Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

MESIR DAN DUNIA

Salam...

Semalam, sungguh, seharian saya berduka. Berat hati memikirkan sahabat-sahabat dan saudara-saudara di Mesir, juga berat hati kerana seorang sahabat di Malaysia ini sedang sakit. Dalam tidak sedar, semalam selepas menziarahinya, tarikh beliau dimasukkan ke hospital adalah tarikh yang sama ketika pergolakan Mesir bermula. Ya, 25hb, tarikh keramat yang mengubah sejarah keamanan tanah Arab!

Kerana tahu, ramai yang tidak cakna akan hal ini, saya cuba untuk memberitahu rakan-rakan di kelas saya melalui google group kami. Alhamdulillah, makin ramai jadi lebih cakna, lebih mendoakan sahabat dan saudara kita di sana.


Alhamdulillah, berita baik semakin menampakkan sinarnya bila kerajaan mula mengambil langkah untuk mengeluarkan pelajar-pelajar kita di Bumi Mesir. Namun, masih kasihan kepada pelajar-pelajar yang self sponsored kerana tak tahu arah mana mahu pergi. Semoga Allah lindungi mereka dan bukakan hati mereka untuk turut ikut pelajar MARA dan JPA.



Setakat ini, tekanan makin menyesakkan dada Hosni Mubarak. Tekanan dari rakyat dan US. Tiba-tiba saya terpandang satu bait-bait kata dari seorang Syeikh. Kata beliau :

The situation in Egypt:
"And in this, we learn from the Prophetic methodology:
change must begin at the ground level, bottom-up,
and not top-down.
Change begins in the heart and in the home,
and it shall eventually reach the streets
and shake the foundations of government."
[Syaikh Yasir Qadhi]

Lihat betapa kuasa yang bermula dari hati itu mampu menggoncangkan sebuah kerajaan! Subhanallah! Dalam pada itu, bila melihat berita dan gambar-gambar di internet, hati merasa takjub dengan kuasa hati yang dimiliki oleh orang Mesir. Dalam keadaan tegang macam mana pun, solat jemaah tak tinggal. Di tengah-tengah Tahrir Square, mereka berjemaah, rukuk dan sujud kepada Ilahi, memohon bantuan kekuatan hati yang lebih lagi, mungkin. Sementara yang lain berkawal dan keadaan ini berganti-ganti.

Suka untuk saya beritahu bahawa Day of Rage yang bangkit dulu bukan sahaja dari kalangan Muslim. Malah, ia turun dibantu oleh orang-orang Kristian yang mempunyai bilangan yang agak signifikan di Bumi Mesir. Bersatunya mereka menentang pemerintahan Tirani yang korup menggoyahkan bukan sahaja Hosni Mubarak malahan Israel sendiri! US (baca : Barack Obama) mula memikirkan kembali tentang biayaan mereka ke atas Mesir sebanyak USD 2 Billion setiap tahun sejak Perjanjian Damai Mesir - Israel termeterai.

Ya Allah, permudahkan usaha membawa keluar sahabat dan saudara-saudaraku dari kekalutan ini. Sejahterakanlah rakyat Mesir yang tidak lain tidak bukan hanya mahukan keadilan. Kepada Engkau kami memohon bantuan kerana kami tahu Engkaulah tuhan yang Maha Berkuasa dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong dan sandaran kami...

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *