Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Fitnah Dari Abad Ke Abad

SEJARAH kegemilangan Islam dalam masa 23 tahun dalam masa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan dua khalifah iaitu Abu Bakar dan Umar, ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang gilang gemilang untuk dijadikan tauladan bagi umat Muhammad yang baru sahaja bangun dari tidur yang lama.

Ada pun sejarah sesudah itu, iaitu sesudah terbuka pintu fitnah yang menimbulkan perpecahan umat Muhammad sehingga berbunuh bunuhan sesama sendiri dan ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang tidak banyak dapat dijadikan teladan, malah sebaliknya pula daripadanya sepatutnya dijadikan sempadan.

Sejarah umat Islam ini berterusan dari babak ke babak melalui abad ke abad sehingga umat Islam tidur nyenyak berabad abad lamanya. Kerana itu kita tidak merasa perlu bagi kita meninjaunya kembali jesteru kerana telah jelas yang menyebabkan terjadinya begitu adalah mainan Yahudi dan juga mainan Iblis dengan tentera syaitannya yang tidak jemu jemu memutarkan hati manusia dengan berbagai bagai fitnah iaitu adu domba dengan memecah belah manusia.

Dalam hal ini Rasulullah telah meninggalkan satu peringatan seperti yang dicatatkan oleh ahli ahli hadith seperti Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Hudzaifah: satu ketika kami duduk bersama sama Umar, tiba tiba ia bertanya siapakah diantara kamu yang mengingati kata kata Rasulullah mengenai fitnah?
Jawabku: saya mengingati seperti yang dikatakan, berkata Umar: memang anda berani.

Lalu saya pun berkata: fitnah adalah ujian terhadap seseorang mengenai keluarga, harta, anak dan tetangganya yang dapat ditebus dengan solat, puasa,sedekah, amar makruf dan nahi mungkar.

Berkata pula Umar: bukanlah itu yang saya maksudkan, tetapi fitnah yang bergelombang bagaikan laut.
Umar bertanya lagi: adakah pintu itu dibuka atau dipecahkan.

Lalu berkata Umar: jika begitu apabila terbuka tidak akan tertutup selama lamanya.
Kawan kawan Hudzaifah bertanya, apakah Umar mengetahui bahawa dia adalah sebagai pintunya?
Dijawab oleh Hudzaifah: ya, ia mengetahui seperti mana diketahuinya semalam itu adalah sebelum hari ini. Sesungguhnya saya tidaklah mencerikan cerita kosong.

Sewaktu diminta penjelasan oleh kawan kawan Hudzaifah melalui seorang yang bernama Masruq maka dijelas oleh Hudzaifah: Pintunya Umar Al Khatab

Daripada riwayat atau cerita yang diceritakan oleh Hudzaifah, kita dapat memahami bahawa fitnah yang besar dibayang sebagai gelombang dan ombak yang menggulung dilautan sudah tentu melanda umat Muhammad selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w..

Adapun peristiwa yang dikatakan bagaikan gelombang dilaut itu ternyata telah pun terjadi dimulai dengan pembunuhan Uthman Al Affan dan terjadi peperangan diantara Aisyah dan Ali dan berlanjutan kepada peperangan Ali dengan Muawiyah dan berlarut larut sehingga beberapa lama.

Tidak syak lagi semuanya adalah menunjukkan fitnah yang besar terhadap umat Muhammad jesteru kerana puluhan ribu muslim menjadi korban kerananya hujung daripada kejadian ini sistem pemerintahan Islam tidak lagi berjalan seperti biasa iaitu ketua muslimin dipilih dari golongan yang baik yang bergelar Khalifah atau Amirul Mukminin atau pengertian zaman sekarang iaitu digelar Presiden.

Bagaimana pun juga itulah dia sejarah yang saya katakan sejarah umat Islam yang dimulakan oleh Nabi Muhammad kemudian disambung oleh Abu Bakar dan Umar dengan segala catatan kejayaan mereka yang telah menetapkan asas sebuah negara, kerajaan yang belum dapat dimasuki oleh jarum orang Yahudi.

Sesungguhnya banyak sekali hadith hadith yang diriwayatkan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata kata Rasulullah, dan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Umar yang menerima agama Islam hasil daripada dimakbulkan oleh Allah doa Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah yang mulia, Abu Bakar yang lembut, Umar yang keras sekali perwatakannya lambang sari Imam. Islam dan kasih sayang sepanjang perkembangan Islam, dan kerana itulah ketiga tiga mereka di kuburkan berdampingan , saya katakan sebagai ibu sejarah Islam yang merupakan contoh untuk kita menggerakkan kembali perjuangan mengembangkan dan menegakkan agama Islam ini.
Perjuangan Islam telah pun bermula kembali sejak seratus tahun yang lalu. Seratus tahun itu bagi kita hanyalah baru sekadar setahun sahaja dalam ukuran sejarah kebangkitan agama Islam. Dalam hal ini umat Islam hendahlah tidak melupakan kata kata peninggalan Nabi Muhammad s.s.w. yang bermaksud: ‘Permulaan Islam adalah terasing (gharib) dan akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang orang yang terasing itu’.
Sekarang umat Islam bangun dari tidur, dan bila mana seruan kembali kepada Allah dan Rasul nya dicanangkan, mujahiddin zaman kebangkitan semula ini sudah tentu menemui apa yang ditemui oleh para mujahiddin di zaman permulaan, sekali pun keadaannya tidak sama oleh zaman, namun kenyataan dalam lapangan adalah sama sahaja menurut sejarah.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *