Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

BICARA PENASIHAT AM: MADAH SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Kehidupan yang kita lalui memerlukan bimbingan dan pedoman. Pedoman dan contoh utama kita ialah Rasulullah saw serta sahabat nabi. Sahabat nabi merupakan insan yang telah terbukti kejayaan mereka sehinggakan Nabi mengisytiharkan  antara mereka menjadi penghuni syurga. Untuk itu, amat wajar kita meneliti dan mengkaji serta merenung perwatakan dan ucapan mereka yang telah Nabi sabdakan sebagai warga syurga. Antaranya ialah Saidina Abu Bakar. Sebagai bahan fikir dan renungan kali ini, kita lihat kata-kata Saidina Abu Bakar. Antaranya


“Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara
  1.       Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa
  2. .       Dosa itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah taubat
  3. .       Akhirat itu kegelapan dan penerangnya ialah amal soleh
  4. .       Kubur itu kegelapan dan penerangnya ialah kalimah Lailahaillah Muhammadur Rasulullah
  5. .       Siratul Mustaqim itu kegelapan dan penerangnya ialah yakin


Situasi “ kegelapan “ pasti akan kita lalui dan tempuhi. Saidina Abu Bakar telah memberikan tips untuk mengatasinya. Terserah kepada kita sahaja untuk melakukannya atau tidak. Fikir, fikirkan dan jangan berhenti untuk berfikir sesuatu yang baik.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *