Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

MULIANYA DENGAN ILMU

Sabda Rsulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu “
Pentingnya ilmu..bukan sekadar memberi keuntungan di dunia malahan di akhirat juga ilmu menjadi bekalan yang sangat berharga bagi seorang hamba.Lebih berharga daripada berguni-guni emas dan permata..Pastinya orang yang berilmu adalah orang yang kaya di dunia dan akhirat..maka siapakah yang ingin menolak apabila diberi gelaran sebagai Jutawan Ilmu??
Dalam sebuah kisah disebut bagaimana seorang abid mudah disesatkan oleh syaitan hanya kerana disoal tentang mampukah Allah memasukkan dunia ke dalam lubang jarum.Maka abid itu merasa ragu kerana kurang ilmu.Berbeza pula pada seorang ilmuan,apabila ditanya soalan yang sama maka dengan mudah dan yakin dia menjawab “ya..Allah Maha Berkuasa”..Melalui kisah ini,ia menunjukkan betapa pentingnya ilmu pada seorang hamba dalam mengemudi sebuah bahtera kehidupan di atas dunia.
“ ..Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..” Surah Al-Mujadilah :11
Indahnya Islam dan bertuahnya menjadi seorang hamba yang berakal..Allah telah berjanji untuk mengangkat kedudukan orang yang memiliki imu itu lebih tinggi daripada golongan orang yang beriman..Tetapi malangnya remaja pada hari ini ramai yang mensia-siakan usia dengan perkara yang tidak berfaedah dan tiada nilai di sisi Allah Yang Maha Bijaksana.Lagi malang apabila ramai remaja yang mensia-siakan akal yang Allah kurniakan..kosong daripada ilmu dan gersang daripada amal..bukan sekadar akal yang miskin ilmu malahan rosak dek benda-banda yang haram..DIHARAMKAN oleh ALLAH seperti arak.. Bukankah golongan ini adalah golongan hamba yang tidak bersyukur? Tidak bersyukur kepada Allah kerana tidak memanfaatkan nikmat yang Allah beri dengan sebaiknya.Kufur nikmat…
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah : 243
“…sesungguhnya Allah memberikan kurniaan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”
Adakah kita tergolong dalam ayat di atas? Menjadi manusia yang tidak mengenang budi Sang Pemberi..menjadi insan yang lupa diri bahawa nikmat yang ada mempunyai hak yang perlu ditunaikan,bukan free of charge.. begitulah juga hak akal iaitu perlu diisi dan diwarnai dengan ilmu. Bagaimana mewarnai akal dengan ilmu? Hadirilah majlis ilmu dan cintailah ilmu.. Namun jangan dilupa pada amal. Ilmu perlu pada amal untuk membentuk insan yang bergelar MUKMIN.. Pentingnya amal dalam berilmu dirakam oleh Allah dalam Surah As-Saff :2-3
“…mengapa kamu menyatakan suatu yang tidak kamu kerjakan,itu sangatlah dibenci di sisi Allah..”
Dalam kita nak menyampaikan sesuatu juga perlu pada Ilmu.. Jangan sampai kita menjadi ibarat sebuah tin kosong,kuat berbunyi tetapi isinya tiada..pastinya orang lain akan memandang serong kepada kita..Sifat Tablig itu perlu dihiasi dengan ilmu dan ditunjukkan dengan amal.
Dalam surah Al-mujadilah:11 Allah s.w.t berfirman :
“Wahai orang beriman.Apabila dikatakan padamu “berilah kelapangan di dalam majlis-majlis”maka lapangkanlah,nescaya Allah akan memberikan kelapangan untuk mu..”
Jadilah remaja yang mencintai majlis ilmu..yang suka duduk bersama para malaikat di dalam taman-taman syurga di dunia.Bukankah dikiaskan bahawa majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia.Subhanallah…besarnya ganjaran Allah untuk hamba yang melapangkan masanya untuk ilmu.Syurga dunia dinikmati dengan mata hati yang disuluh dengan iman dan takwa.Teringat dengan kata-kata seorang ustaz semasa beliau menyampaikan ilmu..orang yang berkelapangan dan mengetahui tentang sesuatu majlis ilmu yang diadakan namun tidak menghadirinya maka dia adalah hamba yang kufur nikmat..nauzubillah..
Bila disebut tentang ilmu,bukan sekadar ilmu akliah yang dikejar tetapi ilmu wahyu juga perlu dicari.Seiringkan zikir dan fikir barulah kita mampu menjadi MUKMIN PROFESIONAL..kuasai bidang profesional dan hiasinya dengan sifat seorang mukmin,barulah ISLAM dipandang tinggi oleh kuasa-kuasa barat..Dua perkara yang tidak akan penuh apabila diisi iaitu akal dan nafsu..Maka jangan berhenti untuk mencari ilmu..Ilmu bukan diukur pada umur atau sebanyak mana buku yang dibaca tetapi sejauh mana ilmu yang diperolehi dapan membentuk diri yang EXCELLENT.Dalam buku karangan Mustafa mahsyur yang bertajuk Jalan Dakwah menyebut 10 sifat peribadi muslim iaitu :
1) Akidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang teguh
4) BerILMU pengetahuan
5) Jasad yang kuat
6) Mujahadah nafsu
7) Bermanfaat pada orang lain
8) Menjaga waktunya
9) Sistematik urusannya
10) Mampu berdikari

Seorang muslim itu perlu pada ilmu untuk membentuk sifat-sifat di atas.Muslim juga perlu berilmu.Ibarat kata seorang pendakwah “orang yang baik tetapi tidak cerdik mudah ditipu dan orang yang cerdik tetapi tidak baik suka menipu” Dua-dua keadaan ini merugikan..ditipu dan menipu.Oleh itu penting untuk kita menguasai ilmu wahyu (zikir) dan ilmu akal (fikir) untuk kita menjadi insan cerdik yang baik..Dua bentuk ilmu ini perlu dikuasai untuk kita menjalankan peranan kita sebagai hamba dan khalifah..Pengabdian pada Allah juga perlu pada ILMU..
Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran:191 yang bermaksud :
“mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri,duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.”
Dalam sebuah hadis disebut bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya..Untuk memimpin juga perlu dengan ilmu dan pengetahuan.Ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai ilmu lebih daripada yang dipimpin..Leader is leaner..When you stop learning ,you will stop leading.Jangan sampai yang memimpin terpimpin oleh yang dipimpin kerana takut yang dipimpin memimpin pemimpin kearah kepentingan diri..Tetapi pemimpin sekarang kurang dari sudut kepimpinan kerana ilmu yang dituntut bukan atas dasar ‘’KERANA ALLAH” tetapi “KERANA SAYA KAYA DAN BERGAYA”..Ilmu dunia tidak dipimpin oleh ilmu wahyu..maka jadilah kita HAMBA BERJIWA KHALIFAH..
Hakikatnya segala sesuatu yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu dengan ilmu.Penguasaan ilmu samaada ilmu farhu ain(zikir) dan ilmu fardhu kifayah(fikir) amat perlu dalam membangunkan diri,keluarga,Negara dan paling penting adalah AGAMA.Tanggungjawab sebagai MUSLIM bukan sekadar pada ibadat semata-mata tetapi kepada dunia yang diamanahkan untuk ditadbir dan dibangunkan…SEMUANYA DENGAN ILMU…Muliakan diri dengan ilmu..
“Janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,sesungguhnya penglihatan,pendengaran dan hati akan diminta untuk dipertanggungjawabkan” Surah Al-Isra: 36


Written by hijrah humairah_su
Tarikh : 23 Mac 2010


No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *