Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Saranan Penasihat

Tanggal 11 Oktober (Ahad) pada jam 11.43 pagi. Saya telah dijadualkan untuk membuat penutupan dalam Program Motivasi Kecemerlangan PERPPIS 2009 di Masjid al-Kauthar Tawau. dalam ucapan semasa majlis penutupan berkenaan saya telah mencadangkan dan memberi beberapa saranan kepada peserta yang hadir dan juga untuk tindakan kepimpinan PERPPIS

Antara saranan tersebut adalah seperti berikut :

1. Menyedari bahawa tokoh motivasi yang terulung ialah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W telah berjaya dalam misi baginda memotivasikan bangsa Arab pada zaman jahiliyyah, sehingga kehidupan mereka menjadi gemilang dengan pengamalan islam yang tulen.

2. Menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber motivasi dalam kehidupan sepanjang hayat.

3. Menjadikan tokoh-tokoh yang beriman sebagai sumber untuk mendapatkan kekuatan motivasi melalui ucapan,tindakan dan susur-galur kehidupan mereka. Sebar luaskan kata-kata perangsang mereka daripada mengagungkan kata-kata tokoh orientalis.

4. Menyedari bahawa manusia yang ada iman sahaja yang akan dapat motivasikan dirinya untuk menjadi insan unggul di dunia dan unggul juga pada hari akhirat. Manusia yang tiada iman atau rosak imannya, mungkin boleh unggul dan hebat di dunia tetapi tidak akan unggul pada hari akhirat malah akan terhina.

5. Disarankan supaya program motivasi diadakan secara berterusan dan tidak berfokus semata-mata untuk kecemerlangan akademik (peperiksaan) semata-mata. Golongan remaja perlu motivasi untuk mengurus 'stress' dalam hidupnya. Mereka juga perlukan motivasi untuk 'study' secara berkesan. serta perlu motivasi untuk membina jaringan pergaulan secara sihat.

Akhirnya, saya berpesan kepada semua peserta agar komitmen dengan program PERPPIS, kerana menjadi tanggungjawab remaja islam di Tawau untuk menjayakan apa jua program makruf di Tawau.
Sekian,Wassalam.

11.10.2009
11.00 malam

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *