Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Belajar versi Islamik



Tidakkah kita hairan dengan cerita Sahabat Rasulullah, bagaimana mungkin Sayidina Abu Hurairah dapat menghafal ribuan hadits atau Sayidina Uthman dapat mengkhatam Al-Quran dalam solat tahajudnya atau Sayidina Ali menguasai berbagai ilmu hikmah yang diamalkan dalam kehidupannya atau Sayidina Khalid bin Walid dapat menang dalam berbagai peperangan, serta pelbagai keajaiban yang dimiliki Sahabat Rasulullah. Apa yang dilakukan mereka dan tidak lagi dilakukan di zaman ini? Apa yang mereka ketahui dan tidak kita ketahui?
Sebenarnya tanpa kita sedari banyak hal yang terlihat kecil dan tidak diamalkan orang sekarang namun besar pengaruhnya dalam proses mencari ilmu. Hal ini telah diketahui dan menjadi amalan orang-orang soleh di zaman rasul dan sesudahnya. Diantaranya:
ü   Niat menuntut ilmu untuk mencari keredaan Allah
- dengan cara ini Allah akan berikan jalan keluar dalam setiap langkah yang buntu.
ü   Patuh pada guru
- Tidak derhaka pada guru, orang tua, tidak berbuat jahat pada siapa saja atau apa saja.
Contoh yang menderhaka pada guru; 
    Tsa'labah yang tidak patuh pada Rasul. Qarun yang tidak mahu ikut dengan Nabi Musa. Keduanya mati dalam keadaan jauh dari Tuhan. Audzubillahimindzalik.
ü   Tidak berbuat aniaya pada siapa atau apapun.
- Menganiaya kawan atau makhluk lain akan membuat hati menjadi mati dan mudah berbuat dosa berikutnya.
ü   Menghindari dosa dosa besar dan kecil
-Misalnya: berbohong akan menjauhkan kita dari kebenaran, menjaga pandangan mata ( kisah orang soleh yang langsung lupa hafalan 1 Al Quran kerana tidak menjaga pandangannya terhadap wanita), dll.
ü   Mengamalkan ilmu yang telah dimiliki secara terus menerus.
-Dengan mengamalkan ilmu kita melakukan penghayatan dan In Shaa Allah akan mendapatkan roh dari apa yang kita lakukan. (setiap apa yang kita lakukan memiliki ‘roh’ lihat roh dalam beramal). Kita juga akan melakukan dua amalan yaitu mengamalkan ilmu dan berusaha istiqamah. Moga mendapat keredaan Allah.
ü   Memenuhi adab dan tata cara mencari ilmu.
 misalnya: dimulai dengan berdoa, sebaiknya menghadap qiblat, mendengar dengan tertib, tidak memotong perkataan guru, dll.

Belajar, niat kerana Allah.


Kita mesti tidak pernah mengambil perhatian bahawa perkara-perkara ini sering berlaku tanpa kita sedari kan? Jadi, lepas ini kita perlulah lebih prihatin sebelum menunutut ilmu. Terdapat juga beberapa tips yang boleh kita amalkan supaya kita lebih mudah untuk belajar mengikut kefahaman Islam.

  • Membaca buku hanya dalam masa 45 minit dan tidak boleh melebihinya kerana konsentrasi akan hilang jika melebihi lebih daripada 45 minit. Selepas membaca rehatlah lebih kurang dalam 10 – 15 minit. Kemudian barulah menyambung semula membaca buku.


  • Jangan membaca buku sambil makan ! Ini menyebabkan kita hilang focus membaca.


  • Tidak boleh makan makanan segera contohnya : mi segera, keropok segera dll kerana makanan segera mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk pembesaran.


  • Tidak boleh makan makanan yang berat selepas pukul 10 malam. Hanya boleh makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dll.. Kuantiti yang diambil pula tidak boleh banyak, sekadar


  • mengalas perut sahaja. Kalau nak makan makanan yang berat seperti nasi, makan sebelum pukul 8 mlm.


Yang ini khas buat ibu bapa - sumber pendapatan yang diperolehi mestilah halal dan bersih kerana ianya akan memberi kesan kepada sesebuah keluarga iaitu keberkatan daripada Allah S.W.T 


  • Kita digalakkan tidur awal. Setelah itu, bangunlah semula pada awal pagi untuk membaca atau menyiapkan kerja sekolah.sebelum belajar, kita digalakkan untuk Qiamullail. Pada waktu tersebut amatlah afdal untuk membaca buku kerana keadaannya yang sunyi sepi membolehkan kita focus pada bacaan kita. 


  • Pensyarah saya ad berkongsi bahawa pada pukul 3.00-7.00 pagi merupakan masa yang sesuai untuk menghafal manakala pada pukul 3.00-7.00 petang merupakan masa yang sesuai untuk mengira. 

 Yang penting :


  •  mata - focus pada bacaan.


  • hidung - kita boleh hidu apa yang kita baca, bukan hidu buku tu, maksudnya kita faham apa yang kita baca.


  • mulut - membaca hanya kita sahaja yang mendengarnya.


  • telinga - mendengar mulut membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan sehingga tidak mendengar apa pun.




Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah belajar untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam. Semoga kita lebih dipermudahkan untuk menuntut ilmu 

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *