Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

PERUTUSAN RINGKAS PENASIHAT AM PERPPIS SEMPENA HARI RAYA KORBAN 1434

Assalamualaikum.
Sempena Hari Raya Korban pada tahun ini, diharap semua aktivis PERPPIS dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran dan kefahaman yang betul lagi tepat. Senario aura sambutan Hari Raya Korban memang dingin berbanding aura sambutan Hari Raya Puasa. Walaupun begitu diharap agar semua aktivis anak muda dalam PERPPIS dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah bagi membuktikan kecintaan yang sejati terhadap Allah s.w.t..
Untuk itu contoh anak muda dalam keluarga Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail wajar diteladani dan menjadi koreksi diri. Antara teladannya:

  1. Mencintai dan menyayangi bapanya walaupun ia tidak tinggal bersama bapanya.
  2. Mendengar percakapan dan arahan bapanya serta tidak dibantahnya.
  3. Bersegera untuk melaksanakan perintah Allah setelah dimaklumi oleh bapanya.
  4. Mengasihi dan mencintai ibunya.
  5. Kecintaan terhadap Allah lebih diutamakan daripada kecintaan kepada ibu bapanya sendiri.


Akhir bicara marilah kita menjadi anak yang sentiasa memudahkan kerja ibu dan ayah kita. Dalam masa yang sama kita terus meningkatkan daya juang dan korban kita bagi menobatkan syiar Islam.
Sekian Wassalam.

Allahuakhbar.. Allahuakhbar... Allahuakhbar...

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *