Mati ketika sujud |
Mati Mulia
Tawadu'nya Rasulullah SAW
'Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain. Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.
Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.

- Apabila berjalan, pandangan mata Baginda akan selalu memandang menunduk ke tanah.
- Apabila berjalan dengan sahabat-sahabatnya, Baginda selalu memilih untuk berjalan di belakang. Bukan di depan seperti sebahagian raja atau pemimpin yang berjalan dengan megah di hadapan pengikut-pengikutnya.
- Apabila makan, Baginda selalu akan berkongsi makanan dengan orang lain dan makan bersama-sama mereka di dalam bekas yang sama.
Aku Sedang Diperhatikan Oleh Allah
Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Kelebihan 10 Muharram
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.
Siapa ingin Mati Syahid & Bagaimana ?
“Saya ingin jadi lawyer! Saya ingin jadi doktor! Saya ingin jadi PM! Saya ingin jadi film maker!” “Tidak kisah apa jua cita-cita kita dan anak-anak kita dalam urusan kerjaya di dunia asalkan halal, baik dan berguna. Namun sebagai umat Islam, kita mesti sewajarnya mempunyai misi dan cita-cita yang sama . Apakah dia?
Pada mulanya saya merasakan bahawa cita-cita yang dikongsi bersama ini patut diberi julukan 1 Malaysia 1 Cita-cita tetapi mungkin tidak sesuai kerana ia khusus untuk orang Islam. Cita-cita yang perlu dikongsi bersama ialah cita-cita untuk mati syahid…. Sebagaimana sering dinyanyi, atau dinasyidkan … Syahid itu cita-cita kami.
Syahid adalah cita-cita kami.
Ucapan Penasihat AM Sempena Peperiksaan SPM & STPM
Kepada semua calon SPM & STPM yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan bermula 6 November, mudah-mudahan telah membuat persiapan yang rapi. Saya mendoakan agar semua calon khususnya ahli & Ajk PERPPIS dapat menjawab dengan tenang dan cermat.
Untuk itu, persiapan pada saat akhir menjelang peperiksaan jangan dipandang remeh. Diharap semua calon dapat menjaga kesihatan diri. Jangan abaikan hak diri anda untuk mendapat nikmat tidur dan rehat yang mencukupi. Amalkan pemakanan yang halal lagi berkualiti atau berkhasiat. Paling penting jangan dilupakan sama sekali munajat dan hubungan dengan Allah S.w.t.. Panjatkan doa secara berterusan, insyaAllah akan dimakbulkan jua doa kalian. Di samping itu, jangan lupa untuk mendapatkan restu daripada para guru dan ibu bapa anda.
Mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi hidup kalian. Yakinlah kita bahawa yang berjaya pada sisi Allah ialah insan yang bertakwa.
SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)