AKAL KURNIAAN ALLAH S.W.T.
- Allah S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada manusia bagi membezakannya dengan haiwan.
- Manusia dikehendaki mengingati Allah dengan berfikir tentang ciptaan-Nya dan menyakini bahawa Allah itu wujud dan Maha Agung.
- Akal mendorong manusia meningkatkan keimanan dan amal ibadat kepada Allah S.W.T..
- Antara peranan akal termasuklah:
- Manusia disuruh berfikir berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah kerana dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
- Akal memastikan tindakan seseorang itu sama ada betul atau tidak.
DALIL DIGALAKKAN BERADAB KETIKA BERFIKIR
- Firman Allah S.W.T.:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
maksudnya: Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(surah ali-imran:Ayat 191)
- Islam juga menggalakkan umatnya supaya selalu berfikir kerana dapat memantapkan iman.
- kata hikmat daripada Hassan Al-Basri Rahimahullah mengenai kepentingan berfikir: "Berfikir sesaat lebih baik daripada berdiri sembahyang semalaman."
ADAB DAN CARA BERFIKIR DALAM ISLAM
- Manusia dikehendaki berfikir berdasarkan wahyu dan syariat Ilahi.
- Berfikir dengan akal fikiran yang sihat supaya dapat membezakan antara perkara yang baik dengan buruk.
- Berfikir berdasarkan bukti-bukti kajian saintifik supaya dapat menerokai bidang-bidang ilmu yang praktikal.
- Berfikir berdasarkan maklumat dan fakta yang benar dan tepat dapat mewujudkan disiplin ilmu yang memberi manfaat.
- Berfikir dengan bersumberkan matlamat yang jelas, berfokus, dan terancang.
- Antara cara-cara berfikir menurut Islam:
(b) mengetahui batasan dan kemampuan akal ;
(c) mengetahui langkah-langkah mencapai matlamat dan risiko di sebaliknya.
CARA BERFIKIR YANG TIDAK BERADAB
- Berfikir tentang perkara-perkara yang membawa maksiat kepada Allah S.W.T..
- Berfikir tentang sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
- Berfikir sesuatu perkara yang membawa kemudaratan kepada diri,keluarga,dan masyarakat.
- Berfikir untuk menyesatkan seseorang daripada kebenaran.
- berfikir sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
FAEDAH MENGAMALKAN ADAB BERFIKIR
- Mendapat petunjuk ke jalan yang benar.
- Hasil pemikirannya akan mendatangkan kebaikan kepada semua orang.
- Sesuatu keputusan yang diambil tidak bertentangan dengan ajaran islam.
- Dapat menghasilkan idea-idea yang baik dan bernas untuk memajukan masyarakat islam.
- Umat islam akan bersatu di bawah satu aliran fikrah ke arah kejayaan dan kecemelangan.
HIKMAT BERFIKIR MENURUT ISLAM
- Menginsafi kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ciptaan -Nya.
- Melahirkan individu yang sentiasa proaktif dan berdaya maju dalam semua bidang.
- Dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan berkesan.
- Memantapkan keimanan kepada Allah bagi mencapai kecermelangan hidup di dunia dan di akhirat.
- Dapat menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur khurafat yang merosakkan akidah.
- Dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat serta memiliki sikap berdaya saing.
- Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.
No comments:
Post a Comment