Allah SWT berfirman yang bermaksud :,
" Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah SWT hanyalah Islam. Tidak terselisih faham
ahli kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada
di antara mereka. Sesiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah SWT maka Allah SWT sangat
cepat azab-NYA".
(Ali - Imran : 19)
sesiapa yang mencari agama selain Islam akan ditolak dan mendapatkan kerugian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :,
" Sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama tersebut, dan
di akhirat ia termasuk orang - orang yang rugi. "
Islam bukan agama baru tetapi Islam telah wujud sejak Nabi Adam AS, di mana ia dilengkapi dengan wahyu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir. Muhammad SAW diturunkan untuk membersihkan kesyirikan yang diamalkan oleh manusia kerana telah mencampuradukkan ajaran Allah SWT dengan ajaran manusia.