Derhaka Kepada Ibu Bapa | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: Derhaka Kepada Ibu Bapa
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Derhaka Kepada Ibu Bapa

"“Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ‘ahh’, dan janganlah kamu membentak mereka.”

[Quran Surah Al-Isra' (17) : 23]

‘Uquuqul walidain (derhaka kepada ibu bapa) adalah dosa besar. Kerana itu, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang disampaikan oleh Ibnu Al-Atsir dalam kitabnya An-Nihaayah melarang perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa.

Seseorang dikatakan ‘aqqa waalidahu, ya’uqquhu ‘uqaaqan, fahuwa ‘aaqun jika telah menyakiti hati orang ibu bapanya, menderhakainya, dan telah keluar darinya.

Kata ini merupakan lawan daripada kata al-birru bihi (berbakti kepadanya)



Kata al-’uquuq (derhaka) berasal daripada kata al-’aqq yang bererti asy-syaq (mematahkan) dan al-qath’u (memotong).

Jadi, seorang anak dikatakan telah derhaka kepada ibu bapanya jika dia tidak patuh dan tidak berbuat baik kepadanya, atau dalam bahasa Arab disebut al-’aaq (anak yang derhaka).

Jamak daripada kata al-’aaq adalah al-‘aqaqah. Berdasarkan makna ini, maka rambut yang keluar daripada kepala seorang bayi yang baru lahir daripada perut ibunya dinamakan dengan aqiiqah, kerana rambut itu akan dipotong.

Yang dimaksud dengan al-’uquuq (derhaka) adalah mematahkan “tongkat” ketaatan dan “memotong” (memutus) tali hubungan antara seorang anak dengan ibu bapanya.

Jadi, yang dimaksud dengan perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa adalah mematahkan “tongkat” ketaatan kepada keduanya, memutuskan tali hubungan yang terjalin antara ibu bapa dengan anaknya, meninggalkan sesuatu yang disukai keduanya, dan tidak mentaati apa yang diperintahkan atau diminta oleh mereka (ibu bapa).

Berikut dinyatakan 7 ciri-ciri anak derhaka:

1.    Mengatakan “ah” kepada ibu bapa dan mengeraskan atau meninggikan suara di hadapan mereka ketika berbicara, dan juga tidak memberikan nafkah kepada ibu bapa apabila dan ketika mereka memerlukan.

2.      Tidak melayani mereka dan berpaling daripadanya. Lebih derhaka lagi apabila memerintahkan ibu bapa.

3.      Menajamkan pandangan mata kepada kedua ibu bapa ketika marah atau kesal kepada mereka berdua kerana sesuatu hal.

4.      Membuat kedua ibu bapa bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun si anak berhak untuk melakukannya. Namun wajin diingati, hak kedua ibu bapa ke atas diri anak lebih besar daripada hak seorang anak.

5.   Malu mengakui kedua ibu bapanya di hadapan orang kerana keadaan kedua ibu bapanya yang miskin, berpenampilan kampung, tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.

6.      Tidak berdiri sebagai tanda menghormati ibu bapa dan mencium tangannya.

7.      Duduk mendahului ibu bapanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majlis yang di mana ibu bapanya hadir di majlis itu kerana ini adalah sikap sombong dan takabur dan melecehkan ibu bapa.

Semua itu termasuk bentuk-bentuk kederhakaan kepada kedua ibu bapa. Oleh kerana itu kita haruslah berhati-hati dan membezakan dalam berkata dan berbicara kepada kedua ibu bapa dengan orang lain.

Seringnya balasan daripada derhaka kepada kedua ibu bapa akan dirasakan atau dibayar ‘cash’ Allah, di dunia.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Daud dan Tirmidzi daripada sahabat Abi Bakrah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam berkata, “Tidak ada dosa yang Allah cepatkan azab kepada pelaku di dunia ini dan Allah juga akan mengadzab di akhirat, iaitu yang pertama ialah mereka yang berlaku berlaku zalim, kedua memutuskan silaturahmi.”

[Hadith Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (Sahih Adabul Mufrad No. 23), Abu Dawud (4902), Tirmidzi (2511), Ibnu Majah (4211). Ahmad 5/36 & 38, Hakim 2/356 & 4/162-163, Tirmidzi berkata, “Hadith Hasan Sahih”, kata Al-Hakim, Sahih sanadnya”, Imam Dzahabi menyetujuinya]

Dalam hadith lain dikatakan;

“Dua peruntukan dosa yang Allah cepatkan azab seksaanya di dunia iaitu kepada orang yang zalim dan al’uquq (derhaka kepdada kedua ibu bapanya)”

[Hadith Riwayat Hakim 4/177 daripada Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu]

Keredhaan ibu bapa harus kita dahulukan daripada keredhaan isteri dan anak. Kerana Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam mengatakan anak yang derhaka akan di azab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk Syurga dan Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat nanti.

Sedangkan dalam lafaz yang lain diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Hakim, Ahmad dan juga yang lainnya, dikatakan:

“Daripada Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Telah berkata Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam, ada tiga golongan yang tidak akan masuk Syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat nanti iaitu anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan ketua rumah tangga yang membiarkan ada keburukkan dalam rumah tangganya.”

[Hadits Riwayat Hakim, Baihaqi, Ahmad 2/134]

Jadi, salah satu yang menyebabkan seseorang tidak akan masuk Syurga ialah derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dapat kita lihat bahawa mereka yang derhaka kepada ibu bapanya, hidup mereka tidak berkah dan selalu mengalami pelbagai macam kesulitan.

Kalaupun orang tersebut kaya maka kekayaan tidak akan menjadikan dirinya bahagia.

Seandai ada seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya kemudian kedua ibu bapa tersebut mendoakan keburukkan, maka doa kedua ibu bapa tersebut akan segera dikabulkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana dalam hadith yang sahih Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam bersabda;

“Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Telah berkata Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam, ada tiga doa yang dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tidak diragukan tentang doa ini, yang pertama iaitu doa kedua ibu bapa terhadap anak, keduanya adalah  doa orang yang bermusafir (yang sedang dalam perjalanan), yang ketiganya ialah doa orang yang dizalimi”

[Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabaul Mufrad, Abu Dawud, dan Tirmidzi]

Banyak sekali riwayat yg shahih yang menjelaskan tentang akibat buruk daripada derhaka kepada ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat juga kisah-kisah nyata tentang azab (siksaan) terhadap anak yang derhaka,
dari kisah tersebut ada yang sahih dan sewajarnya kita mengambil ibroh (pengajaran) daripada kisah-kisah tersebut.

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

0 ulasan:

POST A COMMENT

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri