Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Bengkel Penulisan Memantapkan Karya PERPPIS

Bilik Mesyuarat PERPPIS,Tawau - Baru-baru ini, suatu bengkel iaitu Bengkel Penulisan Siri II telah diadakan di Bilik Mesyuarat PERPPIS yang bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Tawau. Pengisian dalam bengkel penulisan yang dikhususkan hanya untuk AJK PERPPIS ini telah disampaikan sendiri oleh Penasihat Am PERPPIS, Cikgu Mohd Nasir Che Ali. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Sesi I yang telah diadakan pada pada hujung tahun lalu.
Bengkel Penulisan Sesi II telah bermula seawal pukul 10 pagi. Penyampaian yang agak menarik oleh Cikgu Nasir telah memukau setiap hati dan mata AJK PERPPIS. “Penulisan yang dihasilkan mestilah memberi manfaat kepada masyarakat dan hasil karya hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Hadis, ” menurut Cikgu Nasir. Tegas beliau lagi, “ Hasil tulisan juga mestilah benar di samping menitikberatkan etika dan akhlak Islam dalam setiap penulisan ”. Bengkel teori yang diadakan pada peringkat awal telah memberi pemahaman yang amat jelas kepada setiap peserta yang terdiri daripada AJK PERPPIS Sesi 2009/2010. Para peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis media cetak yang digunakan secara meluas terutamanya di Tawau. Sebelum berhenti rehat, peserta diamanahkan untuk membentuk kumpulan dan mengarang sesuatu yang berkaitan dengan program yang dijalankan oleh PERPPIS.
Setelah menikmati makan tengahari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah, bengkel secara praktikal diteruskan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil penulisan mereka. Seterusnya ulasan secara langsung diberikan oleh Cikgu Nasir. “Melalui bengkel seperti ini, pemahaman yang lebih mendalam tentang penulisan dapat dibentuk sekaligus lebih memberi keyakinan kepada kami untuk terus menghasilkan tulisan sebagai salah satu medan dakwah kami,“ luah seorang peserta program yang juga merupakan Pengerusi Hepi PERPPIS sesi ini. Bengkel berakhir pada pukul 2.30 petang.


17 Februari 2010
Bilik Gerakan

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *