Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

TINDAKAN UNTUK GOLONGAN REMAJA MUSLIM

Hari ini pelajar muslim mesti digerakkan daripada ‘tidur yang panjang’ dan sikap alpa yang melalaikan . Kita semua berperanan untuk memulihkan sikap mereka supaya berada pada landasan yang betul dan tepat dengan kehendak syariat Islam. Untuk itu, beberapa langkah berikut perlu diberi perhatian.

>> Fahami dan dalami Islam. Faham Islam yang sebenar iaitu Islam yang tulen, Islam yang syumul atau Islam yang lengkap. Usaha ini mesti dilakukan secara berterusan dengan bersungguh -sungguh. Wujud dan bentuk program keilmuan di tempat masing-masing. Dedahkan ilmu Islam yang sebenar kepada golongan remaja tanpa batasan.

>> Perbetulkan akhlak golongan remaja Islam melalui nasihat dan program yang membina jiwa dan sahsiah mereka. Dekati golongan remaja ini. Jangan terlalu menuding jari dan menganggap mereka golongan perosak. Sayangi mereka kerana mereka dahagakan kasih sayang Islam yang sebenar.

>> Gerakkan mereka untuk bersama dengan organisasi dan pertubuhan Islam, supaya mereka dapat berinteraksi, dan mencurahkan fikiran, tenaga dan masa untuk kerja-kerja Islam.Praktikkan mereka dengan kerja-kerja makruf supaya jiwa dan sikap mereka terbina untuk sentiasa berada dalam landasan perjuangan Islam.

>> Sistem tarbiah secara berterusan perlu dirangka. Maknanya semua remaja muslim perlu ditarbiah mengikut tahap-tahap yang tertentu. Peringkat takrif atau pengenalan kepada Islam perlu diberi penekanan. Budaya usrah perlu disuburkan dalam kalangan semua remaja Islam.

>> Remaja Islam memang gemar untuk berhibur . Hiburan itu fitrah bagi manusia. Untuk itu, hiburan yang membina jiwa mereka perlu ada. Hiburan alternatf perlu digerakkan supaya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan bentuk hiburan yang melampau.

>> Budaya berfikir dan mencari maklumat yang sahih tentang Islam perlu diusahakan. Langkah asasnya ialah budaya membaca perlu disuburkan.

>> Pengamalan ibadah yang asas dan wajib mesti difahami dan diamalkan secara sempurna, betul dan tepat. Jangan abaikan sama sekali perkara-perkara ibadah yang wajib.

Jika langkah ini diambil perhatian dan tindakan oleh kita yang sayangkan golongan generasi muda, sudah semestinya landskap kehidupan golongan muda dan berubah ke arah yang lebih Islamik. Jika kita hanya berpeluk tubuh sahaja, maknanya kita bersedia melihat generasi muda hari ini musnah jiwa, fikiran dan tindakan mereka gara-gara kita hanya pentingkan diri sendiri.

Sekian, wassalam
(14/10/2009)
10.30 malam

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *