Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU


kalau sebut tentang persahabatan, orang cakap...
"sahabat selamanya"
"best friend forever"
"ukhwah fillah"

apa ertinya kawan pada kamu?
seorang yang sentiasa menemani kamu makan?
atau seorang yang sentiasa mendengar masalahmu?
atau seorang yang sentiasa menemani kamu keluar beli barang?
atau seorang yang membuat tugasan bersama kamu?
atau seorang yang kamu rujuk ketika kamu menghadapi masalah, atau tertekan atau sedih, atau gembira bahkan?

apa makna kawan kepadamu sebenarnya?
apakah dia yang selalu kamu dahulukan daripada ibubapamu, ahli keluargamu, suamimu atau isterimu?
apakah dia yang boleh kamu ejek dan gelarkan sesuka hati?
apakah dia yang sentiasa ada untukmu selamanya?

barangkali perspektif tentang rakan, sahabat, kawan, teman, 'saing' itu punyai makna dan taraf yang berbeza buatmu. kerana setiap orang boleh berfikir sendiri dan biasanya fikiran ini dipengaruhi oleh pengalaman.

walau apa pun yang kamu anggap tentang rakanmu itu, tidak kira teman baik atau teman sekelas atau teman sekuliah atau teman sekolej atau teman seprogram dll...

dalam persahabatan, tidak selalunya orang kena memberi kepada kita. perlunya juga kita memberi kepada orang.
tidak mungkin hanya dia yang akan ada untuk kita selamanya, sedangkan kita tidak.
tidak adil kiranya dia saja yang mendengar, sedangkan kita tidak.
tidak elok kiranya kita hanya mencari dia ketika perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya sahabat.



bahkan...
tidak mungkin hanya kita yang ada untuk dia, sedangkan dia tidak.
tidak adil kiranya kita sahaja yang mendengar, sedangkan dia tidak.
tidak elok kiranya dia mencari kita ketika dia perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya kawan.

dalam persahabatan,
perlunya ada give and take.
perlunya ada persefahaman untuk kita cari nilai kesamaan antara kita dan dia yang akhirnya akan membuahkan hubungan yang harmoni.
perlunya ada teguran, nasihat dan sokongan kerana inilah juga fungsinya sahabat yang terbesar.
perlunya ada kesabaran sebabnya tidak semua tingkah laku orang boleh kita hadapi, juga tidak semua tingkah laku kita orang boleh senangi.
perlunya ada terus terang dan bukannya berpura-pura. inilah yang banyak memburukkan persahabatan. apabila berpura-pura, timbullah perasaan curiga dan tidak percaya yang kelak akan membawa keretakan. katakan sejujurnya apa yang kamu tidak berkenan dia lakukan, pujilah dia sejujurnya dan nyatakan perasaanmu yang jujur terhadapnya.

orang kata, berkawan biar seribu tapi berkasih biar satu.
ada benarnya walaupun aku agak mengingkari.
bagiku, biarlah teman-temanku sedikit, kerana yang sedikit itu lebih bermakna, lebih memahami dan lebih aku percayai. biarlah rakan-rakanku sedikit asalkan semuanya aku fahami dan aku sentiasa rindui.

renungkan seketika,
"kiranya aku punyai hanya seorang teman didunia ini, pastinya aku jaga ia seeloknya. dan inilah yang akan aku lakukan terhadap teman-temanku kerana setiap orang adalah unik dan tersendiri"

copy internt:kumpulan 3

Rasulullah s.a,w

:...Sebak...::


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Saidina Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, SaidinaUmar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. SaidinaUsman menghela nafas panjang dan Saidina Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesaimenunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun darimimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialahmalaikatul maut," kata Rasulullah s.a.w, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernahmendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"kata Jibril.

Detik-detik itu semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kaumelihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah s.a.w pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Kalam Rasulullah s.a.w yang bermaksud ,"...peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai baginda sepertimana baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Kumpulam 3

kata hatiku untuk Ramadhan





Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ..
mendayu..merayu. ..
kepada- NYA Tuhan yang satu ..


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ..
solat yang dikerjakan...
sungguh khusyuk lagi tawadhu' ..
tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri ..
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji ..
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" ..
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ..
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ..
di setiap kesempatan juga masa yang terluang ..
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan...


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .
berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..
meminta belas kasih,
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU ..


Tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ..
mari kita meriahkan Ramadhan ..
kita buru...
kita cari...
suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri..
rohani dan jasmani ..
menanti-nanti jemputan Izrail ..
di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....


Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ..
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami ..
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi ..
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ..
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ..
yang mampu bagi seorang hamba itu ..
hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA...


Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ..
kami lah hamba yang mengharap belas darimu.


"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibu bapa kami .
dosa semua umat2 islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"


Amin Ya Rabbal Alamin.....

copy internet; kumpulan 3

Munkinkah ini Ramadhan teakhir kita

Andai kita renung usia kita yang telah habis digunakan dan kita tidak tahu berapa lagi baki usia kita yang masih tinggal, tentu banyak perkara yang sia-sia telah kita lakukan berbanding perkara yang berfaedah. Melihat kepada ibadah puasa yang kita lakukan…mungkin ada sesetengah daripada kita telah 19 kali, 20 kali, 10 kali atau 23 kali menempuh Ramadhan. Tetapi menggapa hasilnya di bulan-bulan yang lain kita masih sama seperti sebelum bulan Ramadhan. Di mana silap kita?


“Sesungguhnya solat itu mencegah seseorang melakukan perkara yang keji dan mungkar” tetapi mengapa selepas solat tingkah laku kita, akhlak kita sama seperti orang yang tidak bersembahyang…atau mungkin baik sikit daripada mereka? Kenapa sikit je baiknya..kenapa tidak banyak?

Sempena bulan Ramadhan ini, mari kita renung kembali puasa yang telah tiga hari berlalu. Kita renung kembali supaya di hari yang akan datang puasa yang kita lakukan mampu merubah akhlak kita daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik bertambah baik.

Puasa ini ada kategori. Ada puasa orang awam, puasa orang yang khusus dan puasa orang yang khusus lagi khusus (khususan khusus) Puasa orang awam adalah puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga. Kategori puasa ini tidak diterima oleh Allah. Walaupun individu ini berpuasa tetapi di sisi Allah dia tidak berpuasa.

Puasa orang yang khusus ialah puasa orang yang menahan lapar dan dahaga serta menahan ketujuh-tujuh anggota zahirnya iaitu mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan kemaluan. Puasa ini terlepas daripada kategori orang yang tidak berpuasa bermakna dia tidak berdosa tetapi tiada pahala di sisi Allah S.W.T.

Puasa yang ketiga ialah puasa Khususan khusus. Puasa ini bukan sahaja menahan lapar, dahaga dan menjaga ketujuh-tujuh anggota zahirnya tetapi juga memelihara anggota batinnya iaitu akal, nafsu dan hati daripada melakukan maksiat contohnya u’jub, takkabur, riya’, sombong dan sebagainya. Hanya puasa yang sebegini layak untuk berhari raya.


Moga-moga puasa kita pada hari ini dan hari yang akan datang memberi kesan yang baik pada iman kita. Iman yang baik akan menghasilkan akhlak yang mulia. Sama-sama kita merebut peluang Ramadhan yang Allah kurniakan kepada kita. Siapa tahu..Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita.

Wallahu’alam.

copy;internet: kumpulan 3

Program Wacana Ilmu dan Titian Kasih di Masjid Nurul Huda









Majlis Tilawah Al-Quran kali ke-2 Peringkat sekolah-sekolah menengah swasta



Wajah-wajah peserta tilawah,hafazan,syarahan





Wajah-wajah peserta yang menyertai syarahan,hafazan & tilawah..









Juri sedang mengadili peserta MTQ dengan penuh teliti

Wajah-wajah AJK Pendaftaran
bertungkus-lumus dalam menyediakan tempat yang selesa untuk peserta MTQ

AJK sedang menunggu kehadiran peserta

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi maka kita akan lambat tua.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".tapi jangan berlebihan

copy:Julianti

Penyucian jiwa seorang da'e


Dalam arena pendakwahan, penguasaan ilmu dan kemampuan menyampaikannya sahaja tidak cukup sebagai modal dakwah. Untuk memastikan stamina dan rohani tetap terjaga, hati yg bersih dan jiwa yg suci diperlukan. Hal ini boleh di lihat menerusi buku Sa’id al-Hawwa iaitu Al-Mustakhlas fi tazkiyatil Anfus (mensucikan jiwa) yg menjelaskan tentang tiga komponen penting dlm misi dakwah para rasul iaitu tazkir (mengingatkan), ta’lim (mengajar ilmu), tazkiyah (mensucikan jiwa). Pewaris para nabi khususnya da’ie seharusnya memiliki tiga komponen ini.

Sesungguhnya dewasa kini, realitinya amat sedikit di antara mereka yg mempunyai ke tiga-tiganya secara sempurna. Ada yg menyampaikan nasihat (tazkirah), tetapi tdk mempunyai ilmu yg cukup sehingga sukar menghadapi beragam permasalahan umat yg terus-menerus muncul. Kenyataannya boleh di lihat menerusi ceramah-ceramah yg diberikan oleh para pndakwah kita yg rata-ratanya tdk mampu memberikan kesimpulan yg tepat dalam ssuatu ilmu yg di sebarkan. Ada juga yg berilmu, ttp tdk cukup pandai menyampaikan nasihat. Mereka tdk pandai berceramah dan tdk boleh menulis sehingga ilmunya itu hanya dinikmati sendiri. Ibarat pohon, ia hanya berdaun lebat, tetapi tdk berbuah.

Ada juga yg berilmu dan pandai menyampaikan nasihat, tetapi tdk mampu melakukan tazkiyah (mensucikan jiwa). Akibatnya, ia tdk sanggup mengubati beragam penyakit hati yg muncul. Jangankan mengubati penyakit org lain, dirinya sendiri pun tdk terubat. Orang seperti ini, meskipun mempunyai ilmu dan pandai memberikan nasihat, tapi takkan dapat bertahan lama. Lambat laun, ia akan di makan penyakit hati. Ibarat pohon, ia memang berdaun dan berbuah lebat, dapat memberikan manfat bg dirinya dan orang lain. Namun begitu, dalam batang pokok itu sndiri ada ulat dan pelbagai jenis binatang kecil yg terus memakannya sehingga ke daun dan bunganya yg sedang mekar. Dapat dibayangkan akhir hdp pohon tersebut. Batang,daun dan bunga akan rosak. Begitulah gambaran mereka yg berilmu dan pandai memberikan nasihat tp tdk melakukan tazkiyatun nafs. Oleh itu, peranan tazkiyatun nafs ini tdk boleh dianggap remeh. Peranannya sama spt ta’lim dan tazkir. Dapatlah dibayangkan bagaimana nasib org yg tdk berilmu dan juga tdk mampu memberi nasihat serta dirinya sndiri tdk melakukan tazkiyatun nafs, ia akan musnah sebelum berdaun, dan tak mungkin sempat berbunga apatah lg berbuah.

Jk ditelusuri sejak abad pertama Islam, telah muncul aliran Mu’tazilah, Syi’ah, Khawarij dan Murji’ah. Keempat-empat aliran itu lahir bukan kerana tdk mepunyai ilmu atau tdk mampu memberi nasihat. Sebaliknya sebahagian drp mereka adlh org2 yg mempunyai banyak ilmu dan mahir menyampaikn pndapatnya kpd org lain. Namun, mereka adlh org2 yg tdk mmpu mentazkiyah dirinya. Mereka tdk dpt menakluk pelbagai penyakit hati yg muncul dlm hatinya. Lahirnya fahaman Murji’ah cthnya adlh akibat dari keringnya hati sehingga tdk dpt merasa penderitaan saudaranya yg lain, ia cenderung menyendiri dan tdk peduli dgn apa yg terjadi. Hatinya mati. Fahaman Syi’ah pula muncul akibat kerasnya hati dan berasa diri sndiri benar, manakala fahaman Khawarij lahir akibat ketidakmampuan mengelolakan emosi. Sedangkan fahaman Muktazilah pula muncul akibat hilangnya sifat tawaduk, terlalu percaya diri dgn akal. Semuanya ini bermula dr keringnya hati akibat tdk mmpu mentazkiyah diri.

Walaupun begitu, penjagaan hati tdk cukup dgn perbuatan hati spt ikhlas, tawadu’ dan wara’. Ia jg harus diikuti amalan secara fizikal. Hal ini boleh di lihat menerusi firman Allah SWT yg bermaksud: “Wahai orang yg berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam……..” (al-Muzammil 1-10)lihat semula….

Para ahli tafsir berpendapat bahawa seruan ya ayyuhal muzammil (wahai orang yg berselimut ) adalah panggilan mesra dr Allah kpd kekasihNya yg sedang berduka. Ketika itu, Rasulullah s.a.w sdg menanggung beban psikologi yg teramat berat. Ada hentakan jiwa yg amat dahsyat. Di satu sisi, baginda sgt yakin dgn kebenaran yg di bawanya, tetapi utk meyakinkan orang lain terhadap kebenaran itu terlalu sukar. Rasulullah s.a.w berasa kesepian di tengah keramaian. Dlm keadaan seperti itu, Allah SWT memanggilnya dgn sapaan mesra, ya ayyuhal muzammil.

Paparan ayat pd awal surah ini merupakan petunjuk bg para pndakwah utk mengubati hati dan mentazkiyah diri. Inilah amalan yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabtnya yg dilakukan secara istiqamah dan terus menerus. Mereka telah membuktikan kekuatannya. Begitu jg tokoh Sultan Muhammad al-Fatih yg begitu unggul dlm penaklukannya ke ats Costantinople tdk prnh meningglkan solat tahajjud sjk beliau baligh. Beginilah caranya mrk membersihkan hati dn menyucikan jiwa.
Pelbagai hasil kajian menyatakan bahwa kecerdasan intelektual shj tdk cukup utk membuat ssorang itu berjaya. Ia memerlukan dua kecerdasan lain, iaitu emosional dan spiritual. Dua aspek inilah yg mnjadi sasaran utama target penyucian jiwa.

Setiap zaman pasti mempunyai masalah dan penyakitnya yg tersendiri. Seorang yg alim (berilmu) dan rabbani (pendidik) adlh mereka yg mampu mengubati pelbagai jns penyakit itu. Kejayaan mengubati penyakit itu adlh sebahagian dr tanda kemampuan ssorang mentazkiyah dirinya.

Copy:Julianti

harga setitis air mata

Setitis air mata mengandungi seribu satu makna disebaliknya. Bagi pandagan lahiriah air mata tidak ubah seperti satu perbuatan yg sia2. Ada juga berpendapat suatu luahan emosi dalaman yg prlu diketahui umum. Kenapa perlu menangis???adakah dgn menangis mmpu merungkaikn sgala kekusutan di benak minda yg tertutup. Jk itu yg mmpu dilakukan, teruskanlh...air mata yg mengalir pasti melegakan. Menangis bkn krn suka2 hndak menangis. Ia lahir drpd satu perasaan sayu, sedih dan terharu yg hadir tnpa dipaksa. Ada juga air matanya mengalir krn gembira. Hebat sgh penangan setitis air mata ini. Bagi wanita, tangisan adlh snjata utama.. bkn bermakna bl wanita menangis blh dikategorikan sebagai lemah. Ttp tangisan wanita adlh fitrah. Hati wanita memang semulajadinya lmbut. Kaum llki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan air mata. Ttp, segagah dan seperwiranya seorang llki, sdrlah suatu hari nnt mereka jg akn mengalirkn air mata syahdu krn satu perkara kecil iaitu CINTA. Alangkah misterinya cnta seorang wanita yg dianggap lemah shgga blh mengalirkn air mata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.


Kata Hukama " Dunia ini dimulai dgn tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dgn tangisan."





Menangis adakalanya dituntut syariat. Seorang 'abid yg menyintai Allah akn slalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apbl mengenang nasib dr di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apbl menjelang kiamat. Dalm hal ini menangis adlh dituntut. Setitis air mata yg jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:


"Air mata dari tangisan pembuat dosa yg bertaubat adlh lebih Allah sukai dari tasbih para wali." Rasulullah s.a.w juga bersabda "kejahatan yg dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik daripada kebaikan yg menimbulkan rasa takbur" .Manakala Anas r.a telah berkata: Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w telah berkhutbah dgn bersabda "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yg aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.' Anas berkata: seketika itu, para sahabat menutup muka masing2 dan menangis teresak-esak.

Penghuni syurga adalah mereka yg paling banyak dukacitanya di dunia. Nabi bersabda: "Barangsiapa gembira di dunia akn berdukacita di akhirat, barangsiapa yg banyak dukacitanya di dunia, akn gembira di akhirat."


Seorang Hukama pernah bersyair:

"Aku hairan dan aku pelik,

Melihat orang ketawa...

Kerana perkara2 yg akan

Menyusahkan

Lebih banyak dairpada perkara yg

Menyenangkan."


Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal takut2 tdk diterima

Sedangkan kita masih lagi ketawa walupun amalan tiada....

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Siapa yg berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis"


Menangislah wahai diri

Agar senyummu banyak di kemudian hari

Kerana nasibmu belum pasti

Di sana nanti....

Lembaran sejarahmu di buka satu persatu..


Menangislah seperti saidina Ali dgn hibanya berkata:

"Wahai dunia...jgnlah kau tipu aku. Tipulah org lain."


Menangislah seperti saidina Umar yg selalu memukul dirinya dgn berkata:

"Kalau semua manusia masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu,"


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apbla di tanya:

kenapakah engkau menangis?

Jawabnya:

"Aku tdk mempunyai anak lagi utk dihantar ke medan perang."


Menangislah sebagaimana Ghazwan yg tdk sengaja terpandang wanita rupawan

Lalu diharamkan matanya dr memandang ke langit seumur hidupnya

Tanyalah orang2 soleh mengapa mereka banyak menangis. Meraka akan menjawab:


"Bagaimana hendak gembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan, qiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami adlah Allah".

Mereka menangis di sini sblm menangis di sana....


Manusia pada hari ini terus menangis dan menangis, ttp tangisan mereka amat jauh bezanya dgn tangisan para Nabi dan sahabat. Jk orang soleh dahulu menangis kerana mengenang nasib di akhrat, tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datang drpd sifat tamak dan tdk redha. Kalau orang soleh takut berpisah dgn iman dan kecintaanya kpd Allah, orang hari ini takut berpisah dgn dosa dan maksiat. Jk para nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tdk takut menghadapinya. Ttp bila orang soleh berani menghadapi gelombang hdp duniawi, org hari ini takut dan lemah hati dlm menghadapi kegagalan dn kekecewaan dlm hdp. Bak kata seorang pujangga,


" Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai, 1 titis air mata itu menyapa air mata yg 1 lagi, " sy air mata seorang gadis yg menyintai seorang lelaki ttp telah kehilangannya. Siapa kamu pula? Jawab titis air mata kedua," Sy air mata seorang lelaki yg menyesal membiarkan seorang gadis yg menyintai sy berlalu begitu sahaja,"

Menangis dan menangislah tp biarlah kena pada tempatnya yg dibolehkan agama. Apa akan berlaku jk kita gagal di akhirat????inilah sebenarnya kegagalan yg hakiki. oleh itu jk perkara inilah yg kt tangiskan mmg kenalah pd tmpatnya. Abu Hummah Ibn Adilan Al-Bahily r.a berkata: sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:


" Tiada suatu yg disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takutkan Allah dan titisan darah kerana mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adlh bekas dalam perjuangan fisabillillah dan bekas perjuangan dalam melaksanakan kewajipan kepada Allah." (Riwayat al-Tirmizi)


Dan kita bagaimana??????

Menangislah kerana kita tidak menangis seperti mereka menangis...

copy:Julianti

kelebihan wanita SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

51. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

52. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

53. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


copy internet:Julianti

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *