Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Coretan pengalaman

Trilogi pengalaman selama 2 hari 1 malam

Salam ukhuwafillah buat sahabat sekalian.. Di sini kami nak kongsi satu cerita yang penuh bermakna yang Insyaallah akan menjadi satu pengalaman hidup.


05/09/2010
Usai saya dan sahabat seperjuangan mendengar kuliah haraki yang disampaikan oleh abi (Cikgu Mohd. Nasir Che Ali), setelah menunaikan solat Zuhur di pejabat kami pun memulakan langkah kami untuk ke Taman Ria. Memang dah tekad untuk memulakan operasi jihad iaitu memungut derma untuk program yang secara tahunan akan diadakan oleh PERPPIS iaitu Kursus Amal Islami (KAMI). Sebelum kami memulakan operasi memungut derma, kami singgah di rumah umi untuk menyimpan barang. Yelah takkanlah nak bawa barang-barang sambil memungut derma..banyak tuu.. Setelah berehat dan usai menunaikan solat Asar, kira-kira dalam pukul 3.45 petang kami pun bergerak menjalankan misi kami. Sasaran kami ialah Taman Ria 10 dan 'target' pungutan kami paling kurang ialah Rm 50.00. Perjalanan kami dimulai dengan alunan basmallah dan jauh di sudut hati, masing-masing berdoa supaya dipermudahkan oleh Allah sepanjang perjalanan ini.

Pada mulanya, mestilah rasa malu yang menebal melingkari diri ini. Yelah, perlu ada semangat dan keberanian untuk menjalankan misi tersebut. Kami 3 orang bergerak secara berjemaah menggagahkan diri menuju ke rumah yang pertama. Memandangkan kedua-dua orang sahabat saya baru dalam PERPPIS, sayalah yang memulakan dahulu. Setelah puas menerangkan, sayang seriba kali sayang perasaan hampa pula yang datang menghinggap kerana layanan kami hanya disambut dengan dingin. Tak pa kami kuatkan lagi azam menuju ke rumah kedua. Kata-kata abi masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran saya. "Jangan malu nak buat kerja yang baik dan mendatangkan maslahat kepada umum. Pahala bah itu.." Alhamdulillah di rumah kedua, Allah permudahkan rezeki kami kerana pemilik rumah tersebut bermurah hati memberikan kami derma. Macam-macam gelagat masyarakat yang kami temui.. Terdapat dalam kalangan mereka yang menyambut mesra kedatangan kami dan tidak kurang terdapat dalam kalangan mereka juga yang kurang senang dan berasa curiga dengan kami. Walau apa pun rintangan yang melanda, kami tetap ingin menempuhnya juga.

Entahlah, lama-kelamaan perasaan malu tersebut makin berkurang. Rakan saya yang lain pun sudah mula memberanikan diri untuk berkomunikasi dengan masyarakat dan mereka sendiri berkata bahawa aktiviti mencari derma ni merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan akan menjadi kenangan terindah dalam kompas kehidupan. Ye lah.. apa tidaknya, pelbagai jenis ragam masyarakat yang kami temui. Jam pada waktu tersebut menunjukkan pukul 05.25 minit petang. Cuaca pada masa itu menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Jadi, kami pun bergegas pulang ke rumah umi. Ye lah.. nak bantu umi menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Alhamdulillah kami tiba dengan selamat. Tanpa berlengah kami segera naik ke atas dan mengira pulangan yang kami dapat hasil daripada aktiviti memungut derma tadi.. Biasalah perasaan teruja dan ingin tahu jumlah kesemuanya yang terkumpul. Kami pun mula mengira..Alangkah bersyukurnya kami apabila jumlah yang kami kutip melebihi sasaran yang kami sasarkan. Semuanya berjumlah Rm 168.00.. Wow!! Jumlah yang tidak kami jangka. Setiap seorang dapat Rm 58.00 untuk Kursus Amal Islami.

Setelah selesai mengira, kami pun turun ke bawah ringankan tulang membantu umi di dapur. Emm, kali ni umi masak 'special' sedikit untuk meraikan kedatangan kami. Sibuk juga kami di dapur membantu umi menyiapkan juadah berbuka puasa. Terkadang terdengar gelak ketawa kami menceriakan lagi petang tersebut. Jam menunjukkan pukul 06.00 petang. Abi membawa anak-anaknya (Miqdad, Hazim dan Zahin) ke masjid seperti biasa sekali gus menunaikan solat Maghrib di masjid. Sayup-sayup kedengaran bilal melaungkan azan dan kami pun berbuka puasa bersama umi. Emm, lazat sungguh masakan umi. Sampai menjilat jari lah katakan..Setelah siap mengemas kami pun menunaikan solat Maghrib. Masa berlalu begitu pantas sekali dan benarlah pepatah yang mengatakan bahawa 'Masa Itu Emas'.. Maghrib sudah melabuhkan tirainya dan Isyak menjelang tiba. Setelah solat Isyak, kami bersama-sama solat sunat tarawih bersama dengan umi.

Usai menunaikan solat sunat tarawih, kami sempat bercerita dengan umi dan bermain dengan anak umi. Syok juga mengusik si Amirah dan Miqdad serta bermain dengan Afiqah. Rasa rindu timbul di hati kerana lama sudah rasanya saya tak datang menginap di rumah umi.. Kira-kira pukul 12.00 tengah malam, mata pun semakin lama semakin berat dan kami syahid dibuai mimpi.

06/09/2010
Kami dikejutkan pada pukul 04.15 pagi. Rasa bersalah menjalar diri kerana niat di hati nak bantu umi menyediakan makanan untuk bersahur tetapi terlajak pula tertidur. Emm, makanan pada waktu tu 'simple' tetapi menyelerakan. Kira-kira pada pukul 10.15 pagi kami pun memulakan operasi kami. Kali ini sasaran kami ialah Taman Ria 6. Cuaca yang panas membakar dan menyeringai kulit kami tetapi tidak dihiraukan. Rumah demi rumah kami terus kunjungi dan perasaan risau juga melingkar dalam benak kerana paling kurang 'target' yang kami dapat kumpul ialah Rm 50. Setelah lebih kurang 2 jam 45 minit akhirnya kami membuat keputusan untuk balik ke rumah umi. Kali ini, kami tak sempat habiskan kesemua lorong Taman Ria 6. Hanya 3 lorong sahaja yang sempat kami terjah. Tak pa lah, lain kali kami akan sambung lagi. Yelah, apa tidaknya pukul 02.00 petang nanti kami nak bersiap-siap pergi ke pejabat untuk berusrah dengan abi.

Alhamdulillah, walaupun sekejap tetapi kami dapat mengumpul duit sebanyak Rm 333.00 dan kesemuanya jika dibahagi dengan tiga setiap seorang akan dapat Rm 111.00. Syukur sangat kami ke hadrat Ilahi kerana jika dicampur dengan pungutan semalam dalam Rm 167.00 kesemuanya setiap seorang. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang ditanggung. Insyaallah kami akan cuba lagi berusaha memungut derma dalam masa terdekat ni untuk Kursus Amal Islami dan juga Ekspedisi Dakwah.. Terima kasih banyak diucapkan kepada warga Taman Ria yang seikhlas hati menghulurkan sumbangan bagi membantu PERPPIS menjayakan program KAMI ini. Semoga memperoleh ganjaran yang sewajarnya oleh Allah.

Oleh itu, sahabat sekalian..secara kesimpulannya, janganlah malu untuk memulakan perkara yang membawa maslahat kepada umum dan lakukanlah setiap perkara ikhlas kerana Allah Taala. Sekian sahaja coretan saya untuk dikongsi pada kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi , Insyaallah.

Sekian.

Coretan pengalaman : Kump. Zinnirah
Masa : 02.19 p.m.
Tarikh : 08/09/2010

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *