Apakah yang dimaksudkan dengan agama Islam itu sebagai agama yang mudah sedangkan masyarakat kita melihatnya begitu susah untk diamalkan?
Sabda Rasulullah saw:
“Kamu semua wahai sahabatku dibangkitkan untuk menyenangkan umatku (memudahkan urusan agama), bukannya menyusahkan mereka (memberatkan mereka dengan amalan yang tidak dianjurkan oleh ajaran agama Islam)” – Hadis riwayat al-Bukari
Malang sekali, sesetengah ulama’ akhir zaman ini mudah terpedaya dengan fahaman bermazhab selain Ahli Sunnah wal Jamaah seperti syiah, khawarij, tarikat kesufian dan sebagainya. Akhirnya amalan mereka bercampur dengan bid’ah dan khurafat yang tidak mampu lagi dibendung. Ini kerana, majoriti masyarakat kita sudah terpedaya dan sebati dengan ilmu dan amalan yang mereka bawa.
Walaupun terdapat ulama’ pengikut salafussoleh mendatangkan hadis yang sahih yang jelas daripada kitab-kitab hadis karangan ulama’ salaf, mereka dengaja menolaknya dan melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan dan tomahan untuk mengaburi mata masyarakat. Sedangkan mereka sendiri sedar amalan mereka itu jelas menyanggahi perbuatan Nabi saw dan para sahabat baginda.
Akhirnya, orang Islam pada hari ini semakin hari semakin malas untuk mengamalkan ajaran Islam. Bagi mereka syariat Islam ini begitu susah untuk diamalkan. Begitu juga dengan peganut agama lain yang ingin kembali kepada ajaran agama fitrah manusia ini. Sedangkan jika kita kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam yang sebenar, yakni dalam erti kata yang lain mengamalkan sunnah Rasulullah saw serta amalan para sahabat yang mengikuti Baginda, maka sudah tentu kita akan dapati bahawa ajaran Islam ini sangat mudah untuk diamalkan kerana sesuai dengan sifatnya yang syumul, prktikal dan merangkumi seluruh zaman dan tempat.
Ulama’ yang sesat ini mencipta pelbagai bid’aah dan khurafat dalam syariat Islam yang mana mereka sendiri pun tidak mampu mengamalkannya. Mereka sibuk menggesa orang ramai untuk kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah , tetapi malangnya mereka sendiri lupa pada diri sendiri. Mereka sendiri bukan sahaja tidak mengamalkannya, malah berani pula menafikan sunnah Rasulullah saw serta menjustifikasikan amalan-amalan rekaan mereka dengan alasan “bid’ah hasanah”.
Oleh itu berhati-hatilah dengan ulama’ yang menyesatkan ini dengan berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang sahih di zaman penuh penipuan, penyelewengan dan pemalsuan hadis Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment