Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

TIPS PENGGUNAAN MASA EFEKTIF

Al-Adlu itu merupakan salah satu sifat Allah yang jelas terkandung dalam Asma' Wa Sifat kerana Allah mengurniakan masa yang sama kepada semua umat manusia tanpa mengira latar belakang dan juga agama. Ya,betul 24 jam dalam sehari.Sebagai contoh, jangka masa waktu di Malaysia sama dengan jangka masa yang telah Allah peruntukkan di Jordan. Tiada berkurang walau sesaat ataupun bertambah sesaat sekalipun cuma yang membezakan ialah waktu-waktu di negara bahagian Timur akan laju sehari berbanding waktu di negara Barat. Setiap orang sememangnya mampu untuk menguruskan masa dengan sistematik.Oleh itu, di sini PERPPIS BAHAGIAN TAWAU hendak berkongsi beberapa tips untuk dijadikan panduan dan pedoman khususnya kepada pelajar-pelajar.

1. Lakukan perkara-perkara yang mudah terlebih dahulu.

Hal ini kerana perkara-perkara yang mudah mengambil masa yang singkat untuk
diselesaikan. Implisitnya, pembaziran masa dapat dielakkan.
Contohnya, semasa peperiksaan jawablah soalan-soalan yang mudah untuk
diselesaikan.Jangan cuba menyelesaikan soalan-soalan yang susah kerana takut
dikhuatiri akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.

2. Lakukan perkara yang sudah dirancang berbanding perkara yang tidak atau
belum dirancang.


Senaraikan terlebih dahulu perkara yang kita ingin lakukan mengikut prioriti
keutamaan. Pastikan perkara yang penting didahulukan.
Sebagai contoh, guru sekolah memberikan satu tugasan folio yang memerlukan bahan
rujukan daripada perpustakaan dan setiap pelajar wajib menghantarnya esok maka
sebagai pelajar, walaupun kita mempunyai rancangan lain ketika berada di bandar
maka rancangan tersebut haruslah ditunda atau dibatalkan kerana tugasan untuk
menyiapkan folio adalah lebih penting dan utama.

3. Bina satu matlamat jangka panjang dan juga jangka pendek terhadap tugasan
yang perlu disiapkan.


Contohnya, dalam masa sebulan tetapkan target yang harus dicapai seperti
menguasai mata pelajaran Sejarah Tamadun Dunia untuk Tema 1.Setkan dalam
pemikiran kita untuk mencapai target tersebut. Memanglah pada permulaannya kita
akan rasa tertekan tetapi hal ini untuk mengelakkan pembelajaran saat akhir atau
lebih dikenali sebagai "Last Minute Study".

4. Elakkan sikap suka bertangguh.

Tugasan ataupun kerja-kerja yang boleh disiapkan pada hari tersebut hendaklah
segera diselesaikan. Kerja-kerja yang bertangguh hanya akan menambahkan lagi
bebanan pelajar kerana pelajar terpaksa melakukan banyak kerja pada satu masa.
Akibatnya, pelajar akan bersikap acuh tak acuh dengan tugasan atau kerja yang
dilakukan dan kerja yang dihasilkan pun kurang berkualiti( Low In Quality ) dan
kurang memuaskan.

5. Mengenalpasti waktu rehat, tidur,, makan, bersenam dan sebagainya.

Setiap individu mempunyai waktu-waktu yang berkualiti dalam melakukan aktiviti
seharian namun pastikan badan mempunyai rehat yang secukupnya untuk memulihkan
stamina atau daya ketahanan badan. Apabila pelajar tidak mendapat rehat yang
secukupnya, besar kemungkinan pelajar akan mudah berasa letih pada keesokan
harinya dan kesannya, pelajar tersebut tidak dapat fokus 100% terhadap pengajaran
guru.Mengikut kajian, apabila seseorang berasa letih otak kurang mendapat oksigen
dan inilah penyebab kepada masalah mengantuk berlaku.

6. Bina jadual waktu sendiri.

Setiap pelajar haruslah mempunyai jadual waktu sendiri kerana untuk mengelakkan
pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Pelajar akan
mudah untuk melihat perkara yang akan dilakukan. Memanglah jika dilihat
seolah-olah skema sangat tetapi sebenarnya penjadualan kerja yang dilakukan
nampak lebih teratur dan mampu untuk mendidik pelajar berdisiplin dari aspek
penggunaan masa kerana masa itu sangat berharga umpama emas.

7. Menggunakan teknik belajar yang betul dan efektif.

Study Smart dan Study Hard yang mana satu merupakan pilihan pelajar? Kedua-duanya
akan menghasilkan keputusan yang cemerlang tetapi yang membezakannya ialah cara
perlaksanaannya. Fokus 100% terhadap pengajaran guru itulah salah satu kunci
kejayaan. Lazimkan diri untuk bertanya soalan dengan guru dan jangan pasifkan
diri ketika berada di dalam kelas. Pepatah mengatakan bahawa biarlah diri
kelihatan bodoh untuk seketika daripada membiarkan diri dibelenggu dengan
kebodohan untuk selamanya. Wujudkan suasana kelas yang harmoni untuk
mengelakkan rasa bosan dan mengantuk.

Mudah-mudahan tips tersebut berguna kepada kita semua. Apapun yang penting jangan lupa sandarkan segalanya yang kita lakukan kerana Allah Taala. Bersama-samalah kita mencari reda Allah. STRIVE FOR MARDHATILLAH TOGETHER. Ingatlah, kejayaan takkan dapat dicapai dengan mudah kerana banyak onak dan duri yang akan dihadapi. Jadilah Hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

WHAT ARE YOU STILL WAITING ANYMORE??
USE YOUR TIME WISELY.
GOOD LUCK !!

Oleh : Nisa'
Masa : 4.34 p.m.
Tarikh : 5 November 2009

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *