PERPPIS Bahagian Tawau: April 2015
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Belajar versi Islamik



Tidakkah kita hairan dengan cerita Sahabat Rasulullah, bagaimana mungkin Sayidina Abu Hurairah dapat menghafal ribuan hadits atau Sayidina Uthman dapat mengkhatam Al-Quran dalam solat tahajudnya atau Sayidina Ali menguasai berbagai ilmu hikmah yang diamalkan dalam kehidupannya atau Sayidina Khalid bin Walid dapat menang dalam berbagai peperangan, serta pelbagai keajaiban yang dimiliki Sahabat Rasulullah. Apa yang dilakukan mereka dan tidak lagi dilakukan di zaman ini? Apa yang mereka ketahui dan tidak kita ketahui?
Sebenarnya tanpa kita sedari banyak hal yang terlihat kecil dan tidak diamalkan orang sekarang namun besar pengaruhnya dalam proses mencari ilmu. Hal ini telah diketahui dan menjadi amalan orang-orang soleh di zaman rasul dan sesudahnya. Diantaranya:
ü   Niat menuntut ilmu untuk mencari keredaan Allah
- dengan cara ini Allah akan berikan jalan keluar dalam setiap langkah yang buntu.
ü   Patuh pada guru
- Tidak derhaka pada guru, orang tua, tidak berbuat jahat pada siapa saja atau apa saja.
Contoh yang menderhaka pada guru; 
    Tsa'labah yang tidak patuh pada Rasul. Qarun yang tidak mahu ikut dengan Nabi Musa. Keduanya mati dalam keadaan jauh dari Tuhan. Audzubillahimindzalik.
ü   Tidak berbuat aniaya pada siapa atau apapun.
- Menganiaya kawan atau makhluk lain akan membuat hati menjadi mati dan mudah berbuat dosa berikutnya.
ü   Menghindari dosa dosa besar dan kecil
-Misalnya: berbohong akan menjauhkan kita dari kebenaran, menjaga pandangan mata ( kisah orang soleh yang langsung lupa hafalan 1 Al Quran kerana tidak menjaga pandangannya terhadap wanita), dll.
ü   Mengamalkan ilmu yang telah dimiliki secara terus menerus.
-Dengan mengamalkan ilmu kita melakukan penghayatan dan In Shaa Allah akan mendapatkan roh dari apa yang kita lakukan. (setiap apa yang kita lakukan memiliki ‘roh’ lihat roh dalam beramal). Kita juga akan melakukan dua amalan yaitu mengamalkan ilmu dan berusaha istiqamah. Moga mendapat keredaan Allah.
ü   Memenuhi adab dan tata cara mencari ilmu.
 misalnya: dimulai dengan berdoa, sebaiknya menghadap qiblat, mendengar dengan tertib, tidak memotong perkataan guru, dll.

Belajar, niat kerana Allah.


Kita mesti tidak pernah mengambil perhatian bahawa perkara-perkara ini sering berlaku tanpa kita sedari kan? Jadi, lepas ini kita perlulah lebih prihatin sebelum menunutut ilmu. Terdapat juga beberapa tips yang boleh kita amalkan supaya kita lebih mudah untuk belajar mengikut kefahaman Islam.

  • Membaca buku hanya dalam masa 45 minit dan tidak boleh melebihinya kerana konsentrasi akan hilang jika melebihi lebih daripada 45 minit. Selepas membaca rehatlah lebih kurang dalam 10 – 15 minit. Kemudian barulah menyambung semula membaca buku.


  • Jangan membaca buku sambil makan ! Ini menyebabkan kita hilang focus membaca.


  • Tidak boleh makan makanan segera contohnya : mi segera, keropok segera dll kerana makanan segera mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk pembesaran.


  • Tidak boleh makan makanan yang berat selepas pukul 10 malam. Hanya boleh makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dll.. Kuantiti yang diambil pula tidak boleh banyak, sekadar


  • mengalas perut sahaja. Kalau nak makan makanan yang berat seperti nasi, makan sebelum pukul 8 mlm.


Yang ini khas buat ibu bapa - sumber pendapatan yang diperolehi mestilah halal dan bersih kerana ianya akan memberi kesan kepada sesebuah keluarga iaitu keberkatan daripada Allah S.W.T 


  • Kita digalakkan tidur awal. Setelah itu, bangunlah semula pada awal pagi untuk membaca atau menyiapkan kerja sekolah.sebelum belajar, kita digalakkan untuk Qiamullail. Pada waktu tersebut amatlah afdal untuk membaca buku kerana keadaannya yang sunyi sepi membolehkan kita focus pada bacaan kita. 


  • Pensyarah saya ad berkongsi bahawa pada pukul 3.00-7.00 pagi merupakan masa yang sesuai untuk menghafal manakala pada pukul 3.00-7.00 petang merupakan masa yang sesuai untuk mengira. 

 Yang penting :


  •  mata - focus pada bacaan.


  • hidung - kita boleh hidu apa yang kita baca, bukan hidu buku tu, maksudnya kita faham apa yang kita baca.


  • mulut - membaca hanya kita sahaja yang mendengarnya.


  • telinga - mendengar mulut membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan sehingga tidak mendengar apa pun.




Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah belajar untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam. Semoga kita lebih dipermudahkan untuk menuntut ilmu 

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Makna UKHWAH

ada apa dengan UKHWAH?


A.Definisi Ukhuwah

Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” 

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. 

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :
1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

B. Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.
Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah         hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )
2-  Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah
.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.
3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.
Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

C. Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia :    - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong       tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.
2- Ikhlas    - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk       menyempurnakan hidup berukhuwah .    - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir
3- Amanah    - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq    - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan   - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat      masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman      dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

D. Kelebihan ukhuwah

1-       Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.
2-       Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah
3-       Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga
4-       Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah
5-       Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

E. Adab-adab ukhuwah

1-       Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya
2-       Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita
3-       Menyembunyi rahsia sahabatnya
4-       Menutup keaiban sahabatnya
5-       Meninggalkan berbantah-bantah
6-       Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli
7-       Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah
8-       Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah
9-       Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.
10-   Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya
11-   Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya 

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Sukan PERPPIS '15

Sukan PERPPIS kali Pertama


Bersukan dan beriadah penting dijadikan amalan dalam aktiviti harian untuk menjadi sihat dan cerdas.  Individu yang kuat lebih diutamakan di sisi Allah SWT.  Banyak kebaikan dapat dilakukan jika sihat dan cerdas.  Manakala, individu yang lemah menjadi beban kepada individu lain.  

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah.”  (Hadis riwayat Muslim).  

Alhamdulillah, Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau dengan izin Allah telah berjaya menganjurkan program 'Sukan PERPPIS kali Pertama' yang bertemakan 'Generasi Atlet Mukmin" dengan mempertandingkan acara Futsal bagi Muslimin dan Bola Jaring untuk Muslimat. 

Sukan PERPPIS pada kali ini hanya dibuka untuk remaja yang berumur 13 - 16 tahun, Muslimin dan Muslimat khususnya di daerah Tawau. Acara futsal telah disertai oleh 12 pasukan dan bola jaring sebanyak 6 pasukan. Futsal telah dijuarai oleh pasukan 'SMK Tawau II' dan bola jaring jatuh kepada pasukan 'Aspuri SMK Kuhara Tawau'.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah terlibat.



Sesi Pendaftaran













Bola jaring (Muslimat)


Dalam bersukan, jangan pernah tinggalkan kewajiban kita




Peserta Muslimat dalam acara Bola Jaring






Johan Bola Jaring Muslimat daripada pelajar SMK Kuhara Tawau









Pusingan akhir acara FUTSAL; SMK Tawau II vs SM Islamiah Tawau







Naib Juara Futsal Muslimin; SM Islamiah Tawau

Juara acara Futsal; SMK Tawau II (U 16)





Pasukan Futsal 'Aspura' SMK Kuhara Tawau







Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Muslimat dan Tudung


Kesalahan bertudung

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipislalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipissehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
"Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !"

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri