Siti berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang agama. Belajar di sebuah sekolah agama. Dia merupakan seorang gadis yang ayu ditambah lagi dengan kesopanan budi bahasanya dan mempunyai kefahaman agama. Memang impian semua lelaki mukmin untuk mendapatkan seorang gadis yang solehah seperti Siti. Di sekolah, Siti mempunyai ramai 'secret admire'..ya lah dalam diam diminati oleh ramai orang. Ramai juga yang telah menghantar surat layang, mengapresiasikan perasaannya terhadap Siti tetapi tiada satu surat pun yang dibalasnya. Kebanyakan sahabat Siti barasa cemburu akan Siti kerana menjadi perhatian lelaki di sekolahnya.
Sebagai seorang yang mempunyai status sebagai hamba, kita tidak akan lari daripada ujian dan dugaan daripada Allah. Remaja...biasalah, tidak akan lari daripada perasaan ingin dicintai dan mencintai orang lain. Pada suatu hari, kelas Siti menerima kehadiran seorang lagi pelajar baru ..Emm, nama pelajar tersebut Sean Alex. Sean berpindah sekolah kerana ibu bapanya telah ditukarkan ke Shah Alam dan dia terpaksa mengikut keluarganya. Dia seorang yang tinggi, berkulit kuning langsat, berperwatakan menarik dan pendek kata 'good looking'lah orangnya membuatkan ramai gadis di sekolah tersebut yang meminatinya.
Di antara kesemua daripada mereka, Sean tertarik akan Siti kerana budi pekerti dan akhlak Siti. Pada suatu hari, Sean hendak berkenalan dengan Siti dengan lebih dekat lagi. Pelbagai cara yang diusahakannya seperti menghadiahkannya bunga dan coklat pada hari lahir Siti, mengirimkannya sepucuk surat cinta buat Siti tetapi ternyata usaha Sean menemui jalan buntu. Tak dilayan langsung sehingga pada suatu hari, entah secara tiba-tiba Siti berubah fikiran. Mungkin dia berasa kasihan melihat Sean tidak pernah putus asa mengurat dan 'tackle' dirinya.. Sedikit demi sedikit prinsipnya makin luntur, seluntur hatinya menerima pujukan Sean..Jika dahulu halal dan haram menjadi keutamaan, dosa dan pahala menjadi perhitungan dalam seharian kehidupannya tetapi kini semuanya telah pun berubah.
Apabila maksiat tidak lagi malu untuk dilakukan, syaitan dengan rancak telah memulakan agendanya iaitu untuk menyesatkan manusia supaya menjadi teman di neraka kelak..Itulah sumpah syaitan yang bongkak ketika diperintahkan sujud oleh Allah kepada Nabi Adam A.S. Dimulakan dengan bersms menggunakan telefon dan berchatting dalam internet.. Itulah detik pertama perkenalan mereka dan hubungan mereka nampaknya semakin rancak apabila mereka sering dilihat berdua-duaan di kawasan sekolah dan sekitar bandar. Sahabat terdekat Siti dan juga guru-guru acap kali menasihati mereka tetapi nasihat yang diberikan umpama mencurahkan air ke daun keladi. Seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, tidak dipedulikan.
Setelah menjalin hubungan selama dua tahun, akhirnya mereka berdua ingin mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Kononnya mereka ditakdirkan bersama dan nak hidup dan semati..Masalahnya yang timbul pula ialah mereka berdua daripada berlainan agama. Masing-masing pada mulanya berkeras enggan mengorbankan agama yang menjadi prinsip pegangan dalam hidup. Akhirnya, Sean memberikan kata putus kepada Siti bahawa jika dia tidak sanggup menukar agamanya, hubungan mereka akan putus. Setelah puas memikirkannya, Siti pun membuat keputusannya untuk menukar agamanya. Ini bererti dia telah membuat KEPUTUSAN UNTUK MURTAD!! Hujahnya kononnya bahawa demi cintanya pada Sean dia sanggup berkorban apa sahaja walaupun terpaksa menggadaikan agamanya..
Sungguh bijak agenda syaitan untuk menyesatkan manusia.Bayangkan...seorang muslimat yang dahulunya bertudung labuh dan faham mengenai Islam nauudzubillahiminzalik..TELAH PUN MURTAD!! Hal ini sering berlaku sahabat sekalian..Pada zaman yang serba serbi moden ditambah dengan aliran pemikiran LIBERALISME. Remaja kini semakin lama semakin hanyut dalam menongkah arus kehidupan. Betullah seperti yang naqibah (umi) saya beritahu ketika kami berusrah bahawa syaitan ini tidak akan pernah jemu untuk menyesatkan umat manusia walupun sebesar lubang jarum. Ia akan berusaha untuk lalaikan kita walaupun seketika. Berdasarkan kisah tadi, adakah kita hendak mengikuti langkah seperti Siti? SANGGUP MURTAD DEMI CINTANYA KEPADA MAKHLUK YANG TIDAK KEKAL?? Ramai sebenarnya kejadian seperti Siti ini telah berlaku tetapi masyarakat kita seperti bersikap acuh tak acuh dalam hal ini.
Kepada sahabat seiman sekalian, ingatlah cinta kepada manusia tidak akan kekal. Semua yang bernyawa pasti akan mati jua akhirnya. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan ajakan dan pujukan syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh kita yang nyata. Pastinya kita tidak mahu masuk ke neraka bersamam-sama menemani syaitan laknatullah di neraka kelak. Ingatlah janji Allah dalam Quran bahawa Allah telah menciptakan lelaki yang beriman untuk perempuan yang beriman dan begitulah juga sebaliknya. Peganglah janji Allah tersebut. Andainya jika cinta kepada manusia sehinggakan sanggup meninggalkan Islam, melalaikan kita daripada mengingati serta mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya maka tinggalkanlah si dia. Insyaallah akan ada yang lebih baik daripada si dia yang akan menjadi peneman hidup kita kelak. Apa yang penting kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah. Dan insyaallah Allah akan menjaga hubungan kita sesama insan.
Renung-renungkanlah kisah tersebut dan jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran. JANGAN KERANA CINTA MEMBUNUH CINTA HAKIKI..
Oleh: Kump. Zinnirah
Masa: 05.54 a.m.
No comments:
Post a Comment