Penyucian jiwa seorang da'e
Dalam arena pendakwahan, penguasaan ilmu dan kemampuan menyampaikannya sahaja tidak cukup sebagai modal dakwah. Untuk memastikan stamina dan rohani tetap terjaga, hati yg bersih dan jiwa yg suci diperlukan. Hal ini boleh di lihat menerusi buku Sa’id al-Hawwa iaitu Al-Mustakhlas fi tazkiyatil Anfus (mensucikan jiwa) yg menjelaskan tentang tiga komponen penting dlm misi dakwah para rasul iaitu tazkir (mengingatkan), ta’lim (mengajar ilmu), tazkiyah (mensucikan jiwa). Pewaris para nabi khususnya da’ie seharusnya memiliki tiga komponen ini.
Sesungguhnya dewasa kini, realitinya amat sedikit di antara mereka yg mempunyai ke tiga-tiganya secara sempurna. Ada yg menyampaikan nasihat (tazkirah), tetapi tdk mempunyai ilmu yg cukup sehingga sukar menghadapi beragam permasalahan umat yg terus-menerus muncul. Kenyataannya boleh di lihat menerusi ceramah-ceramah yg diberikan oleh para pndakwah kita yg rata-ratanya tdk mampu memberikan kesimpulan yg tepat dalam ssuatu ilmu yg di sebarkan. Ada juga yg berilmu, ttp tdk cukup pandai menyampaikan nasihat. Mereka tdk pandai berceramah dan tdk boleh menulis sehingga ilmunya itu hanya dinikmati sendiri. Ibarat pohon, ia hanya berdaun lebat, tetapi tdk berbuah.
Ada juga yg berilmu dan pandai menyampaikan nasihat, tetapi tdk mampu melakukan tazkiyah (mensucikan jiwa). Akibatnya, ia tdk sanggup mengubati beragam penyakit hati yg muncul. Jangankan mengubati penyakit org lain, dirinya sendiri pun tdk terubat. Orang seperti ini, meskipun mempunyai ilmu dan pandai memberikan nasihat, tapi takkan dapat bertahan lama. Lambat laun, ia akan di makan penyakit hati. Ibarat pohon, ia memang berdaun dan berbuah lebat, dapat memberikan manfat bg dirinya dan orang lain. Namun begitu, dalam batang pokok itu sndiri ada ulat dan pelbagai jenis binatang kecil yg terus memakannya sehingga ke daun dan bunganya yg sedang mekar. Dapat dibayangkan akhir hdp pohon tersebut. Batang,daun dan bunga akan rosak. Begitulah gambaran mereka yg berilmu dan pandai memberikan nasihat tp tdk melakukan tazkiyatun nafs. Oleh itu, peranan tazkiyatun nafs ini tdk boleh dianggap remeh. Peranannya sama spt ta’lim dan tazkir. Dapatlah dibayangkan bagaimana nasib org yg tdk berilmu dan juga tdk mampu memberi nasihat serta dirinya sndiri tdk melakukan tazkiyatun nafs, ia akan musnah sebelum berdaun, dan tak mungkin sempat berbunga apatah lg berbuah.
Jk ditelusuri sejak abad pertama Islam, telah muncul aliran Mu’tazilah, Syi’ah, Khawarij dan Murji’ah. Keempat-empat aliran itu lahir bukan kerana tdk mepunyai ilmu atau tdk mampu memberi nasihat. Sebaliknya sebahagian drp mereka adlh org2 yg mempunyai banyak ilmu dan mahir menyampaikn pndapatnya kpd org lain. Namun, mereka adlh org2 yg tdk mmpu mentazkiyah dirinya. Mereka tdk dpt menakluk pelbagai penyakit hati yg muncul dlm hatinya. Lahirnya fahaman Murji’ah cthnya adlh akibat dari keringnya hati sehingga tdk dpt merasa penderitaan saudaranya yg lain, ia cenderung menyendiri dan tdk peduli dgn apa yg terjadi. Hatinya mati. Fahaman Syi’ah pula muncul akibat kerasnya hati dan berasa diri sndiri benar, manakala fahaman Khawarij lahir akibat ketidakmampuan mengelolakan emosi. Sedangkan fahaman Muktazilah pula muncul akibat hilangnya sifat tawaduk, terlalu percaya diri dgn akal. Semuanya ini bermula dr keringnya hati akibat tdk mmpu mentazkiyah diri.
Walaupun begitu, penjagaan hati tdk cukup dgn perbuatan hati spt ikhlas, tawadu’ dan wara’. Ia jg harus diikuti amalan secara fizikal. Hal ini boleh di lihat menerusi firman Allah SWT yg bermaksud: “Wahai orang yg berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam……..” (al-Muzammil 1-10)lihat semula….
Para ahli tafsir berpendapat bahawa seruan ya ayyuhal muzammil (wahai orang yg berselimut ) adalah panggilan mesra dr Allah kpd kekasihNya yg sedang berduka. Ketika itu, Rasulullah s.a.w sdg menanggung beban psikologi yg teramat berat. Ada hentakan jiwa yg amat dahsyat. Di satu sisi, baginda sgt yakin dgn kebenaran yg di bawanya, tetapi utk meyakinkan orang lain terhadap kebenaran itu terlalu sukar. Rasulullah s.a.w berasa kesepian di tengah keramaian. Dlm keadaan seperti itu, Allah SWT memanggilnya dgn sapaan mesra, ya ayyuhal muzammil.
Paparan ayat pd awal surah ini merupakan petunjuk bg para pndakwah utk mengubati hati dan mentazkiyah diri. Inilah amalan yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabtnya yg dilakukan secara istiqamah dan terus menerus. Mereka telah membuktikan kekuatannya. Begitu jg tokoh Sultan Muhammad al-Fatih yg begitu unggul dlm penaklukannya ke ats Costantinople tdk prnh meningglkan solat tahajjud sjk beliau baligh. Beginilah caranya mrk membersihkan hati dn menyucikan jiwa.
Pelbagai hasil kajian menyatakan bahwa kecerdasan intelektual shj tdk cukup utk membuat ssorang itu berjaya. Ia memerlukan dua kecerdasan lain, iaitu emosional dan spiritual. Dua aspek inilah yg mnjadi sasaran utama target penyucian jiwa.
Setiap zaman pasti mempunyai masalah dan penyakitnya yg tersendiri. Seorang yg alim (berilmu) dan rabbani (pendidik) adlh mereka yg mampu mengubati pelbagai jns penyakit itu. Kejayaan mengubati penyakit itu adlh sebahagian dr tanda kemampuan ssorang mentazkiyah dirinya.
Copy:Julianti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment