Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

3 TIPS ADAB PERGAULAN

BICARA PENASIHAT AM PERPPIS

Assalamu'alaikum..

Renungi kalam Ilahi surah Al-Hujurat: 12
“Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah daripada prasangka, sesungguhnya prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha penerima taubat, maha penyayang.”

Salah satu tugas kita sebagai hamba Allah yang rutin ialah menjaga ukhuwah dalam batas-batas pergaulan. Untuk memastikan kelancaran kerja-kerja organisasi dapat dilakukan dengan berkesan,perlu adanya kesefahaman dan ‘team work’ yang padu. Kesepaduan ‘team work’ akan wujud jika adanya ukhuwah dan keselarasan kerja antara semua petugas dalam organisasi. Untuk itu, racun-racun yang akan merosakkan ukhuwah dalam berorganisasi atau berjamaah perlu diberi perhatian. ‘Virus’ ini jangan dibiarkan bersarang dalam jiwa, kalbu dan tingkah laku kita. Antaranya ialah;

1. Jangan ada perasaan cepat berprasangka.
Hindari diri kita daripada terlalu cepat berprasangka buruk terhadap rakan kita. Tukar sikap tersebut kepada sikap yang sentiasa bersangka baik terhadap rakan ataupun orang lain.

2. Jangan cuba mencari-cari kesalahan orang lain.
Jangan kita terlalu sibuk untuk mencari kesalahan orang lain sehingga merasakan diri sendiri tiada kesalahan Diri kita, mudah untuk melihat kesalahan orang lain tetapi amat sukar untuk mengakui kesalahan sendiri .

3. Jangan mengadu domba antara satu sama lain.
Hindari diri daripada menjadi ‘agen’ untuk memusnahkan ukhuwah antara rakan. Jangan diri kita diperalat secara mudah oleh runtunan nafsu dan gelagat syaitan untuk meniupkan api permusuhan sesama sendiri. Sewajarnya kita menjadi pendamai bagi merapatkan ukhuwah yang sudah renggang.

Ketiga-tiga perkara di atas perlu diambil perhatian dan jangan sama sekali perkara tersebut menjadi rutin harian dalam kehidupan melainkan perkara yang baik sahaja untuk dijadikan rutin kehidupan. Jika sifat yang buruk tersebut menjadi amalan anda, bersediakah anda memakan daging saudara anda yang sudah mati?Tentu anda jijik dan tidak sanggup memakannya. Jika begitu, hindarilah amalan buruk ini . Fikir-fikirkan dan sayangi diri anda serta sahabat anda.

Wassalam.
09. 10. 2009 / 21 Syawal 1430.
11.00malam

1 comment:

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *