Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Mengimbau Sejarah Menara Qutub Minar India

Jika anda ingin melihat struktur monumen tertinggi di India, anda akan harus melawat Delhi, ibu negara India. Qutub Minar, sebuah bangunan yang mempunyai struktur indah yang juga sebagai menara batu tertinggi di India. Menara ini memiliki daya tarikan tersendiri dan amat popular di Delhi.

Sejarah Qutub Minar bermula sejak penghujung abad ke-12, dan menara ini dibina daripada batu pasir merah yang merupakan contoh nyata keindahan senibina dari bangsa India kuno.

Ketika mengagumi Qutub Minar, satu-satunya soalan yang biasanya terlintas dalam fikiran adalah: "Mengapa monumen ini dibina begitu tinggi? "Kebanyakan sejarawan percaya bahawa pembangunan Qutub Minar bermula oleh Qutub-ud-Din Aibak, yang berasal dari keturunan hamba abdi. Dikatakan bahawa Qutub Minar berfungsi sebagai tempat mu'azzin untuk melaungkan azan.

Ada juga beberapa rujukan yang mengatakan Qutub Minar dibina oleh Prithviraj Chauhan atau Vigraharaja. Namun, dapat dipastikan bahawa pembangunan telah siap semasa pemerintahan Qutub-ud-din dan Iltumish pada awal abad ke-13, berdasarkan kepada sejumlah tulisan yang terdapat di bangunan itu.


Tingkat pertama menara itu siap semasa pemerintahan tempoh Aibak. Tiga tingkat kemudian ditambah oleh Shams-ud-Din Iltumish, pengganti Aibak. Dinasti itu membina semua ciri dalam balkoni, lantai dan sekitarnya dan reka bentuk sarang lebah yang amat menarik. The Qutub Minar direka berkeadaan sempit daripada bawah hingga keatas, ianya memberikan kekuatan untuk struktur bangunan tersebut. Menara ini memiliki ketinggian 72.5m (237 kaki) dan diameternya adalah 14,32m pada dasarnya, dan 2,75m di bahagian atas menara.


Qutub minar

Dahulunya sesiapa saja dibenarkan untuk megunjungi bahagian atas Qutub Minar dengan melewati 378 anak tangga di dalam bangunan, dan bahagian atas Qutub Minar menawarkan pemandangan terus ke bandar Delhi. Puak Khilji dan raja-raja Tughlaq juga mengggunakan Minar ini untuk meninjau aktiviti musuh yang ingin menceroboh Delhi, khususnya Mongol. Kejadian gempa bumi telah merosakkan Qutub Minar. Namun pengubahsuaian dan baikpulih setiap kali gempa dilakukan oleh para pemerintah Delhi, termasuk Firoz Shah dan Sikandar Lodhi. Sekarang, struktur bangunan terjaga dengan baik dan dipelihara oleh pihak berkuasa.

Anda boleh menemui sejumlah monumen di dalam kompleks Qutub Minar. Pintu gerbang berasal sejak 1310, dan struktur penting yang lain termasuk Darwaza Alai, Alai Minar, Tiang Besi, dan Quwat-ul-Islam Masjid. Makam Iltumish, Khilji Ala-ud-din dan Imam Zamin juga ada.

Masjid quwat-ul-Islam Masjid, dibina tahun 1198, terletak di timur laut Qutub Minar. Masjid itu dibina oleh Qutub-ud-Din Aibak dan merupakan masjid tertua yang terdapat di Delhi dan telah dibina oleh sultan Delhi. Peniggalan Hindu kuno dan kuil Jain dapat dilihat di sini, dan beberapa tulisan yang menunjukkan bahawa kuil ini dihancurkan oleh Aibak. Penambahan masjid ini dilakukan selama tempoh Iltumish Syams-ud-din pada awal abad ke-13, dan kemudian di teruskan oleh Khilji Ala-ud-din. Struktur yang menarik di halaman ini adalah ada sebuah Tiang Besi di halaman dengan tulisan dalam naskah Brahmi. Tulisan ini berasal dari abad ke-4 dan mengatakan bahawa tiang itu didirikan sebagai simbol bagi Dewa Wisnu.


Tiang besi di tengah halaman Qutb Minar


Bahagian luar masjid Quwat-ul-Islam

Pintu gerbang selatan Masjid quwat-ul-Islam dikenal sebagai Alai Darwaza, berasal dari tahun 1311 dan dibina oleh Khilji Ala-ud-din. Penerapan gaya senibina Islam dapat dilihat dalam struktur bangunan ini. Makam Iltumish juga berada di kompleks tersebut dan diperbuat daripada batu pasir merah dengan tulisan pula. corak geometri boleh didapati di pintu masuk dan di makam.


Alai Minar

Alai Minar terletak ke arah utara Qutub Minar. Pembangunan bermula oleh Khilji Ala-ud-din, yang ingin membuat dua kali saiz Qutub Minar. Namun, hanya tingkat pertama Minar boleh selesai, hingga hanya berupa asas yang mempunyai ketinggian 25m, pembangunan terhenti di sebabkan Ala-ud-din meninggal selama proses pembinaan.


Makam Iltumish
(Shams-ud-din Iltutmish 1211-1236, Raja ke-3 Dinasti Mamluk. Bekas hamba abdi Qutb-ud-din Aibak)


Menara Qutb


Seni ukiran

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *