Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Kita pada masa kini

Remaja....
Itulah topik yang ingin kita fokuskan pada kali ini..Dengar sahaja perkataan remaja mungkin pelbagai jenis andaian yang mungkin timbul di benak pemikiran kita semua. Statistik mendapati bahawa golongan remajalah merupakan golongan yang mempunyai populariti paling ramai daripada golongan-golongan lain. Setiap orang pasti akan melalui alam remaja. Di usia alam remaja inilah pelbagai jenis mehna dan juga tribulasi yang terpaksa ditempuh kerana remaja seolah-olah berasa ingin bebas daripada kongkongan kedua ibu bapa serta mengalami proses perubahan diri dan sikap. Terkadang rasa pelik juga jika kita memerhatikan gelagat golongan remaja pada masa kini.

Gaya pemikiran dan budaya Barat yang negatif dijadikan panduan, sebagai contoh trend pemakaian. Cuba sahabat lihat di bandar-bandar,macam-macam gaya berpakaian yang mendedahkan aurat. Jika diperhatikan dengan teliti cara mereka berpakaian sungguh ganjil dan sesetengahnya ada yang mencuit hati kepada sesiapa yang melihatnya. Sungguh menghairankan !! Mugkin cara pemakaian yang tidak mengikut syarak juga merupakan salah satu faktor kes-kes jenayah seperti rogol semakin berleluasa. Mengapa ini berlaku ?? Adakah peraturan menutup aurat seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran tidak kita endahkan?? Tidak berhargakah nilai aurat pada diri setiap manusia sehinggakan manusia terlalu bermurah hati mendedahkan aurat ?? Gaya pemakaian PUNK, BLACK METAL, EMO & sebagainya pula dijadikan ikutan.

Remaja pada masa kini tidak lagi mempunyai nilai tatasusila dan budi bahasa yang tinggi. Cogan kata "Budi Bahasa Budaya Kita " tidak lagi menjadi budaya dan ikutan. Sebagai contoh, kita lebih suka mengambil sikap berpeluk tubuh sahaja apabila melihat orang lain dalam kesusahan seperti kes yang banyak berlaku ketika berada di dalam bas. Tidak pun terdetak di hati kita untuk mendahulukan orang yang tua untuk duduk sebaliknya hanya melihat mak cik atau pak cik berdiri sepanjang perjalanan bas tersebut menuju destinasi rumahnya. Jika pada zaman dahulu kita mentaati arahan kedua ibu bapa kita sekiranya tidak bercanggah dengan syariat, kini tidak lagi. Malahan terdapat kes di mana anak membunuh ayah ataupun anak merogol emak. Masya Allah.. Memang perbuatan tersebut sungguh zalim sekali. Bahasa-bahasa slanga wujud. Bahasa slanga ini merupakan bahasa kutu atau bahasa rockers yang maksudnya hanya difahami olah sesetengah golongan remaja..Perkataan makian menjadi budaya, malah terdapat juga dalam kalangan remaja yang menggunakan perkataan tersebut hanya untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk. Dimanakah konsep 1 MALAYSIA??

Remaja kurang menghargai akan kepentingan ilmu. Mengapa ini berlaku ?? Semangat untuk memajukan diri atau semangat untuk berjaya sudah semakin pudar dalam jiwa. Pada awal tahun mungkin pelbagai azam yang tersemat di jiwa tetapi kalah dengan godaan duniawi yang semakin mencabar. Tidakkah terdetik di hati kita bahawa kedua ibu bapa kita bersengkang mata mencari nafkah untuk membiayai persekolahan kita? Tusyen dibiayai dan buku-buku rujukan dibeli semata-mata hendak melihat anaknya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama dan juga negara kelak. Majlis-majlis agama, ceramah dan majlis ilmu yang lain tidak dihadiri . Mereka lebih gemar melepak membuang masa dan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Memang tidak salah untuk kita berhibur menenangkan fikiran tetapi hiburan yang dicari bukanlah hiburan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya tetapi hiburan yang melampau-lampau(Hedonisme). Islam itu bersifat fleksible kerana tidak melarang umatnya untuk berhibur. Umum mengetahui bahawa hiburan yang menjadi kegilaan remaja ialah hiburan berbentuk R&B, Rock dan pelbagai jenis hiburan lain yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah. Lebih teruk, kerana lagu juga akidah seseorang itu boleh batal. Hal ini berlaku kerana terdapat lagu-lagu yang bersifat BLACK METAL sehinggakan seseorang yang mendengarnya begitu asyik dan keluar daripada Islam. Dimanakah tahap kesedaran kita??

Ingatlah wahai remaja..
Kita merupakan pewaris dan pemimpin pada masa hadapan. Masa depan negara terletak di galas bahu kita. Jika rosak akhlak dan peribadi remaja pada masa kini maka rosaklah masa depan pentadbiran negara. Bajailah akhlak kita mulai sekarang dengan bimbingan iman ,ilmu dan juga takwa.. syaitan merupakan musuh yang sangat berbahaya dan bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan umat manusia sehinggalah tibanya Hari Kiamat nanti. bangunlah remaja!! Anjakkan paradigmamu.. Berubahlah menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa agar kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat..

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *