PERPPIS Bahagian Tawau: March 2011
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Susah Ke Nak Jadi Baik?




Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya.

Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan. Mengapa ini yang berlaku?


argh…kenapa susah sangat nak jadi baik ni?

Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.

Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?

Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?

Kunci utama : Mujahadah

Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.

Kita terasa susah untuk memeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.

Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu. Maka, kuasa yang kita ada hanyalah dengan bermujahadah.

Sejarah awal penciptaan manusia lagi sudah Allah ceritakan, Nabi Adam a.s. juga tertipu dengan perangkap syaitan sehingga terkeluar dari syurga Allah. Dengan mengetahui hakikat kedua-dua musuh yang tidak pernah kenal erti penat dan tidak pernah berehat dan berputus asa dalam memperdayakan kita, wajarkah kita untuk bermujahadah sekali sekala sahaja?

“Aku dah cuba dah untuk jadi baik, tapi susah sangat…ada je halangan…”
“Aku baru nak belajar tak meniru dalam peperiksaan, tapi minggu ni sibuk sangat, memang tak sempatlah nak ulangkaji sendiri…”
“Aku baru je nak jadi pendiam sikit…dapat kelas dengan kawan-kawan yang banyak cakap la pulak…”

Kalau tidak pun, setelah kita berjaya atasinya untuk sesuatu tempoh.

“yeah..nampaknya takde la susah sangat nak jadi baik ni…”
“oh…Allah dah dengar dah doa aku rupanya…”

Dan akhirnya kita kembali memberikan kemenangan itu kapada syaitan dan nafsu juga. Syaitan itu paling kreatif dalam memperdayakan kita. Saat susah untuk bermujahadah, dibisikkan kata-kata hasutan agar kita berputus asa. Setelah berjaya, disuruh berhenti pula, cukuplah setakat itu. Dikurniakan pula rasa cukup dengan amal yang ada.

Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.

Prinsip asas dalam mujahadah adalaha istiqmah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.


Firman Allah SWT :

“Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.”(As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Yakinlah dengan firman Allah SWT :


“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut : 69)


Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :

“Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah”

Wallahualam.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Bersabarlah Demi RedhaNYA






Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Kepentingan Menghargai dan Bersyukur


Hasan Al-Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu, kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itu, aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT mengawasiku, kerana itu, aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itu, aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah SWT."


Manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT telah membekalkan kepada manusia keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain.

1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki.

Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kita, usia kita yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum".

Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak dapat kita sebutkan satu persatu, akan nikmat Allah pada makhluknya.

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kita perolehi pada hari ini. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaan kita.

Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah SWT akan menambahkan lagi apa yang kita ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.

Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanyalah diri setiap kali bila keluar berbelanja, adakah barangan yang ingin kita beli itu, benar-benar kita perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kita. Contohnya membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!

Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian-pakaian yang relevan dan kamu perlukan. Yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen-dokumen kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan-tindakan kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah dan berderma.

Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah SWT menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam "Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah SWT akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah.

Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri.

Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk.

Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah-ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu.

Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.

Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:

"Aku maafkan dan bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila memaafkan seseorang:

1.Hati akan menjadi bersih/suci

2.Fikiran menjadi tenang

3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh

4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati

5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda

6.Rezeki akan dipermudahkan dan mula melimpah ruah

7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut

8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat

9.Doa cepat dimakbulkan

10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat

Praktikkan cara-cara ini, semoga akan dapat menukar minda kita kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup. Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan akan mudah dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa.

Sabda Rasullullah S.A.W : "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan".

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan


Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :
  • Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
  • Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
  • Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

  • Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
  • Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
  • Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Peringatan Untuk Diri Yang Lalai


Hai diri yang semakin lupa dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti yang digambarkan oleh ALLAH S.W.T

"Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main.Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat.Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui"

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia.Ingatlah Allah ingin memberi peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian.Rebutlah peluang ini dengan sebaik-baiknya.Nabi s.a.w bersabda:
"Bersegeraah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:


  1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa

  2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas

  3. Adakah kamu menanti sehingga badan kamu sakit yang merosakkan badan kamu

  4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu

  5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang menghampiri kamu

  6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal.Dajal adalh seburuk-buruk benda ghaib yang dinanti

  7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat.Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit

Ingatlah wahai diri bahawa setiap yang kamu buat akan dihisab oleh Allah.Jangan seronok dan leka melakukan apa sahaja tanpa sedar Allah murka terhadap dirimu.Firman Allah s.w.t:


"Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja(tanpa dihisab dan dibalas)?(Al-Qiyamah:36)


Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu,sebesar mana mahligaimu,setinggi mana pangkatmu,sebanyak mana pengawalmu,itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabut nyawamu.Firman Allah s.w.t:


"Dimana sahaja kamu berada,pasti kematian menemuimu sekalipun kamu berada dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal"(An-nisa':78)


Ya Allah banyaknya dosa hambamu ini dan sedikit amalan akhirat,


Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,


Hati ini semakin jauh dariMu,oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,


Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci,asalkan engkau menerima aku kembali,


Ya Allah sekiranya mati ini baik untuk mengelak fitnah dan baik untuk agamaku,cabutlah nyawa ini dalam engkau redha kepadanya


Sekiranya hidup ini adalah lebih baik untuk menyumbang terhadap agamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanMU..

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Masalah Itu Didikan Allah






Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.



Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘syllbuss’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, “we can’t direct the wind, but we can adjust our sails” – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja saya luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup inii secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah (seperti yang selalu diberikan) tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.
Jajarkan ke Tengah
Gunakanlah prinsip ujian adalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya
!



Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Adab Memberi Nasihat




Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Pemaaf Sifat Mahmudah



Allah berfirman yang bermaksud: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada oarang yang bodoh."(surah al-A'raf 7:199)

Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah SAW dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.

Allah juga berfirman yang bermaksud:"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun."(surah al-Baqarah 2: 263)

Ingin jadi mulia? amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab mamberi kemaafan melainkan bertambah kemulian dantidak akan tawadukk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."
(Riwayat Muslim no. 2588)

Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim. Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu.

Hiasilah dirimu dan diriku jua dengan sifat pemaaf kerana pemaaf sifat mahmudah dan sifat yang mulia. Memaafkan itu indah, dimaafkan adalah anugerah.

Selamat beramal.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

RAWATLAH RINDU HATIMU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Peyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,
serta Ahlul Bait dan para sahabat Baginda yang mulia.

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya:


1) Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar.
2) Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya.


Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.”
(Surah Yusuf, ayat 24)


UBAT RINDU:

1) Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

2) Doa
mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

3) Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


4) Bernikah dan membina rumah tangga
langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

wallahualam

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

TABARRUJ


Samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain , yang terlebih penting ialah samada pakaian itu memenuhi SYARAT –SYARAT yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak .

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).” (QS Al-Ahzab 33)

Sabda Rasulullah SAW (HR Muslim)

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

“Dua kategori penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu –sebagai simbolik pemerintah yang zalim – dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ,berjalan secara berlenggang lenggok mempunyai sanggul seperti bonggol unta .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu”

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah


Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

ADAB DENGAN AL-QURAN


1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur’an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur’an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

” Bacalah olehmu Al- Qur’an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya” (Riwayat Muslim)

4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur’an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur’an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur’an dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari) ” Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya” (Riwayat An- Nasa’i)

6. Adab – adab di dalam membaca Al- Qur’an ialah :-

i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam suci daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-

” Hiasilah olehmu Al- Qur’an dengan suaramu ” (Riwayat Ahmad)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jangan guna perkataan KALAU

Assalamualaikum...
Saya terdengar dari seorang Ustazah yang menyatakan perkataan “kalau” boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Dan saya juga difahamkan sebelum ini perkataan “kalau” langsung tidak boleh digunakan.


Jadi persoalan saya adalah, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “kalau”?

Jawapan:

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Dipetik daripada Ustznaim.blogspot

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Dimana pergi iman kita?


Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…

Dipetik daripada Ustznaim.blogspot

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Wasiat Imam Hassan Al-Banna


Saudaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah swt. berfirman,

"Dan Kami hendak memberi karnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)

Putaran waktu akan memperhhatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembab kepada kita.

Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari. Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad. Allah swt. berfirman,

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Versi Indonesia

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Tolong Jangan Biadap Dengan Allah!


Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan 'penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.

Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.

Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.

Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا, فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِيصَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain"
( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Sekian

- Artikel iluvislam.com

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Tundukkan pandangan



Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Lidah tak Bertulang!!


GAGAL MENJAGA LIDAH!!
Komunikasi memang bersifat irreversible,kata tidak mampu Ditarik kembali.

Teringat kata-kata

(Once a Word Goes Out Of your Mouth,You can Never Swallow It Again!)

Tika Minda Sedar kita Mula beraksi,Selepas kita Melakukan Kesilapan..Pasti
Perkara Pertama yang akan terlafaz (MAAFKAN SAYA) tidak kisah lambat atau cepat perkataan ini pasti akan terlafaz.

Teringat bait-bait kata naqib Usrah ana,
"Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar"

MasyaALLAH..sehingga sebegitu sekali padah lidah tak bertulang di tamsilkan.

sabda Rasullah S.A.W:
Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar.



Kisah Paku & Anak.

Alkisah,Seorang anak yang pemarah hingga setiap hari dia menyusahkan ramai orang.Sifat MARAH seakan sudah sebati dalam Dirinya.Pantang sekali andai marahnya di cabar,pasti akan menimbulkan pelbagai perkara yang tidak di jangka.

Akhirnya,si ayah yang bijak mencuba mengubatinya. Disuatu Pagi yang indah,ayahnya menghanpiri anaknya. Lantas si ayah menyusun kata-katanya dengan penuh berhati-hati.

"Wahai Anakku, ayahnda ada satu permintaan padamu bolehkah dirimu tunaikan permintaanku ini??

"Katakanlah wahai ayahnda" kata anak itu dengan minda yg penuh persoalan.

"Begini mampukah dirimu setiap kali marah dtg padamu,engkau lampiaskanlah kemarahanmu dengan menancapkan paku di dinding bilikmu" kata Ayahnya Dengan tanpa berfikir panjang akhirnya si anak setuju menunaikan permintaan ayahnya.

***************************************************
Hari pun terus berlalu, Setiap kali marah mendatanginya pasti si anak akan menancapkan SATU PAKU di dinding biliknya. Hinggakan biliknya di hiasi penuh dengan paku-paku. Hari yang di nanti telah tiba, ayahnya berkata pada si anak.

"Nak, Sekarang belajarlah mengendalikan amarah. Pada hari kau berhasil mengendalikan marahmu, cabutlah satu paku yang tertacap di bilikmu"

Sekali lagi si anak menuruti perintah ayahnya. Satu hari tidak marah pasti dia akan mencabut paku di bilinya hinggalah akhirnya semua paku lenyap dari biliknya. Ayahnya hanya tinggal tersenyum sambil berkata..

" Nak, kau telah berhasil!! Mengendalikan marahmu. Paku-paku itu telah hilang dari bilikmu. Tapi Lihatlah, bekas-bekasnya tidak mampu kau hilangkan. kau memang mampu mengubah sikap mu tapi akibatnya pada orang lain tidak mampu kau hilangkan!"

Ayah yang bijak itu,mencuba bermain kata dengan anaknya. Akhirnya, anak itu mengerti apa yang cuba ayahnya sampaikan.

Lidah Mu!
Bak kata pepatah bajau_kata papa

"To Forgive But nOt To Forget"

Ana mengibaratkan ucapan seolah-olah barang ringan yanga mampu meluncur begitu saja tanpa beban.Bahkan ini sungguh tak sebanding dengan akibatnya. Bayangkan kalau ada seorang pemimpin yang lebih memposisikan dirinya Sebagai NEWSMAKER ala Decision maker!!

Sabda Rasullah S.a.w
“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.”
(riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)

Sifat IRREVERSIBLE dari komunikasi mengajar kita untuk always be careful dengan setiap kata-kata yang kita lafazkan.

Ayuh ikuti kisah MURID IMAM SYA`BI,seorang syeikh di kota Basrah. Anak muridnya terkenal sebagai seorang yang lebih banyak berdiam diri.Sehingga membuat Gurunya heran.

"Wahai, anak Murid ku. Mengapakah engkau sering Diam, tak seperti teman-temanmu yang lain?"kata Sang Imam.

Anak Muda itu menjawab,
"Aku Diam maka aku selamat, aku mendengarkan maka aku tahu. Sesungguhnya manusia punyai bahagian masing-masing. Di telinganya,bahagian itu untuknya. Dilidahnya bahagian itu untuk orang lain.

Seseorang yang terpeleset kakinya,ia kan sembuh dlm waktu yang tdk lama, tetapi apabila TERPELESET KATA-KATA ,bisa jadi dia kan kehilangan kepalanya"
Sabda Rasullah S.a.w:
“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama? Nabi menjawab, Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari)

Kesimpuannya,
Menjaga Lidah tdak semudah Membaca ABC. Sifatnya yang Liar dan sukar Dijinakkan, melainkan dengan Zikir Dan membaca AL-QURAN.

Firman Allah yang bermaksud:
"tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)

sudah jelas lagi tersuluh, bahayanya kata-kata. Mampu membawa Kesyurga juga mampu membawa ke NERAKA!

sabda Rasullah S.a.w:
“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Diriwayatkan Oleh Tirmizi.

Akhirulkalam
Pepatah Arab ada mengatakan “Satu perkataan, apabila ia terbit dari hati maka akan jatuh ke hati, manakala jika ia terbit dari lidah ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga”.

Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” HR. Muttafaq alaih

Ucapan yang keluar dari mulut kita dapat dikategorikan dalam empat kelompok :

1. Membahayakan.
2. Ada bahaya dan manfaat.
3. Tidak membahayakan dan tidak menguntungkan.
4. Menguntungkan.

Dari keempatnya, kita harus memilih ucapan yang menguntungkan saja. Pilihan di tangan anda. Kubur anda, pahala & dosa anda, hati anda, Tubuh badan anda. Tidak ada pun org yang akan meletakkan pisau d leher anda untuk paksa anda melakukan kejahatan.

Pilihan anda menentukan siapa dan di mana anda di masa hadapan.

Waallahualam.

Diubahsuai oleh: Team Syabab

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri