Hiking PERPPIS terBAikkk ! ( 17-9-12)
Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga sampai ke puncak bukit Kinabutan meskipun banyak dugaan yang perlu dilalui... berkat kesabaran.. akhirnya kami BERJAYA !!
Expedisi Dakwah 2012
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa Persatuan Putera
Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau akan mengadakan Ekspedisi Dakwah. Program
ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Muharram - 5 Safar 1433H /25-30 Disember 2012
Hari : Selasa - Ahad
Tempat : (Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran,
Telupid, Ranau,
Kundasang,
Menggatal, Penampang, Papar, Kimanis,
Beaufort, Keningau dan Kota Kinabalu)
Peserta : 35 Orang sahaja
Sehubungan
dengan itu, kami ingin memohon tajaan atau sumbangan daripada pihak tuan / puan
dalam bentuk kewangan yang kami perlukan bagi menampung kewangan program kami.
Untuk pengetahuan pihak tuan / puan, pihak kami menganggarkan kos sebanyak RM14737.50 bagi membantu pihak kami
dalam merealisasikan program diatas. Sebarang pertanyaan pihak tuan / puan
boleh terus berhubung ke alamat dan emil seperti diatas.
Sumbangan berbentuk pakaian
tidak terguna,AlQuran dan Tafsir boleh hulurkan,bagi membantu nasib rakyat yang
kurang berkemampuan amnya di kawasan pendalaman yang jauh dari bandar dan
kurang mampu.
Sumbangan juga boleh
dibuat melalui akaun persatuan di Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Tawau yang bernombor 22-066-113063-8 atas nama Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Tawau.Dan
sumbangan peralatan boleh dibuat melalui ALAMAT:Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau peti surat 1304
91038 Tawau,Sabah.
Segala kerjasama dan sokongan
padu daripada pihak tuan / puan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Semoga amalan murni ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t..
Subscribe to:
Posts (Atom)