Harakah Islamiyyah adalah satu jemaah yang bergerak dengan tujuan membawa masyarakat kembali kepada Allah SWT dan menyatukan umat Islam seluruh pelusuk muka bumi. Tidak seperti jamaah biasa, ia berjuang mengikut wasilah(kaedah) yang sesuai dengan waqi’(suasana).
Kewajipan berjamaah
Sesuai dengan kejadian asal usul dan tugas beribadat kepada Allah SWT, manusia yang menerima hakikat kejadiannya dan keimannya kepada Allah SWT itu mestilah berada dalam jamaah tersendiri supaya dapat merealisasikan hakikat keimannya itu. Sesungguhnya Allah SWT telah menegaskan bahawa Hizbullah (jamaah Islam) sahajalah yang dikurniakan kemenangan dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
“Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.”
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah…” (aali imran:110)
Matlamat Umum Jamaah Islam
Adalah untuk menegakkan kembali agama Allah di muka bumi ini. Ia juga berjuang menegakkan kembali hakimiyyah (kehakiman) Allah SWT.
Matlamat Khusus Jamaah Islam
Seperti yang digariskan oleh Jamaah Ikhwan Muslimin, Mesir terdapat 5 perkara asas yang mesti dicapai:
1. Membentuk peribadi Muslim (Fardi Muslim)
2. Membentuk keluarga Muslim (Bait Muslim)
3. Membentuk masyarakat Islam
4. Membentuk Negara Islam (Daulah Islam)
5. Mengembalikan Khilafah Islamiyyah
Prinsip-prinsip Jamaah Islam
1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Inqilabiyyah
4. Istimrariyyah
5. ‘Alamiyyah
Ciri-ciri jamaah Islam
1. Meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula
ummah
2. Memperjuangkan Islam secara syumul serta mengambil penyaksian diatas tanggungjawab
menyampaikan Islam di muka bumi walaupun dengan satu ayat.
3. Lahir atas kesedaran sendiri dan kerana tuntutan al-Quran dan As-Sunnah
4. Memperjuangkan kebenaran sebagaimana yg diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
5. Wadah perjuangan terbuka dan mampu menyatukan ahli
6. Berjuang secara amali
7. Bersifat realistik dan praktikal
8. Mempunyai prinsip yang sahih dan fikrah yang mantap
9. Tasawwur(gambaran) amal atau manhaj yang jelas.
10. Tanzim yang kemas dan kukuh
11. Ahli yang berkemampuan dan beriltizam
12. Golongan yang menyerahkan pergantungan diri kepada Allah iaitu meletakkan peribadatan
kepada Allah sebagai puncak perjuangan.
13. Golongan orang-orang yang beriman kepada Allah, Rasul dan orang-orang mukmin sebagai
pemimpin.
Ta’adud dalam Jamaah Islam
Ta’adud jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaaah. As-syahid Imam Hassan al-Banna menolak ta’adud jamaah yang beroperasi untuk kepentingan individu.
Kaedah fiqh menyatakan bahawa segala sesuatu adalah diharuskan selama tiada nas hukum yang melarangnnya. Maka masalah ini termasuk dalam kategori mubah(diperbolehkan).
Syarat-syarat Ta’adud Jamaah
1. Penubuhannya bukan untuk menikam atau menghancurkan.
2. Mengakui Islam sebagai Ad-deen.
3. Tidak diperalatkan oleh mana-mana musuh Islam.
4. Berbilang-bilang jamaah = berbilang-bilang mazhab
👍👍
ReplyDelete