Alhamdulillah, baru-baru ini Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau telah menganjurkan program mingguan Ihya Ramadan yang diadakan pada setiap Sabtu hingga Ahad pada bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk mengumpul remaja-remaja muslim khasnya di Tawau untuk mendekatkan diri dengan agama Islam dan tidak menghabiskan masa terluang. Antara aktiviti ialah Iftar Jamaie, solat berjemaah fardhu/tarawih, kuliah Maghrib, Isya', Al-Lail, Subuh dan Duha serta sahur berjemaah. Program ini tidak beryuran dan boleh dihadiri oleh semua lapisan masyarakat.
 |
Sesi Ta'aruf sahabat peserta dan AJK PERPPIS |
 |
Lambaian Ukhwah |
 |
Peserta Terbaik...Tahniah saudara Firdaus dari SM Islamiah Tawau |
 |
Pejuang ISLAM masa akan datang...Takbir! |
No comments:
Post a Comment