Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

peringatan buat para remaja

Debaran kini semakin kencang.. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti SPM mahupun STPM kini sedang berusaha bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Pelbagai kaedah dan cara telah digunakan dan salah satu cara yang paling popular atau sinonim dalam kalangan pelajar ialah membaca nota-nota ringkas ( flash note ).

Namun begitu, ramai pelajar kini sibuk ingin mendapat keputusan yang cemerlang( pass with flying colours results ) sehinggakan berasa alpa dengan satu kewajipan dan tanggungjawab yang begitu penting dalam diri setiap individu. Kebanyakan pelajar tidak menyedari hakikat tanggungjawab tersebut. Apakah tanggungjawab tersebut?? Mungkin itu merupakan salah satu persoalan yang ligat bermain di dalam minda anda..

Itulah panggilan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.. Adakah kita sebagai pelajar dan juga seorang hamba sudah melupakan tanggungjawab kita kepada yang Hak - Allah Rabbul Jalil? Adakah panggilan mengulangkaji pelajaran itu melebihi panggilan menunaikan tanggungjawab daripada Allah ? Hakikatnya, itulah senario yang berlaku kini sedangkan kita semua sedia maklum bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah... Walaupun menuntut ilmu itu adalah wajib tetapi janganlah sampai memandang ringan perintah menunaikan solat kerana solat merupakan tiang agama dan salah satu perkara yang akan disoal di dalam kubur.

Banyak dalil dalam Al-Quran mahupun keterangan hadis yang mewajibkan umat Islam untuk menunaikan solat.

Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat 'AQAMA' yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan/mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan 'AS-SOLAH' atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya firman Allah S.W.T:

"...maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

(S. An-Nisaa': 103).


Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”



( Hadis Riwayat Bukhari )

Oleh itu sahabat sekalian marilah bersama-sama kita merenung dan bermuhasabah. Adakah selama kita hidup di dunia ini adakah kita sudah menunaikan panggilan-panggilan yang WAJIB daripada Pencipta seluruh alam atau kita masih leka dibuai oleh syaitan-syaitan laknatullah dengan mimpi yang indah sehinggakan lupa akan hakikat penciptaan diri yang hina ini?

Ingatlah, setiap hari kita akan menempuh kehidupan yang terdiri daripada pelbagai jenis ragam manusia dan semakin hari,umur kita akan menjadi semakin berkurang. Ajal pula semakin dekat untuk menjemput kita. Bersediakah kita menghadapi Hari Kiamat bagi DIRI KITA? Mampukah kita menjawab soalan yang diajukan oleh malaikat yang tugasnya menjaga kubur- Malaikat Raqib dan Malaikat Atid? Mungkin kita akan lulus dengan cemerlang peperiksaaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi tetapi satu persoalan yang kita kena jawab "LULUSKAH KITA MENGHADAPI UJIAN DAN PEPERIKSAAN ALLLAH?"

Tepuk dada, tanya iman, koreksi diri.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *