Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

DEMI SETITIS ILMU.....

ILMU di ibaratkan sebagai satu pelita kehidupan yang ada di dalam diri setiap individu muslim yang bergelar " ISLAM "..ILMU akan dapat membantu manusia selagi mana ia di kerjakan dengan nawaitu yang betul dan akan membawa manafaat kepada diri, keluarga dan negara serta umat ISLAM... Namun, berapa ramaikah umat islam sekarang mengamalkan ILMU tersebut untuk ke arah kebaikan? malahan ada yang sukar untuk mencari kunci kejayaan yang bakal membawa mereka dekat dengan Agama ALLAH...






Antara kunci kejayaan yang dapat memberikan impak kepada kita ialah:..

1. BERJIWA BESAR.
-orang yang berjiwa besar akan dapat melepasi halangan dan ujian serta menetapkan sasaran kejayaan. ini kerana medan menuntut ilmu merupakan medan yang menuntut 1001 pengobanan..

2. USAHA KE ARAH JAYA
- sentiasa berfikir untuk berjaya dan suka akan kejayaan. Sikap ini akan menjadikan kita benci akan kegagalan. Kemudian aturlah langkah yang sepatutnya untuk memastikan kejayaan berada dalam genggaman.

3. KEGAGALAN ADALAH PELUANG KEJAYAAN
- Thomas Alva Edison gagal berkali-kali dalam percubaannya mencipta mentol. Realitinya kegagalan ialah peluang untuk penambahbaikan kita berjaya.Kita perlu kental untuk menerima kegagalan kerana melalui kegagalan, kita belajar untuk menjadi sempurna.

4. ISI JIWA DENGAN IMAN
- Iman kepada Allah ialah sumber kekuatan. Iman perlu dimulai dengan ilmu. Ilmu dan Iman perlu seiring agar ilmu tadi dapat menyuluh ke arah kebenaran.

5. MENUNTUT ILMU
- menuntut ilmu ibadah dan cahaya kehidupan. Allah mengangkat darjat mereka yang memiliki ilmu. Lorong dan jalan ilmu dilimpahi keberkatan daripada Allah. Masakan tidak, Allah berjanji memudahkan jalan ke syurga bagi sesiapa yang memilih jalan menuntut ilmu... SUBHANALLAH...

Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya ilmu itu perlu dipelajari bersungguh- sungguh"

Rasulullah bersabda lagi maksudnya : " Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam al- Din ( Agama)"



Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *