Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU
Azamku 2010

Januari kini datang lagi,
Ku tabahkan hati,
Kuteguhkan diri,
Akan kutempuh azamku ini,
Akan kubuka hati ini,
Untuk mengenali pada Khaliq, Allahu Rabbi,
Akan kuserah diri ini kepadaMu ya Ilahi,
Akan kuteliti tiap detik yang telah berlalu pergi,
Kerana kusedar, hidup ini pasti akan mati.

Akan kuberusaha menempuh masa hadapan,

Dengan menyelokari masa silam,
Kuatkan daku dalam menghadapi dugaan,
Onak dan duri yang penuh dengan kesengsaraan,
Biarpun badai yang datang bertandang,
Kan kuteguhkan iman sebagai sandaran,
Biarpun pahit melanda kenangan,
Akan kumaniskan dengan ketakwaan,
Semoga hidup dan matiku hanya untuk ISLAM...

Nukilan : Syronie Abdullah
Sekolah : Institut Akademik Bakti
Pemenang muslimat acara pertandingan menulis sajak
Program Bulanan 1
30-31 Januari 2010

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *