Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

SABAR

Sebagai manusia, kehidupan kita ada turun naiknya. Ada kalanya kita gembira danada kalanya kita berduka. Semua yang berlaku telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.Terkadang kita mengalami musibah dan terasa tidak mampu untuk menanggung musibahatau masalah tersebut tetapi percayalah, setiap musibah atau masalah yang mendatang, pasti ada hikmah di sebaliknya.
 Itu semuanya disebut sebagai takdir. Sebagai hamba kitahendaklah menghadapi takdir sebegini dengan sabar, sekiranya kita berjayamenghadapinya dengan sabar nanti akan terasa hikmahnya. sebagai seorang hamba kitasepatutnya insaf atas terhadap kebaikan Allah SWT. sepertimana perpatah " sesungguhnyaaku menjadi seorang yang baik, sama sekali bukan kerana Usaha dan ikhtiarku melainkansemata mata kerana kebaikan Allah SWT. Allah berffirman," Apa jua kebaikan(kenikmatan kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu makaia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami telahmengutus engkau (wahai Muhammad saw) kepada seluruh umat manusia sebagai Rasul(yang membawa Rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikankebenaran hakikat ini.Begitulah hidup kita dalam dunia ini. ALLAh sering sapa diri kita dengan ujian.Tidak dinamakan seseorang itu hamba ALLAh jika tidak menerima ujian yang ALLAh berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dantiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya. Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir, dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalamdiri seseorang.Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepadasahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatansabar itu adalah KUAT. Ada orang, yang sudah lali dengan perkataan sabar yangdiungkapkan oleh orang lain.. Ada orang, akan mendapat semangat dari perkataan sabar yang disebut oleh orang lain. Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri sayauntuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati.. Sifat SABAR itu adalah salah satusifat yang paling tertinggi di sisi Allah SWT. Bukan semua orang boleh bersabar dengandugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan haridemi hari. Tiada sifat seorang Muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifatsabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diriseseorang itu.Pesanan buat diri saya sendiri.. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah. Allah SWT tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih darisegalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih-sayangmelalui pandangan rahmatNya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hambayang sabar, inshaAllah. Percaya dan yakinlah dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allahtidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memangtahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apakita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut.Tidak akan goyah walau dihampas badai yang melanda.

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *