Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Asma Oh Asma

Penyakit Asma merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. Penyakit Asma paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir

Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :

§ Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.

§ Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

§ Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

§ Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

§ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.

Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.

Masa: 05.03 p.m.

Tarikh: 19 September 2010

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *