Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU
BRIGADE Al Qud, tentera Jihad Islam, mengadakan sesi latihan perang berhampiran khemah pelarian Nusseirat di tengah Sempadan Gaza, semalam. - Foto AP


Perjanjian perpaduan ditandatangani berasingan Jumaat


RAMALLAH: Fatah bersetuju menerima cadangan Mesir agar kedua-dua puak utama Palestin menandatangani perjanjian perpaduan secara berasingan menjelang Jumaat ini, kata pegawai kanan parti kelmarin.

"Fatah memutuskan untuk menghantar Azzam al-Ahmad, anggota jawatankuasa pusat bagi menyampaikan kepada pemimpin Mesir persetujuan bertulis pergerakan itu," kata pegawai berkenaan.

Menurut seorang lagi pegawai Fatah: "Mesir memberi Hamas 48 jam untuk mengemukakan respons terakhirnya kepada dokumen perpaduan Palestin."

Hamas tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasannya.

Minggu lalu, Mesir mengumumkan bahawa kedua-dua pihak bertelagah itu akan menandatangani perjanjian perpaduan di Kaherah pada 25 dan 26 Oktober ini.

Namun, Hamas meminta penangguhan kerana keputusan penuh kontroversi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang juga pemimpin Fatah menyokong penangguhan laporan peperangan Gaza diluluskan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut cadangan terbaru Mesir, kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian perpaduan secara berasingan menjelang Jumaat ini dan dengan semua puak di Palestin menjelang 20 Oktober ini.

Satu majlis rasmi di Kaherah akan ditangguhkan sehingga selepas percutian Aidiladha hujung November depan atau awal Disember.

Fatah dan Hamas sentiasa bercanggah sejak Januari 2006, apabila Hamas merampas Gaza dalam pilihan raya parlimen Palestin.

Kedua-dua parti menandatangani perjanjian damai di Arab Saudi pada Februari 2007, selepas ketegangan selama beberapa bulan bertukar menjadi pertempuran maut di jalan raya, yang berakhir dengan Hamas menyingkir pasukan pro-Fatah dari Gaza pada Jun 2007, dan membahagikan Palestin kepada dua entiti berasingan.

(Petikan yang telah diubah suai daripada 'Berita Harian')
(14.10.2009)
(05.00 pm)

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *