Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

SURAT CINTA TERAGUNG ku!!
“eh iman!! Kau tak nak baca kah surat cinta mu ni??”
“Aku tengah baca lah ni’’??
“kau tengah baca ke tu ??’’
“aku baca surat cinta Allah ni… Kau tu belum ke lagi nak baca surat cinta Allah ni tidak dari surat cinta manusia yang hakikatnya akan pergi juga seperti kau..

Alhamdulilah .. ingin aku kongsi kan kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W yang berkata "tiada tuhan melainkan Allah"
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
“Jika kita ingin dianggap sebagai manusia bukannya haiwan ternakan disisi Allah.Ingin mendapat kedudukan istimewa di akhirat sebagai umat Nabi Muhammad,Maka peruntukanlah masa mu untuk melakar peta perjuangan”-petikan dari sebuah buku
Belum tibakah masanya ??
Wahai sahabat2…!! Belum tibakah masa untuk kita khusyuk ingat kepada Allah ??
Mahu kah kita menjadi haiwan ternakan seperti yang Allah umpamakan kepada manusia dalam Al-Quran?
*
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
(Surah Muhammad Ayat 12)

*(surah al’araf ayat 179)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Binatang ternak ni beb!!
Mau ke kamu aku panggil kamu “uii kambing”
Tidakkan … semua manusia tidak mahu diri mereka di gelar binatang ..
Tapi dalam Al-Quran katakan bahawa ada dikalangan manusia ini Allah umpamakan sebagai haiwan ternakan…
Kenapa ya ??
*Allah berfirman :          
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.(surah furqan ayat 44)
Allah berfirman lagi
Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.(surah al-ahqaaf ayat 26)
SubhanaAllah…
Pertama kali rasa bagai tersentak seketika..
Ya Allah.. Dalam Al-Quran ini begitu indah dan tidak dapat ditafsirkan dengan iman seindahnya
Pasti Iman itu menangis kerena kelemahan yang ada pada diri pemiliknya .. Agungnya Al-Quran
Semoga kita sama-sama kaji AL-QURAN ..
Ye sahabat2 .. saya tak mahu jumpa kamu di dunia .. Tapi saya mau jumpa kamu juga d syurga.. InsyaAllah ..


Pencari ketenangan

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *