LAMAN SESAWANG lubuk PAHALA atau sarang DOSA??? | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: LAMAN SESAWANG lubuk PAHALA atau sarang DOSA???
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

LAMAN SESAWANG lubuk PAHALA atau sarang DOSA???




Facebook, Blogger dan laman sesawang ialah medium sosial atas talian terkini yang mendapat sambutan menggalakkan masyarakat dunia terutamanya Orang muda, orang tua, malah kanak-kanak pun memiliki akaun facebook,blogger dll. Namun, ianya ibarat sebilah pisau, boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Kita boleh menggunakan laman sesawang untuk mencari rakan yang sudah lama tidak bertemu, bertanya khabar, meminta pendapat, memberi pendapat, malah memberi tazkirah pun boleh. Semuanya percuma.



Bayangkan jika seseorang itu mengajak kepada satu kebaikan di dalam facebook, kemudian ia diikuti oleh rakannya, kemudian rakannya ‘suka’ (like) atau 'ikut' (follow)  statusnya, kemudian diikuti pula oleh orang lain... Alangkah banyaknya pahala yang dikaut! Menariknya orang yang menekan like dan follow pun akan mendapat pahala juga sama sepertinya. Kita tidak perlu berhempas pulas untuk mencari idea. Hanya dengan menekan butang like dan follow untuk kebaikan kita sudah menjana pahala. Mudah bukan?

Namun laman sesawang juga boleh digunakan untuk tujuan sebaliknya. Ada yang mengajak ke arah kejahatan, menguploadkan foto-foto yang mendedahkan aurat, menfitnah dan menghina. Laman sesawang juga boleh dijadikan alat untuk menipu, mengugut dan melakukan seribu satu jenayah yang tidak tergambar oleh kita.


Ada yang tidak mengajak kepada kejahatan tetapi menunjukkan-nunjukkan kemegahan dan kemewahan yang dicapai. Conntohnya : Beli handbeg masuk dalam facebook, beli cincin masuk dalam facebook, beli tudung masuk dalam facebook, dapat itu masuk dalam facebook, dapat ini masuk dalam facebook.... Kemudian tunggu komen, pujian dan macam-macam. Dibimbangi perbuatan seumpama ini akan menjerumuskan seseorang kepada sifat riya' atau menunjuk-nunjuk (Na’uzubillah min zalik).

Oleh itu, bertindaklah dengan bijak. Janganlah menggunakan laman sesawang melainkan untuk tujuan yang suci. Jika anda bertindak demikian memang anda amat berhak menggunakan laman sesawang. Buatlah dua, tiga atau sepuluh akaun laman sesawang atau tubuhlah beberapa group,pages atau blog, atau sekurang-kurangnya tekan butang like untuk kebaikan... anda sudah menjana pahala, pahala, dan pahala



Imam At-Tirmidhi meriwayat sebuah hadith:
Maksudnya: Al-Hikmah (Kebijaksanaan) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat At-Tirmizi dan beliau berkata hadith ini gharib).


Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri