Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

PERPPIS DAN POLITIK

Saya ingin memberi perjelasan berkenaan pertanyaan berikut’yang pernah diajukan oleh pesesrta dalam beberapa siri program yang pernah dianjurkan oleh PERPPIS.Soalannya “Kenapa PERPPIS meracuni pemikiran golongan pelajar dengan perkara politik sedangkan pelajar perlu menumpukan kepada pelajaran.

Yang pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada yang bertanya dan sudi untuk ‘mengintai’dan hadir dalam program PERPPIS . Asas aktiviti dan program PERPPIS ke arah ketakwaan.Apabila matlamatnya ke arah ketakwaan sudah semestinya program PERPPIS akan tetap ditunjangi dengan tuntutan Islam. Islam yang ingin disampaikan,difahami, dihayati dan diamalkan oleh generasi muda dalam PERPPIS ialah Islam yang asal,islam yang tulen,islam yang tiada penambahan dan pengurangan,yakni islam yang sebenar bukanya Islam liberal,bukan juga Islam moden dan bukan juga Islam Hadhari. Pegangan PERPPIS ialah ISLAM yang asal iaitu Islam yang telah diwahyukan kepada RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah yang bermaksud“Sesungguhnya agama (yang diredai )di sisi Allah hanyalah Islam”.Surah Ali Imran:19

Apabila Islam yang menjadi teras pastinya PERPPIS akan menyampaikan semua juzuk-juzuk dalam Islam secara keseluruhannya. Islam itu syumul atau lengkap. Islam itu mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara-perkara yang besar dan yang paling penting dalam kehidupan manusia.Ilmu yang ingin disampai oleh PERPPIS meliputi semua perkara termasuklah hal ibadah,aqidah,akhlak,tarbiah,ekonomi,sosial,budaya, pendidikan,politik mengikut tahap dan kewajaran peserta yang hadir dalam program PERPPIS.

PERPPIS tidak mahu menjadi pengkhianat kepada Allah dan Rasulullah s.a.w kerana menyampaikan mesej dan kandungan Islam secara ‘cacat’ atau yang tidak syumul.

Dalam konteks generasi muda hari ini,PERPPIS akan menjadi wadah untuk membuka fikiran golongan remaja supaya tidak menjadi generasi yang tidak mempunyai ‘fikrah’ Islam yang sebenar. Kita mahu melihat generasi muda yang mempunyai pengetahuan semasa termasuklah kupasan-kupasan isu politik yang melibatkan hal kepimpinan dan maruah negara. Pelajar perlu tahu hal ini. Adakah dengan mengetahui hal politik negara,kita meracuni golongan pelajar? Tugas PERPPIS memberi ilmu dan maklumat yang sebenar,PERPPIS tidak mahu menjadi wadah yang dianggap sebagai ‘syaitan bisu’.

Penyusunan program PERPPIS masih lagi tetap mengutamakan hal yang lebih utama atau hal yang lebih penting untuk pelajar. Bicara hal-hal politik dalam PERPPIS hanya bersifat berkala,tidak rutin dan tidak semestinya ada. Asas PERPPIS untuk membantu pelajar berjaya dalam bidang akademik dan sekali gus untuk membina dan membaiki sahsiah pelajar dan menyerlahkan bakat kepimpinan mereka. Jika hal ini fahami,akan lahirnya bicara ‘PERPPIS perlu dibantu’ atau ‘usaha PERPPIS perlu disokong’

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *