KISAH JIN MELARIKAN GADIS | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: KISAH JIN MELARIKAN GADIS
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

KISAH JIN MELARIKAN GADIS

Dalam kitab da-hawatif,Abu bakar bin Muhammad bin al-Sakan menceritakan daripada Muhammad bin Ziyad al-kalbi yg diriwayatkn oleh al-'ala bin Barad bin Sinan drpd al-fadl bin habib al-Siraj dari Mujalid drpd al-Sya'bi drpd al-Nadr bin Amru al-Harithiy,beliau mengatakan:
"Semasa kami belum memeluk Islam,kami mendiami sebuah tempat berhampiran dengan sebatang anak sungai.Pada suatu hari saya telah mengutuskan anak saya untuk ke sungai itu untuk mengambil air.Malangnya anak perempuan saya tidak kembali setelah sekian lama kami menunggunya.Akhirnya kami telah mencarinya di kawasan anak air itu tetapi kami gagal menemuinya.Berbagai usaha dilakukan,tetapi ternyata kami benar-benar kehilangannya."

Tragedi itu berlaku pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab sebagai khalifah.Menurut ceritanya lagi,setelah sekian lama menanti katanya,"Ketika saya sedang duduk di hadapan rumah tiba-tiba saya terlihat kelibat seorang manusia yang akhirnya saya kenal pasti merupakan anak perempuan saya yang hilang sekian lama itu.Saya mendakapnya dengan kuat kerana rindu lantas bertanya kepadanya kemanakah beliau menghilang dalam jangka masa ini".

Anaknya yang kelihatan kusut masai dan kurus kering itu menceritakan pengalamannya semasa mengambil air di anak sungai beberapa tahun sebelum itu.

Walaupun berada dalam kalangan jin begitu lama,tetapi beliau tidak pernah diapa-apakan oleh mereka.Golongan jin ini kemudiannaya telah memeluk Islam.Sesuatu peperangan telah meletus antara jin Islam ini dgn puak jin kafir & kemenangan telah memihak kepada jin Islam.Ketua kumpulan jin Islam yang menyembunyikan gadis ini telah mengisytiharkan jika mereka menang,maka dia akan dikembalikan kepada keluarnya.

Apabila menang,mereka telah melaksanakan janji itu dengan pesanan,"Jika engkau masih memerlukan bantuan kami,maka serulah kami dengan cara ceritan yang tertentu ( yang telah diajar kepadanya ),maka kami pasti datang membantu dengan izin Allah."

Selepas itu,sepertimana impian kebanyakan ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berkahwin,maka saya telah menikahkan anak saya ini dengan sepupunya.Pada malam pernikahan,tatkala suaminya ingin mendekatinya,beliau yang tidak mempunyai pengalaman berda dekat dengan lelaki apatah lagi tidur disampingnya,menjerit secara tidak sengaja.

Jeritan ini didengari oleh keluarga angkatnya kumpulan jin Islam itu.Mereka telah datang lalu memberi salam kepada gadis itu dan suaminya.Suaminya mat terkejut mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapa.Beliau menjadi marah lalu mengatakan sesiapa yang datang menggangu itu akan dicungkil matanya.

Setelah menerangkan perkara sebenar peristiwa pelik itu abrulah suaminya faham.Sebagai balasan ke atas pencerobohan ke rumah mereka itu,suaminya lantas bertanya kepada jin tersebut apakah rawatan yag paling mujarab kepada mereka yang ditimpa demam panas.

Jawapan oleh jin ini adalah dengan menggunakan labah-labah air yang diambil kakinya diikat dengan benang lalu diikatkan kepada anggota sebelah kiri.Dia minta dilakukan perkara itu kepada orang yang sakit,insya-Allah akan sembuh.

Oleh : Ustaz Hj Zahazan Mohamed.
Dalam majalah Solusi Isu NO 18.
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

0 ulasan:

POST A COMMENT

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri