Pengurusan masa cuti yang membangkitkan iman...
13 langkah mengurangkan tekanan dan stress
Rasa selalu MENGANTUK dan STRESS???
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
LANGKAH 11
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>
Konsep Hijrah
HIJRAH : Menegarakan ISLAM, MENGISLAMKAN NEGARA ....
‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’
Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batu tanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.
Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.
Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya. Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.
Latar belakang Hijrah
Nabi menyeru kepada Islam
Semenjak berada di Mekah. wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam dalam kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan.
Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’
Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.
Diizin berhijrah ke Habsyah
Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.
Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah
Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1 dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.
Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.
Dalam hijrah ini pelbagai pengajaran yang kita boleh petik. Saya rumuskan melalui 5P seperti berikut:
Iktibar (5P)
Penuh strategi
Nabi SAW membuat persediaan mencari tapak sesuai sebelum berhijrah. Yathrib bukan sahaja tapaknya sesuai bahkan penduduknya juga sudah bersedia menerima dan mempertahankan Baginda SAW. sebagai tapak tegaknya Islam. Untuk itu Baiah Aqabah 1dan Baiah Aqabah 2 menjadi tahap penting dalam dakwah Nabi. Bagi merealisasikan Baiah Aqabah supaya berjaya dan tidak bocor, penduduk Yathrib mengerjakan haji seperti orang lain di musim haji, tetapi bangun di tengah malam di Mina ketika semua yang lain masih tidur untuk berbaiah dengan Baginda SAW.
Selepas Nabi mendapat tahu tentang perancangan Quraisy mahu membunuhnya, Baginda SAW pergi ke rumah Abu Bakar pada waktu tengah hari dan selepas menerima perintah Allah untuk berhijrah. Waktu tengah hari dipilih kerana ketika itu masing-masing sedang berihat di rumah agar perancangan Baginda tidak disedari.
Begitu juga perancangan yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar selepas Nabi menyampaikan berita untuk berhijrah itu. Dikaderkan anak-anaknya untuk Islam. Asma menyediakan makanan, Abdullah ditugaskan mendengar khabar di pasar lalu membawa khabar berita itu kepada Nabi di Gua Thur nanti, Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing ke Gua Thur untuk didapatkan susunya dan dihilangkan kesan tapak kaki.
Sebagai usaha melambat-lambatkan dan mengelirukan pemuda Quraisy, Nabi SAW meminta Saidina Ali menggantikan Baginda di tempat tidur.
Nabi sendiri tinggal di Gua Thur selama 3 hari bersama Abu Bakar bagi memastikan misi ke Yathrib selamat. Nabi juga melalui jalan yang tidak biasa dilalui ke Yathrib agar perjalanan tidak dikesan musuh.
Semua ini menggambarkan kepada kita betapa strategi dalam menegakkan Islam itu mesti diberikan keutamaan. Bahkan secara umum, ia memberi panduan kepada semua bentuk pengurusan agar perancangan berstrategi itu diambil perhatian. Buatlah Plan A atau Plan B, usaha dan ikhtiar dari manusia, namun tawakkal dan pergantungan mesti tekad kepada Allah.
Pengorbanan
Apa yang diberi oleh para sahabat selama di Mekah sehingga bersedia berhijrah ke Yathrib ialah kerana mereka mengutamakan Islam, kehendak Allah yang mendahului kehendak diri dan peribadi. Pengorbanan para sahabat sepanjang tempoh dakwah di Mekah bukan calang-calang. Dalam persitiwa hijrah, para sahabat bersedia meninggalkan rumahtangga, kampung halaman, harta benda kerana semata-mata menyelamatkan Islam. Kalau Islam selamat, yang lain selamat. Kalau yang lain selamat, belum tentu Islam selamat.
Pengorbanan daripada Abu Bakar sepanjang peristiwa hijrah juga menjadi contoh hebat. Memasuki Gua Thur terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat buat Nabi SAW, sanggup kakinya ditahan kesakitan akibat bisa binatang kerana tidak mahu mengganggu Nabi yang baring diribanya. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang mengambil risiko besar menggantikan Nabi SAW di tempat tidur. Nyawa menjadi pertaruhan untuk sebuah perjuangan.
Persaudaraan
Bagi menegakkan pemerintahan Islam, faktor-faktor yang membantu ke arah perkara itu mesti dilakukan. Tidak mungkin Islam boleh ditegakkan jika mereka yang menegakkan Islam itu bersengketa. Tindakan Nabi SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar adalah tindakan bijak seorang pemimpin. Aus dan Khazraj yang berperang sesama sendiri begitu lama akhirnya menjadi seperti saudara karib. Bukan mudah menyatukan mereka yang sudah berperang begitu lama. Tali persaudaraan bukannya atas dasar Arab tetapi Islam. Nasionalisme sempit tiada dalam kamus Islam. Bentuk persaudaran diluaskan hingga Muhajirin dan Ansar juga dipersaudarakan. Bentuk persaudaraan ini diakui Islam sehingga di peringkat awalnya masing-masing boleh mewarisi dari saudara se-islamnya yang lain hingga dibatalkan hukum itu.
Positif dan pro-aktif
Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.
Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya. Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera Islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan daripada Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masa depan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.
Perpindahan
Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’
Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini dan hari-hari lain muka lebih baik dari hari sebelumnya.
Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat. Kalau pada tahun 2009 lepas, PM pernah menyebut Hijrah menepati konsep 1Malaysia, maka ia adalah omong kosong yang jauh daripada falsafah, konsep dan realitinya.
Dalam konteks semasa, kita menyambut tahun 1432H dalam keadaan loceng amaran PRU13 sudah dibunyikan, hanya menunggu gendang perangnya sahaja belum diketuk. Hijrah memberi semangat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan konsep 5P di atas, agar berjaya dalam PRU 13 sehingga menang setelah P iaitu parti diperkuatkan, mengekal dan menambah kerusi serta menguasai dua tempat P iaitu Putrajaya dan Parlimen.
Hari Dilanggar Tsunami
8 Tips to Take Control of Your Weight
Anyone who is overweight will testify that losing weight is not as easy as it seems. The people that are lean, or have gone from fat to skinny will say it's just a matter of motivation and elbow grease.Although it is not as simple as that. Our environments have waged war on us. Their weapons are sedentary lives and Trans fats of mass destruction. All is not lost though, here are some quick simple tips to get ahead!
1. Substitute Water
Our bodies are about 65-70% water. It follows that water would be not only essential, but the best possibly choice of liquids to ingest.In fact, our bodies will sometimes simulate a hunger response, when in reality the body is craving hydration. When hungry, drink a glass or two of water to check if it suppresses your hunger.
2. Chew Your Food
Chewing our food very slowly and deliberately has several benefits that are often overlooked. It gives us the ability to relax, and enjoy our meal. Slow chewing is the first, and highly important, step in a complex system of digestion. Besides, if we eat slowly, we might feel full before finishing the whole meal, and can leave the rest for the next meal.
3. Exercise daily
How silly of me to include something as obvious as exercise. I did a 30 day trial with waking up, and walking for 30 minutes first thing in the morning. My journal records that I was feeling amazing during the period of time that I was following this habit.
4. Publicize your intentions
Start a blog, join a forum, and have other people keep you accountable to help. Tell other people your plan, it would help you get the motivation to go with it!
5. Create a food schedule
Plan your day so that you're eating at approximately the same time each day. This scheduling will incorporate itself into your circadian rhythm, and aid in digestion.
6. Do not over eat
Know your limit and stop eating when you are full. I have often been a victim of wanting to finish a meal so that it doesn't go to waste. This has left me with many a stomach ache. Next time, doggy bag it for later, and don't hurt yourself!
7.Choose your snacks wisely
Put down the Lays® and cheese puffs. Pick up the apple and baby carrots. Make the right decision, I know you can do it.
8.Lifestyle.
Remember, it's not about special diets, or special exercise programs. The real secret is in turning your health into a lifestyle, and focusing on this healthy lifestyle with every choice you make.
warkah kepada semua....
Warkah buat semua
Wahai diri & saudaraku,
Selaku insan yang mendokong perjuangan Islam,
Selaku insan yang meletakkan diri di atas jalan menegakkan kebenaran,
Selaku insan yang menggelar diri sebagai seorang murabbiyah,
Selaku insan yang sentiasa melalui jejak kehidupan Rasulullah saw,
Ku yakin diri kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian kehidupan.
Jalan yang terbentang dihadapan kita adalah jalan2 berduri yang penuh rintangan, kesusahan dan cubaan...
Dengan kita merelakan diri kita berada di jalan ini, bermakna kita merelakan diri kita berkorban apa sahaja demi memastikan hak Allah di muka bumi ini ditegakkan.
Wahai diri & saudaraku,
Dengan realiti yang tebentang luas inilah tidak mustahil akan ada diantara kita yang akan futur (na'uzubillah..). Namun inilah hakikat yang sering berlaku dalam kalangan pendokong dakwah yang pada mulanya hebat, namun apabila diuji dengan pelbagai ujian mereka menjadi antara golongan yang tercicir ditengah-tengah medan jihad ini.
Mereka diuji dengan pelbagai kesibukan dunia,
Mereka diuji dengan kekecewaan,
Mereka diuji dengan kemalasan dalam diri,
Mereka diuji dengan kepenatan yang melemahkan diri,
Mereka diuji dengan pelbagai alasan untuk meninggalkan jalan ini...
Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana kita telah melalui suatu sistem pentarbiyyahan yang seharusnya mampu mendidik diri kita untuk terus thabat di atas jalan ini.
Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu menyayangi ikatan ukhuwwah yang kita bina sepanjang jalan ini.
Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini masih memerlukan sokongan dan dokongan daripadamu untuk terus berada dan menyumbang untuk mencapai matlamat yang kita sama-sama bina sepanjang jalan ini.
Wahai diri & saudaraku,
Sesungguhnya hatiku tidak rela jika diri ini dan jika ada antara kita yang tercicir daripada jalan ini,
Kerana hati ini terlalu rindu untuk berjumpa kembali di syurga nanti.
Wahai diri & saudaraku,
Janganlah sesekali engkau menyalahkan sesiapa jika kamu termasuk antara golongan yang futur,
Bukan kegagalan sistem tarbiyyah kita yang membuatkan dirimu terkeluar daripada jalan ini,
Namun cerminlah dirimu,
Adakah engkau benar-benar ikhlas dalam perjuanganmu selama ini?
Adakah engkau benar bersungguh-sungguh mencari ilmu tanpa mengharapkan sepenuhnya pada murabbimu?
Adakah benar engkau telah membersihkan hatimu terlebih dahulu sebelum bekerja?
Adakah engkau telah meletakkan Redha Allah sebagai matlamat tertinggi dalam setiap gerak kerja dan perkara yang engkau laksanakan?
Wahai diri & saudaraku,
Muhasabahlah semula,...
Muhasabah sedalam-dalamnya,
Jika ada ciri-ciri yang boleh membuatkanmu futur,
Bersegeralah kembali, agar engkau tidak termasuk dikalangan itu,
Letak dan ikatlah dirimu bersama mereka yang ikhlas,
Agar engkau tidak terlepas ikatan dari pejuang yang sebenar...pejuang yang meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya.
Wahai diri & saudaraku,
Diharapkan dengan bingkisan ini
Dapat mengikis kekaratan yang menyelubungi hati,
Dapat mempertajam senjata yang telah lama tumpul,
Dapat memperkuatkan penglihatan yang telah lama dikaburi dengan silauan keduniaan kepada sinar nur Ilahi,
Dapat mengalirkan semula muara kecintaan kepada Ilahi di dalam lubuk hati.
Dan segala anasir inilah yang sangat diperlukan untuk mendidik hati kita menyerahkan jiwa sepenuhnya untuk kepentingan dan seruan dakwah.
Inilah bekalan kepada penyandang barisan pejuang dan pimpinan Islam,
Mempunyai sekeping hati yang indah berkilauan, kerana CAHAYA keimanan yang terpancar daripadanya..
Tabiat Yang Merosakkan Otak Brain Damaging Habits
1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2 . Overeating
It causes harde ning of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6 . Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..
7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain
The main causes of liver damage are:
2. Not urinating in the morning.
3 . Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil.
As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.
We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'
The top five cancer-causing foods are:
1.. Hot Dogs
2. Processed meats and Bacon
3. Doughnuts
4. French fries
5. Chips, crackers, and cookies





