Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu,
beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di
sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali
pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang
dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis
perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari
insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di
syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat,
bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu
kita campakkan diri ke dalam neraka... "
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah
la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni.
Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz
tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa
ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak
lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi
kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap
macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun
jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan
syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang
baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam
syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh
rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu
'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya
ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat
takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila
tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik,
saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum
hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian
sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan
ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk
kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "
Semoga menjadi teladan buat semua
No comments:
Post a Comment