Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Mengubati Hati

Kita sering tertanya-tanya ‘mengapa ubat itu pahit?’. Mengapa rawatan juga selalunya perit? Namun, demi mendapatkan badan yang sihat, kita rela menelan apa sahaja hatta kepahitan, kita juga rela menanggung keperitan dalam usaha menyihatkan diri.
Maka begitulah juga jalan untuk menyembuhkan hati yang sentiasa berada dalam kegelisahan dan kejahilan. Terpaksa menempuh jalan mujahadah atau terpaksa melawan segala kehendak nafsu yang negatif. Untuk “mengubat” hati sangat memerlukan penawar yang sememangnya pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun sedarilah bahawa semua itu perlu ditelan jua. Apakah ubat hati itu?
Pertamanya, rajinkanlah diri untuk menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Menghadiri majlis ilmu samalah seperi mendatangi “taman syurga” yang sentiasa dinaungi oleh para malaikat. Bayangkanlah jika kita melazimi berada di taman syurga di dunia, InsyaAllah semua itu adalah suatu petanda bahawa Allah akan menghadiakan kepada kita tiket untuk ke taman syurgaNya yang hakiki di akhirat kelak.
Dari sana, susuli pula langkah seterusnya. Ilmu ibarat imam dan amal pula adalah makmumnya. Oleh itu, mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati yang seterusnya adakah zikrullah (ingat Allah). Seutama-utama mengingati Allah adalah dengan mendirikan solat. Solat lima waktu yang kita laksanakan adalah penghubung antara hamba dengan Allah SWT. Justeru, fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan segala rasa itu ke dalam hati. Meskipun agak payah, tetapi paksalah diri dengan penuh iltizam.
Al-Quran pula mestilah diamalkan selalu. Jadikan kalam Allah ini sebagai pendamping diri setiap masa. Dalam masa yang sama , Sunah Junjungan jangan pernah ditinggalkan. Berusahalah sehabis baik untuk melaksanakan sunnah dari perkara yang sekecil-kecil sehingga sebesar-bersar perkara. Walaupun sukar merasa kemanisannya di peringkat awal, pasti akan datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.
Usaha penyembuhan hati mesti juga melalui pantang larang iaitu perlu berpantang daripada perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Hindari diri dari perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, dan hiburan duniawi yang boleh melalaikan jiwa daripada mengingati Penciptanya. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiring dalam mencari redha Ilahi. Dampingi golongan yang berilmu dan manfaatkan mereka sebaiknya. Jadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.
Akhir sekali, berdoalah kepada Allah semoga diberi ketenangan jiwa dan disembuhkan hati.
Mudah-mudahan artikel kecil ini ada manfaatnya untuk kita semua.
Srikandi_Taqwa
Bilik Gerakan

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *