Cerita ni daripada kawan kepada kawan kepada kawan...hehehe...semoga menjadi ikhtibar buatku dan kawan-kawan semua...:)
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emosi. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti). Tapi saya tak kesah. Asalkan ada yang terhibur. Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'. Di dorm sms awek sampai pagi. Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.
Saya mula berfikir. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal.
Tapi saya tak kisah. Nak beli gak. Akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata, 'ALL OUT'lah haha. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya Gayut' malam-malam. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu. Tidak terasa pun kehilangannya. Mase bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk memujuk-mujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam. Asalkan awak memahami saya.
Satu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat salah dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya dan satu untuk awak. Saya tak nak jadi baik seorang diri. Jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik.
Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihat awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa hubungan kita semakin diredhai. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7, ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat mereka berkata:
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah.Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman. Ape lagi, tegur je la depan-depan. Lepas tu, satu masa saya terbaca pasal couple.
COUPLE TU HARAM
Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi, macam betul pulak. Tapi biasala, kalau kita suka satu benda tu kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita. Kita tak buat maksiat. Kita tak keluar jalan-jalan pegang tangan, tak jiwang-jiwang. Cuma saling ambil berat. Tanya khabar. Borak-borak. Siap bagi tazkirah lagi.
Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah. Masa terus berlalu. Masa ni dah nak dekat Trial SPM, lagi tiga minggu sebelum trial. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima, ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je. Tapi tak kisah. Saya ada tempat mengadu. Suatu masa ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri saya terjumpa ayat ini.
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir. Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah, suka buang masa, ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?
Lepas tu terjumpa pula ayat ini.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu cakap je berapi gaya alim, tapi couple gak. Sama juga kau dengan kami, tegur orang konon." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu saya masih sms lagi dengan awak dalam bas."
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu. Dalam fikiran saya ni kira dakwah juga. Saling ingat-mengingati. Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat, takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Pihak penganjur pun faham. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. Kalaulah betul couple tu salah, habis tu nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu. Tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit lah.
"Em, boleh.duduklah. Anta nak tanya apa?"
"Er macam ni. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatlah."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate. Mesti dia marah. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.
"Sebenarnya. couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
*Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji tak nak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus salihin bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam.kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab:
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir.
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap "Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.
"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.
Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"
Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tiggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.
"Semuanya dah jelas. Buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.
"Assalamualaikum. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum."
Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin.
[SENDING.]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya. Saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.
"Terima kasih bang."
"Takpa, dah tanggungjawab."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka, memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.
surah Al-Baqarah,ayat 216.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yg setuju. Tapi tak kisahlah semua tu. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat.
"Seindah gubahan pertama.Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.
"Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya. Assalamualaikum.
Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu, jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal. Tapi carilah cinta Allah, tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi. Cinta yang diredahai. -Yang Terakhir-"
[SEND]
[SENDING]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik. Takkan. Buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment