Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

warkah kepada semua....

Buat semua sahabat yang ku kasihi sekalian, alhamdulillah bertemu lagi kita pada warkah kali ini. Emm, maaflah lama sudah tidak menulis warkah buat kalian semua. Pejam celik pejam celik, tanpa disangka-sangka tibalah waktu yang ditunggu-tunggu.. Waktu yang keramat bagi saya dan juga sahabat lainnya yang tengah menduduki peperiksaan medan jihad iaitu STPM dan juga SPM.

Dalam musim peperiksaan yang kian rancak berlangsung, kadang kita telah lupa akan tugas kita yang hakiki. Sahabatku, ingatlah bahawa dunia ini merupakan tempat persinggahan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Walau apa jua keadaan kita dan di mana pun kita berada kita tetap menggalas tanggungjawab sebagai seorang dai'e. Amal makruf dan nahi mungkar tetap WAJIB dilaksanakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Exam yang kita hadapi itu penting kerana Exam tersebut merupakan salah satu wasilah JIHAD dalam Islam tetapi janganlah kita hanya fokus semata-mata terhadap Exam yang berlangsung sehinggakan mengabaikan tugas hakiki kita. Janganlah kita meninggalkan atau menunda gerak kerja Islam yang kita lakukan.

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan abi dalam usrah organisasi iaitu sebagai seorang Islam yang bertakwa (golongan Muttaqin) akan sentiasa menyibukkan dirinya dengan melakukan gerak kerja Islam walau dalam apa keadaan sekalipun. Hal ini kerana musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan akidah umat Islam. Bayangkan, musuh-musuh Islam tidak pernah lekang untuk menghancurkan umat Islam. Bolehkah lagi kita berehat di rumah dan bergembira? Akidah kita dicarik-carik, maruah kita dipandang hina... Bolehkah kita masih berada dalam keadaan berdiam diri??

Abi juga ada menyebut bahawa memang lumrah berjuang kita tidak akan merasa senang seperti dihamparkan sebuah permaidani merah di hadapan kita tetapi perjuangan mempertahankan Islam penuh dengan onak dan duri. Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuh. Kadang-kadang kita akan kecundang dan kadang kita akan bangkit semula daripada terus jatuh tersungkur di medan jihad. Walau bagaimanapun, dalam keperihan yang ditempuh, terbit jua kemanisannya. Ya, pengalaman yang dilalui sepanjang dalam medan perjuangan tidak akan dapat dijual beli. Harganya terlalu mahal.. Nilainya tinggi sekali.

Kita yang sebenarnya perlukan ISLAM. Wahai temanku, sekarang bukan masanya kita berpeluk tubuh. AYUH!! BANGUN DARIPADA LENA YANG PANJANG!! Banyak lagi yang perlu kita lakukan jika kita hendakkan kemenangan berpihak kepada ISLAM. Jika kita mengaku diri kita seorang pejuang ISLAM, maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan syiar Islam. Jangan memberi beribu alasan kerana bak kata pepatah Melayu,"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Ingatlah jika kita diuji dalam medan perjuangan, itu adalah lumrah dan janganlah mengeluh. Jadilah umat Islam yang kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bukannya melarikan diri daripada masalah tersebut.

Sekian sahaja untuk warkah pada kali ini. Insyaallah kita akan bersua lagi pada masa akan datang. Salam ukhuwafillah dan mohon doa kepada semua agar kami dapat melakukan yang terbaik serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM & STPM pada kali ini. Ini merupakan salah satu medan juang kami juga.

Mohon doa daripada sahabat sekalian untuk kejayaan kami dalam medan juang peperiksaan ini.. Terima kasih atas segalanya..

Daripada: Zahra_An-Nisa.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *