perjuangan KAMI untuk program-program mendatang.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Mesti baca.....Hijrah

Ke hadapan semua sahabatku,

Tahun 1431 H telah pun melabuhkan tirainya. Sungguh, banyak kenangan suka duka, pahit manis yang terlakar namun semuanya telah menjadi lipatan sejarah yang telah lalu. Pengalaman yang pahit jadikan sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita menjadi insan yang tergolong dalam golongan Muttaqin (bertakwa) manakala pengalaman yang manis simpanlah di ingatan untuk kenangan dan panduan dalam hidup insyaallah. Kini, kita telah pun beranjak ke tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1432 H. Pengalaman baru pula yang akan kita lalui, yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Pada 1432 H ini, marilah kita bersama-sama membina lembaran baru. Jika kita pada tahun lalu merupakan seorang yang malas solat, pada tahun ini, sematkan dalam jiwa untuk rajin solat dan melakukan perkara-perkara yang akan mendekatkan diri kita pada Khaliq. Jika dahulu kita seorang yang seringkali gagal dalam pelajaran maka tahun ini azamlah untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Jika dahulu kita jarang menginfakkan diri dalam gerak kerja Islam, maka perbaharuilah azam pada tahun ini untuk sentiasa bersedia menginfakkan bukan sahaja diri malah harta benda dan keluarga sekali demi menegakkan syiar Islam supaya terus menjulang tinggi di persada dunia.

Hijrahkanlah diri kita seiring dengan maksud hijrah iaitu perpindahan. Hijrah bukan membawa pengertian yang kecil iaitu hanya tertumpu semata-mata kepada penghijrahan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat daripada Makkah ke Madinah sahaja tetapi juga perpindahan dari segi sikap atau perangai kita. Ya, penghijrahan dari sudut perangai amatlah perlu. Apabila ditanya sudah tentu jawapan yang akan kita berikan ialah nakkan Islam gemilang dan syariat Islam dijunjung yang berteraskan kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah tetapi jika ditimbang tara benarkah kehendak kita selari dengan perbuatan kita? Renung-renungkan kembali duhai sahabat..

Kita mengaku diri kita seorang pejuang tetapi kedekut untuk menginfakkan diri dalam gerak kerja Islam. Kita mengaku diri kita mukmin tetapi masih lagi berkira untuk turun usrah dan kuliah dengan memberikan 1001 alasan. Kita mengaku diri kita hamba kepada Al-Khaliq tetapi masih lagi melakukan perkara yang menimbulkan murka-Nya. Adakah betul perbuatan yang kita lakukan itu?? Fikirkan kembali duhai sahabat..Dalam mengharungi jalan dakwah, banyak mehna dan tribulasi yang kita akan lalui. Abi pernah berkata dalam usrah, masih lagi segar dalam ingatan saya. Kata abi, jika kita berjuang menjunjung syariat Allah, pasti kita akan melalui jalan yang penuh dengan onak dan duri. jalan tersebut perlu dilalui. Kadang kita akan terluka, rebah dan tersungkur namun hanya ketakwaan yang membantu kita untuk bangkit semula. Jalan dakwah ini memang sukar. Tidak semua yang berjaya melaluinya. Ada yang dahulunya berkobar-kobar berjuang tetapi tersungkur dan tidak bangkit kerana berasa penat dengan perjuangan yang telah ditempuh.

Kita, setiap seorang akan ditapis oleh Allah. Tapisan demi tapisan akan berlaku sehinggalah yang terlihat hanyalah segelintir sahaja yang benar-benar pertahankan Islam. Itu pun belum dikira lagi dengan tahap keikhlasannya dalam berjuang.. Masyaallah..Naudzubillahi min dzalik, jauhilah kita semua lari daripada medan dakwah kita. Walaupun ramai sahabat kita yang kecundang, kita tetap harus melangkah gagah dalam menongkah dakwah yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita. Walaupun hati kita seringkali terguris dan tercalar, perjuangan tetap diteruskan. Jangan biarkan semangat untuk berjuang mempertahankan agama Allah terus luntur. Lawan perasaan malas!! Jangan malas menghadiri usrah!! Jangan malas menghadiri kuliah ilmu!! Jangan malas menghadiri mesyuarat!! Hal ini kerana jika kita terus membiarkan perasaan malas menjalari diri ini, semakin lama tidak mustahil untuk kita berada semakin jauh dengan pegangan kita iaitu untuk mendaulatkan Islam. Apabila kita tidak melawannya, maka syaitan sudah berjaya untuk menghasut diri kita untuk alpa kepada-Nya.

Hidup kita berlandaskan dua perkara sahaja iaitu dosa dan pahala. Dari kita mula bangun daripada tidur sehinggalah kita kembali tidur. Begitulah aturan yang Allah tetapkan untuk kita. Selain itu, untuk menjadi seorang tentera Allah, kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik merupakan cerminan diri seseorang. Walaupun kita cemerlang dalam gerak kerja Islam yang kita lakukan tetapi jika kita tidak mempunyai akhlak yang baik, semuanya ibarat sia-sia sahaja. Hubungan antara muslimin dan muslimat hendaklah dijaga. Walaupun berurusan berkaitan apa sekalipun, kena diingat semuanya ada batasnya. Kebanyakan kita kecundang dalam hal ini. Mungkin jikalau berhadapan dengan mereka secara berdepan kita akan mengawal perilaku kita, masih lagi timbul perasaan malu di benak tetapi mengapa pula apabila kta berada dalam alam maya kita tidak boleh berkelakuan seperti itu?? Contohnya, dalam facebook, blog atau sms kita lebih gemar menjadikan tempat tersebut luahan perasaan, bercerita tanpa tujuan yang jelas. Bukankah perkara tersebut dikategorikan sebagai lagha (sia-sia)?

Duhai sahabat, daripada kita melakukan perkara yang sia-sia, lebih baik kita melakukan kerja yang mendatangkan pahala terhadap kita dan juga orang lain. Tidak salah untuk berurusan dengan muslimin dan muslimat kalau ada keperluan tetapi jangan disalahgunakan dalam alam maya.. Ingatlah, mungkin murabbi atau sahabat yang lain tidak dapat mengesannya tetapi bukankah Allah itu Maha Melihat? Tidak takutkah kita dengan azab Allah? Jadi, hijrahkanlah diri kita. Dalam berjuang juga jangan lupa tambahkan bibit-bibit keikhlasan dalam diri. Walaupun kadang-kadang keikhlasan itu hanya akan timbul dalam paksaan. Susah jika kita hendak menghuraikan makna ikhlas yang sebenar-benarnya. Bekerjalah kerana Allah dan bukan kerana makhluk. Jangan kita bekerja kerana teman kerana jika teman kita futur, kita akan turut futur. Jangan kita bekerja kerana hendakkan pujian, kerana itu hanyalah riak semata-mata. Janganlah kita bekerja kerana abi suruh, kerana kalau abi dan umi tak suruh kita tidak akan bergerak kerja.

Hijrahkanlah diri kita dengan mempunyai keazaman yang kuat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan rasul. Segalanya dilakukan untuk mendapatkan reda Allah. Timba ilmu fardhu ain dan juga fardhu kifayah dengan bersungguh-sungguh. Gunakan masa muda dengan sebaiknya kerana Allah suka mukmin yang muda daripada mukmin yang tua. Sekarang ini, terdapat pelbagai cara untuk menimba ilmu. Antaranya ialah melalui alam maya (facebook, sms,blog, internet,twitter), buku agama, media elektronik, kuliah dan juga usrah. Kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah mengikuti kuliah mingguan setiap hari ahad jam 10 pagi di Pejabat PASTI Kawasan Tawau. Wujudkan hubungan yang rapat dengan Allah dan rasul. Buktikan hubungan tersebut dengan perbuatan seperti zikir, solat dan membaca Al-Quran.

Sekian sahaja daripada saya. Insyaallah akan bertemu lagi pada warkah akan datang. Akhir kalam, jangan lupa untuk menghijrahkan diri kita. Jadilah hamba Allah yang Muttaqin. Marilah bersama-sama kita menuju perubahan yang lebih baik.

Daulatkan syariat Islam di muka bumi. Selagi mana bumi dipijak, selagi itu ISLAM dijunjung.

Nukilan : Zahra_Nisa
09.23 pagi



Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Isi masamu dengan aktiviti bermanfaat

Salam ukhuwafillah buat sahabat sekalian.. Bertemu lagi sekali kita pada warkah kali ini. Emm, alhamdulillah tanpa disedari masa berjalan dengan pantas. Memang benarlah pepatah yang mengungkapkan bahawa 'Masa itu Emas'. Masa yang berlalu tidak boleh diulang kembali. Peperiksaan Spm dan Stpm pun akan bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, setelah selesai berjuang menggunakan mata pena, kini kita beralih pula dengan berjuang dengan menginfakkan seluruh jiwa dan raga kita untuk perjuangan Islam.

Setelah kita telah 'merdeka' dengan kertas-kertas peperiksaan, marilah kita bersama-sama mengisi masa cuti sekolah kita dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan bazirkan masa cuti kita dengan melakukan aktiviti yang henya mengundang kemurkaan Allah! Insyaallah masa cuti ini, PERPPIS akan mengadakan Kursus Amal Islami (KAMI) ke-17 yang akan bertempat di Madrasah Darul Hidayah pada 15-19 Disember 2010. Sahabat-sahabat dijemput menyertai kursus tersebut. Pelbagai aktiviti menarik disediakan di sana, antaranya ialah explorace, kuliah, latihan dalam kumpulan (LDK), booth jualan dan pameran, dan banyak lagi dengan fasilitator yang berpengalaman. Banyak input yang akan kita perolehi. Yuran penyertaan hanya RM15 termasuk dengan pengangkutan, makanan selama 5 hari 4 malam, cenderamata peserta, dan hadiah.

Jangan lepaskan peluang yang ada. Mari beramai-ramai menyertai kursus tersebut. Ajak sahabat lain dan adik beradik..Terhad hanya kepada 150 orang sahaja.

CEPAT!! SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!!

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Sdr Syarifuddin Sabri : 014-8751236
Sdr Muhd. Rajie Lioli : 013-8934951
Sdri Suheni Nurdin : 013-8930224
Sdri Devi Novita : 019-5316684

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri