Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Ramadan Mengimbau Kenangan Silam








Ramadan mengimbau kenangan silam

SEMASA orang Arab memilih nama-nama bulan, Ramadan telah diambil bagi menamakan salah satu daripadanya. Ramadan bermaksud 'sangat panas' atau 'panas terik'.

Berkebetulan pula pada ketika itu, bulan Ramadan ini mengalami perubahan cuaca panas terik. Bulan inilah kemudiannya dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-Quran buat kali pertama di gua Hira' pada saat Rasulullah s.a.w. bermunajat dan berkhalwat ke hadrat IIahi.

Kemudiannya Allah menyebut di dalam al-Quran nama bulan yang penuh berkat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan berbagai-bagai keterangan yang menjadi petunjuk dan pemisah di antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 85).

Demikian kehendak Allah memilih apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya, selaras dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhanmu menciptakan apa-apa yang dikehendaki dan memilih apa-apa yang dikehendaki." (al-Qashash: 68).
Sebagaimana Allah memilih Muhammad s.a.w. sebagai manusia paling mulia, hari Jumaat sebagai penghulu segala hari, demikianlah Dia menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan yang paling unggul, khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Malah di dalamnya pula Allah menjadikan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam al-Qadar.

Setiap detik daripada bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan limpahan rahmat daripada Allah Taala. Bulan ini merupakan bulan pembersih segala kekotoran, zahir dan batin. Adalah menjadi hak mutlak bagi setiap orang hamba untuk menyucikan diri masing-masing daripada dosa dan nista melalui taubat dan istighfar kepada Allah.

Jika dikenang sejarah silam, pada bulan ini juga para
pejuang Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w
mencatatkan kemenangan bersejarah di dalam
pertempuran yang pertama dalam sejarah perjuangan Baginda s.a.w.

Perang Badar sememangnya merupakan pertempuran hidup atau mati perjuangan Islam yang tertekan oleh berbagai-bagai lapisan masyarakat di Madinah, Makkah
dan orang-orang kafir di Semenanjung Tanah Arab.

Walaupun terpaksa menghadapi suasana panas terik, lapar, dahaga, letih dan segala macam kesukaran, namun akhirnya mereka berjaya menunjukkan keunggulan mereka pada bulan Ramadan lebih seribu empat ratus tahun lalu.

Tentera Islam seramai 313 orang yang bersenjatakan pelepah tamar dan kelengkapan perang yang paling ringkas, berjaya mengalahkan 1000 orang tentera Musyrikin Quraisy yang lengkap dengan senjata yang dikira canggih pada ketika itu.

Dengan kemenangan ini, Islam dipandang mulia dan
semakin disegani. Lebih daripada itu juga, kemenangan di Medan Badar membawa mesej dakwah yang penting untuk menarik manusia kepada risalah Muhammad s.a.w.

Bulan Ramadan ini juga pernah mencatatkan kejayaan Rasulullah s.a.w bersama Sahabat r.a. merempuh kubu kekuatan Musyrikin yang bermaharajalela di Kota Makkah.

Para Sahabat r.a. berjaya menghancurkan kekuatan
mereka dan membuka semula Makkah serta membersihkan Tanah Suci daripada berhala - kecil dan besar - yang bertaburan di sana-sini.

Bermula dengan pembukaan Kota Makkah inilah, maka Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat r.a. mengatur semula strategi mengembangkan agama Islam ke utara, selatan, timur dan barat dunia.

Sehingga kini, kita berpeluang menikmati iman dan
Islam hasil usaha berterusan para pendakwah yang
diasuh dan didik oleh Rasulullah s.a.w
itu yang kemudiannya diikuti oleh para sahabat r.a.,
tabi'in dan seterusnya kepada kita.

Tanpa usaha yang berterusan, kita mungkin masih kekal dalam kejahilan. Atas penghayatan ini juga, maka bagi kita yang sedang menikmati nikmat iman dan Islam ini sepatutnya berasa risau terhadap nasib anak cucu dan keturunan kita yang akan datang. Adakah mereka masih berpeluang mendapat iman dan Islam jika sekiranya dakwah dan seruan ke arah Islam sudah tiada lagi?

Bagi kita, inilah saat yang bermakna untuk memikirkan tentang peranan kita sebagai seorang Islam yang berkewajipan untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.

Justeru itu, Ramadan mengimbau kembali kenangan silam yang banyak memberikan kesedaran dan kekuatan kepada umat Islam. Bersempena dengan ini, seharusnya kita
berasa amat bahagia berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Atas rasa kegembiraan inilah, Rasulullah s.a.w
bersabda pada saat munculnya Ramadan dengan katanya yang bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan penghulu segala bulan. Telah datang kepadamu bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu." (Riwayat at-Tabrani).

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *