FIKRAH PERJUANGAN ISLAM | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: FIKRAH PERJUANGAN ISLAM
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

Semua AJK PERPPIS dan Ahli PERPPIS perlu membaca dan memahami artikel ini. Jika anda kurang jelas, sila rujuk dengan Penasihat AM PERPPIS.

Fikrah ialah pemikiran,hasil daripada fikrah wujudnya firkoh yang banyak.Namun demikian,ia perlu disandarkan dengan dasar perjuangan islam atau pembentukan islam yang sahih(betul).Terdapat 3 dasar yang menjadi tapak asas kepada pembentukan fikrah islamiyah.


1) “an takuna sohihan fii ‘aqidati”

Ayat di atas bermaksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut aqidah’.Keterangan yang lebih jelas ialah kita perlu beriktikad bahawa islam adalah agama yang benar dan semua mestilah merujuk kepada islam dari segenap segi.contohnya:

Hendak diceritakan suatu hari seorang pesakit datang berjumpa dengan doktor kemudian doktor berkata hanya dengan cara ini sahaja penyakit boleh sembuh 100% dan dia yakin tiada cara lain yang boleh menyembuhkan.

Cerita di atas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh doktor tersebut dipercayai sepenuhnya tanpa berikhtiar dan berusaha mencari jalan lain.Perkara ini jelas merosakkan aqidah dan boleh menjadi kufur.Hal ini kerana dia sepatutnya yakin bahawa yang memberi kuasa penyembuh ialah Allah s.w.t sahaja,Dengan kudrat yang ada pada Allah,dia boleh melakukan apa yang dikehendaki.Jadi kita perlulah yakin bahawa Allah adalah penentu sihat dan sakit seseorang,segala usaha atau ikhtiar yang dilakukan bukanlah penyebab sembuh tetapi yang memberi sembuh ialah Allah.

2) “an takuna sohihan fii ibadati”

Ayat diatas bermaksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut ibadah’.Keterangan disini menunjukkan bahawa setelah aqidah kita di kemaskan maka kita perlulah terjemahkan dalam bentuk pengabdikan diri kepada Allah.

Firman Allah:

‘Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya dapat
beribadat kepadaku’

Ayat ini memberi tahu kita bahawa kita diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri.Menepati hakikat ini,maka perjalanan hidup manusia di dunia ini akan selaras dengan perjalanan hidup segala makhluk Allah yang juga sebagai hamba.Ertinya,hidup kita serta segala kegiatan hidup sama ada dalam bidang perkerjaan dan tugasan,dalam segala bidang keahlian dan kemahiran perlu diolah dalam acuan ibadah dan memperhamba diri kepada Allah s.w.t.



3) “an takuna sohihan fii akhlaki”

Ayat di atas membawa maksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut akhlak’.Setelah kedua-dua perkara di atas jelas maka kita perlulah menjelaskan perkara yang ketiga iaitu dari sudut akhlak.Akhlak merupakan hasil terjemahan daripada aqidah dan ibadah.Aqidah dan ibadah yang mantap membentuk akhlak yang cemerlang.Perkara yang perlu di titik beratkan ialah dalam sudut percakapan,pergaulan dan pemakaian.

Dari sudut ikhtilat:
haram lelaki dan perempuan bukan muhrim
bersentuhan.

Dari sudut khulwat:
Lelaki dan perempuaan tidak boleh duduk dalam satu bilik dan tempat tertutup.

Dari sudut muamalat:
Lelaki dan perempuan tidak haram bercakap dengan tiga syarat iaitu:
-tidak timbul syahwat
-tidak timbul fitnah.
-jangan mendayu-dayu kata-kata.
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

0 ulasan:

POST A COMMENT

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri