PERPPIS Bahagian Tawau: May 2011
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Sekadar Teguran..



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..cuba renung ayat yang tertulis didalam Al-Quran ini yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhya ia suatu jalan perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”(Al-Isra’:32)

Sedangkan dekat ALLAH sudah larang apatahlagi untuk buat..fahami zina bukan dikategorikan satu sudut jak tapi zina boleh berlaku apabila sahabat berwangi-wangian berlebih-lebihan sehinggakan lelaki naik syahwat menghidunnya,membayangi lelaki didalam hati boleh juga menimbulkan zina hati..melihat lelaki dengan penuh ghairah menimbulkan zina mata..maaf bahsa kasar tetapi sedarlah itulah hakikatnya yang tidak patut untuk sahabat nafikan.

Yang paling menghairankan zahir dihijab dengan lengkap menutup aurat tetapi hati tidak dihijab dari maksiat-maksiat ini..malulah kalian wanita di palestin sibuk berjuang menentang musuh Allah tetapi kalian sibuk melayan perasaan untuk menagih cinta yang tidak halal untukmu..kalian sibuk mencari pandangan manusia,pandangan Allah kalian abaikan..sering menafikan perkara yang benar..cukuplah dengan hujah untuk kalian menegakkan benang yang basah.Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya tentang apa kalian perkatakan.Allah berfirman:

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka,tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan member kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (Yassin:65)

Paling menyedihkan tudung labuh yang diguna telah tercemar akibat satu dua orang yang buat,muslimah bertudung labuh lain terkena tempiasnya.Kehulu ke hihir hanya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi..ikhtilat tidak pandai jaga..sibuk menyatakan orang tidak betul sedangkan hakikatnya diri sendiri tidak terlihat..Allah..dimana malu kalian?istilah adik-adik angkat tidak patut untuk kalian gunakan..muslimah yang ingin menjaga tidak akan terlibat dengan adik-adik angkat @ kakak-kakak angkat ni..

Lihatlah dengan jelas gadis-gadis sekarang tidak mentup aurat..aurat yang patut tertutup didedah tanpa rasa malu..tudung yang patut dilabuhkan dijadikan fesyen disilang ke atas bahu dan menjadin trend terkini ‘tudung yuna’..bertudung tetapi tidak menepati syarat-syarat bertudung mengikut syariat Islam..

Bertudung tetapi berpakaian ketat

Bertudubg tetapi berlengan pendek dan beseluar ketat

Bertudung tetapi menaiki motor bersama-sama lelaki ajnabi

Bertudung tetapi mulut ‘lazer’tidak pandai jaga

Bertudung tetapi berakhlak buruk

Bertudung tetapi bercewek-cewek

Bertudung tetapi bersms lagha dengan lelaki ajnabi

Jadi,tidak patutlah seorang yang bertudung labuh ada juga yang bersms lagha(perkara sia-sia)..jadi sekiranya berlaku sedemikian sama sahajalah kalian dengan seorang perempuan yang tidak bertudung bersms dengan lelaki secara tanpa batas.Kesimpulannya mohonlah ampun pada Allah kerana lelaki yang beriman tidak memandang wanita pada cantik wajahnya.bicara lembutnya dan ayunya dirimu

tetapi lelaki yang memandang pada agama sahaja adalah lelaki yang soleh, dia menerima dirimu seadanya kerana ia terpikat pada agamamu..agamamu yang akan membawa dirimu dan bakal suamimu ke syurga sana bukan kecantikan yang dikau bangga-banggakan atau harta yang dikau agung-agungkan.Baikila agamamu dan mantapkanlah ilmumu supaya nanti dikau dapat membantu suamimu dalam berjuang dan mudah dalam mendidik anak-anakmu kelak serta menjawab soalan-soalan mereka...


Ya Allah..ku berlindung dengan Engkau..
daripada bertuhankan selainMu..
Engkau sudah cukup
Bagiku sebagai Tuhan..
Memiliki Engkau
Aku rasa bahagia..
Jangan engkau..jadikan aku..
Memiliki selainMu

BY:Mujahidah Wardatul Syauka

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

CORETAN PERJUANGAN


Aku bukanlah seperti dirimu
Yg sentiasa mara dalam perjuangan
yg sentiasa gah di pandangan manusia
aku hanya insan biasa yg sering kali terjatuh
dalam memulakan langkah
yg sering kali kecundang dalam cabaran2 perjuangan
setiap ku melangkah, pasti ada yg ketawa
sekali tersilap ku diserang bertubi-tubi
ku tahu perjuangan itu pahit
yg pastinya akan mnyusul kemanisan
walaupun diri kadang merasa tidak berdaya
terduduk menangis di hadapan Yang Maha Kuasa
mengadu merintih betapa peritnya perjuangan
diri ini hanya insan yg lemah
yg sentiasa cuba memperbaiki diri
walaupun badai terpaksa ditempuhi
dalam meniti hari-hari yg menanti
namun tetap ku gagahi
kerna ku yakin janji Ilahi
yg akan membawaku ke syurga hakiki…

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadah !!!

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.

Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Tanda-tanda Kematian Mulia .. =)

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita. Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan. Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.. Amien Ya Robbi !!

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Pilihan Dan Tanggungjawab

"...Benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung,
Jika dicampak ke laut menjadi pulau..."



Sekadar mengingatkan diri yang sering lupa, dan sesiapa yang ingin mengambil pengajaran melaluinya...

Manusia yang HEBAT itu, campaklah dilautan api mana sekalipun pasti boleh berenang kembali ke pantai semula... Letaklah di dalam ceruk hutan mana sekalipun, pasti mampu untuk hidup dengan baik...


Kita manusia, sering mencipta ALASAN dengan memprojeksikan keadaan atau menyalahkan keadaan. Hingga adakala kita lupa bahawa PILIHAN ditangan kita, kita yang MEMILIH untuk menjadi itu, kita yang MEMILIH untuk melakukan itu, kita yang MEMILIH untuk berada disitu dan kitalah secara keseluruhannya MEMILIH untuk BERTINDAK BEGITU.
Misalnya, jika kita diajak keluar lepak2 dengan teman2, sedangkan dalam masa yang sama masih banyak yang belum distudy sempena minggu peperiksaan yang semakin tiba... Jadi mana satu yang akan kita turuti???...keluar sekadar lepak2 atau study???... PILIHAN DITANGAN KITA BUKAN???

Justeru kita perlu BERANI MEMILIH DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN. Jika keluar lepak2, maka mungkin tidak sempat untuk cover semua subjek hingga berkemungkinan untuk tidak LULUS. Dan seandainya kita STUDY, maka insya'Allah dengan mudah kita menjawab peperiksaan tersebut.


Namun sedihnya, bila mana mata melihat orang lain mampu melakukan sesuatu... sedang diri tidak mampu... Diri mula mencipta alasan dengan meletakkan, individu yang BOLEH itu kerana mereka berada dalam ZON SELESA sedang diri sendiri tidak. Jarang sekali kita ingin memuhasabah kembali apa yang telah kita LAKUKAN hingga kita tidak mampu menjadi BOLEH seperti mereka...

Seorang senior pernah berkata padaku:
"Orang yang kata payah saat menuntut ilmu, itu bermakna mereka tak study." Saat mendengar kata2 senior yang dengan YAKINNYA berkata demikian rupa, terpana sekejap diri ini.... Tika itu aku berada di Tingkatan Enam Rendah... Hingga saat ini, walaupun senior tersebut telah jauh merantau di USM, namun kata2nya masih terkesan dihati...Fuhhh... makan dalam^^.v...
TQ kak shakilla kerana memberi motivasi yang sangattt terkesan!...


Erm... Cik Nur Insan, Ingatlah... Jika inginkan kejayaan milikmu, bukan mencipta ALASAN atas kekurangan diri. Tapi perbaiki KELEMAHAN yang ada.. Kaji semula dimana letaknya KEKUATAN... Jika orang lain BERJAYA, itu maknanya mereka BERUSAHA ke arah itu jadi mereka BERTINDAK untuk jadi seperti itu.... Bukankah formula hidup tu macam ni=

HIDUP = PILIHAN = TANGGUNGJAWAB

Dalam hidup, kita punya PILIHAN untuk MEMILIH... Lakukan PILIHAN yang TEPAT dan TERBAIK, kemudian, HARUS BERANI berhadapan dengan KESAN akibat PILIHAN yang dibuat. Dan itulah yang dikatakan TANGGUNGJAWAB terhadap PILIHAN yang telah dilakukan...

Sesungguhnya KEJAYAAN dalam HIDUP tidak datang BERGOLEK, usaha dan penat lelah harus didahulukan... Jika tidak mahu, maka sesungguhnya dengan senang hati kita telah menempah tiket untuk ke destinasi KURANG BERJAYA^^...kerana itu ANDAI TAHU SUSAH, TINGKATKAN USAHA.. ANDAI TERASA PAYAH, JANGAN PUTUS ASA... KEMENANGAN DARI KEPAYAHAN ITU LEBIH TERASA MAKNANYA;)


BANGKITLAH WAHAI DIRI... PILIH YANG TERBAIK DAN LAKUKAN YANG TERBAIK^^,V...
JADILAH BENIH YANG BAIK, DICAMPAK KE MANA SAHAJA PASTI MAMPU MENJADI YANG TERBAIK...
KERANA SESUNGGUHNYA KITA YANG MEMILIH UNTUK ITU...

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

"WADAH PERJUANGAN" KEPADA SEKALIAN MUJAHID DAN MUJAHIDAH ALLAH !!

Sedarlah kita..
Perjuangan kita belum tamat..
Masih jauh berliku..
Di ranjau jurang lembah merbahaya..
Menempuh kesukaran demi berjuang walau diancam berbagai cara..


Hidup ini adalah suatu perjuangan..
Satu perjuangan adalah untuk berkorban apa sahaja..
Untuk bekorban perlulah menderita..
Kerana menderita itulah dia perjuangan sebenar…
Pejuang sejati itu adalah mereka yang ikhlas dalam berjuang..
Sedikitpun tidak menginginkan pangkat nama dan harta yang melimpah ruah..
Hatinya sangat takut pada Allah..
Itulah dia kekentalan iman sang pejuang dengan kemanisan yang diperolehinya…


Pejuang itu sanggup terasing beruzlah dengan dunia yang fana..
Bermujahadah selalu dengan melawan seteru dalam diri..
Mara kehadapan dengan jihad yang satu..
Sudah sunah para pejuang menjual dirinya dan Allah membelinya dari mereka…
Hati mereka tabah walau menderita..
Sedih dan pilu hanya diri yang tahu di perbatasan sana..
Allah sentiasa melindungi mereka dari ancaman seteru..
Mati mereka syahid di jalan Allah..


Pejuang mempunyai visi dan misi mereka yang satu..
Mendaulahkan kembali islam yang telah terasing dan difitnah ini..
Agar islam yang murni ini kembali gemilang..
Dengan iman dan islam yang cemerlang..
Tabahkanlah hatimu wahai pejuang-pejuang Allah..
Allah merestui kalian sentiasa..
Bidadari melambai-lambai menunggu kalian dengan penuh sabar..
Syurga Allah jaminan kepada mereka yang berkorban di jalannya..

Dipetik daripada laman sosial Facebook ..

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Wahai Para Pendakwah !!

KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

- Al-Baqarah, 42 -


Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.




"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."


-Ali-Imran, 104 -


Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.


"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu."


- H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -


Wahai para dai'e,

Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.


Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab


"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal"


- H.R Malik, al-Syafi'e -



Wahai para dai'e,

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.




"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

- Al-Baqarah, 44 -


Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...


"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".

- Ad-Dhuha,11 -

Dipetik daripada artikel I Luv Islam ..

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Bacalah Al-Quran !!

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Solat Jumaat

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (HR Muslim)

“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (HR Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." (HR Muslim & Abu Daud)

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." (HR Abu Daud)

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)

Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (HR Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Albani)

Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani)

Diperti daripada blog

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Mari kita didik NAFSU!

Bismillahi La Quwwata Illa Billah...

Nafsu bila tidak dididik, ia akan membinasa tuannya.. Tuannya adalah si manusia. Manusia bila ada nafsu ibarat gula dengan semut. Bahkan nafsu bila dah beraja, akal pasti menjadi hambanya!

Manusia akan hilang pertimbangan akal. Masakan tidak, bila akal sudah menjadi hamba.. Maka hati pasti diperintah oleh nafsu dan tambah kronik lagi bila nafsu pula dipimpin syaitan! Jadilah manusia tapi berperangai binatang! Na’uzubillah...

Sejak akhir-akhir ini dunia sudah tidak waras..

Tak usah diceritakan apa kewarasan yang hilang... Saudara boleh lihat sendiri.. Berita ada.. Metro ada.. Kosmo ada.. Semua ada cerita pasal waras yang hilang... Akal yang tunduk.. Nafsu yang beraja..

Sikap adalah tindakan.. Simptom perangai yang akhirnya berkarat menjadi tabiat buruk.. Manakala tabiat yang baik dipanggil akhlak. Akhlak yang menghiasi tingkah hidup. Kehidupan yang tidak punya akhlak ibarat rumah yang tiada hiasan dan perabot. Kosong juga poros!

Manusia yang tinggal di dunia ibarat dua orang putera. Putera dunia dan putera akhirat...

Usahakan mendidik anak-anak kita supaya membesar sebagai putera akhirat!

Putera akhirat ialah orang yang memandu hidupnya dengan stereng taqwa.. Hidup dipacu atas landasan akidah yang sahih. Kekang dipasang berupa syariat waris dari Nabi. Putera akhirat juga adalah orang yang sanggup pertaruh nyawa demi Islam tercinta!

Siapa pula putera dunia??

Mereka ialah orang-orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhan! Merasa bahagia dengan seruan mungkar, lantas tanpa segan menghayati kemungkaran dengan upaya diri mahupun limpah ruah harta yang ada... Sedangkan diri dan harta tadi adalah empunya mutlak Allah!

Putera dunia ataupun putera akhirat.. Keduanya punya penyokong yang tersendiri.. Beruntunglah orang yang menyebelahi putera akhirat.. Muktamad!

Itu sebab dunia perlu ada pantang-larangnya.. Perlu ada had batasannya... Andailah dunia ini tiada sempadan larangan, maka jadilah ia semacam bangkai. Sementara pemburunya ibarat anjing-anjing yang rakus! Dan sememangnya haiwan anjing yang rakus ini tidak peduli samada yang dibahamnya itu bangkai atau daging yang halal...

“Adakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mempateri mati pendengarannya serta hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan dapat memberi petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran.” Surah al-Jaatshiah, ayat 23.

Bila nafsu menjadi tuhan,

Lantas hukum dan peraturan pasti tunggang-langgang. Yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Bukan kerana manusia tidak tahu... Bukan kerana jahil.. Sebaliknya dek kerana golongan ini memuja nafsu, maka mata hati mereka tertutup dari melihat yang hak! Walaupun yang hak itu sudah amat nyata.

Hakikatnya..

Ad-dunya darul amal. Dunia hanyalah tempat untuk beramal sebagai bekal kehidupan panjang akhirat.. Bahkan bekalan tadi bukan sekadar ibadah solat, puasa dan seumpamanya.. Apa sahaja urusan dunia yang dibuat, bertanikah, berniagakah... Semuanya akan menjadi bekal akhirat andai ia dilaksanakan mengikut syariat kerana visi akhirat itu bukan setakat hablum min Allah bahkan ia juga terkandung hablum min an-naas..

Renungilah pesan Nabi tercinta...

“Bagiku berada di dunia ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu ia singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang.. Berehat barang sebentar menghilangkan penat.. Selepas itu, beredarla ia meninggalkan pohon rendang tadi dan dia mesti meneruskan perjalanan.”

...ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu ia singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang...


Konklusi;

Dunia bukanlah matlamat bagi si pengembara.. Dunia hanyalah tempat singgahan barang seminit dua.. Mengumpul bekal kekuatan untuk perjalanan yang masih jauh.. Jauh ke depan..

Kadangkala sang pengembara boleh jatuh keasyikan lalu terlena di bawah pohon yang rendang.. Apatah lagi jika pohon itu sedang berbuah lebat dan masak ranum..

Kembarasanghamba... Singkatnya kembara ini...

Moga nafsu kita dipimpin oleh taqwa dan iman!


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Wanita dan Wangian.Apa hukumnya?


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

KISAH DAJJAL-HARAP ANDA SEMUA MENGAMBIL IKTIBAR SELEPAS MEMBACANYA


Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajjal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajjal.


Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajjal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajjal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajjal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajjal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajjal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajjal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajjal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajjal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajjal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajjal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajjal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJJAL

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajjal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajjal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajjal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajjal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajjal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajjal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajual: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajjal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajjal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajjal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajjal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajjal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajjal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajjal.”

Katanya, dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajjal dan tenteranya. Bila dajjal lihat Nabi Isa, dajjal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)


Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.


Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering
DIPETIK DARI :Ustaznaim.blogspot

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

LAWATAN AMAL

Persatuan Putera Puteri Islam(PERPPIS) telah mengadakan satu lawatan amal ke Rumah anak Yatim ARRAUDHOH iaitu Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY) yang terletak di Batu 4 Jalan Apas Tawau.Lawatan ini telah diadakan pada 07 mei 2011,Program lawatan ini telah dihadiri seramai 19 orang yang terdiri daripada ajk PERPPIS Tawau.




Pengurusi rumah anak yatim atau yang dikenali sebagai Abah memberikan kata-kata aluan kepada para ajk dan sekali gus menceritakan serba sedikit tentang rumah tersebut.........


presiden PERPPIS memperkenalkan serbah sedikit tentang PERPPIS.........

Sebelum menunggu waktu solat asar masuk,timb.presiden memberikan sedikit
taskirah......


para ajk sembahyang berjamaah bersama-sama dengan adik-adik dan diimamkan
oleh atuk.....


Ajk perppis dan anak-anak yatim memberihkan sekitar kuburan yang terletak bersebelahan
rumah anak yatim.......

para ajk perppis menggumpul semua sampah-sampah yang telah
di kutip....


selepas bergotong-royong membersihkan sekitar rumah anak yatim arraudhoh,
ajk perppis membuat riadah sedikit untuk menghiburkan hati anak-anak yatim........


setelah habis beriadah,para ajk bersama-sama minum dan makan petang......

sesi lambaian ukhwah.......


sesi bergambar bersama anak-anak yatim arraudhoh......


Doa daripada kami agar semua anak-anak yatim arraudhoh menjadi
anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat,amin.....

InsyAllah....program yang sebegini akan diteruskan dan mudah-mudahan mendapat berkat disisi Allah s.w.t. ....Program ini juga merupakan salah satu dakwah perppis dibumi Tawau,selain membuat program ibadah yang lain...Nantikan program yang seterusnya daripada PERPPIS BAHAGIAN TAWAU.

by : .......

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Cinta Kita Untuk Siapa?

Sebagai analogi, bagaimana pandangan kita jika ada ORANG YANG MEMBERI BUNGA KEPADA BERUK..???? tentu tidak sepadan bukan.. sepatutnya bunga untuk KEKASIH.. maka, begitulah hati kita ini.. cinta kita hanya untuk ALLAH.. jika kita berikan pada yang lain, itu bermakna kita TIDAK MENGHARGAI CINTA itu,.


Sebaliknya.. berikanlah hati kita kepada ALLAH.. Allah tidak akan mensia-siakannya.. CINTA KEPADA ALLAH akan selalu membuatkn kita sntiasa ingt kepadaNya.. Inilah rahsia ketenangan di dunia dan akhirat.

Firman ALLAH,

" KETAHUILAH DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MNJADI TENANG... " (ar-Ra'd 13:28)


bagi PENCINTA ALLAH...

dengan cinta ALLAH, mereka akan lebih tenang dalam derita, rasa mulia ketika dihina dan rasa lapang ketika kesempitan..!!!



Dalam apa jua keadaan, mereka beruntung dan bahagia.. Sabda Rasulullah S.A.W:

"AJAIB BAGI ORANG MUKMIN KERANA BILA SENANG DIA SYUKUR LALU DIBERI PAHALA. BILA SUSAH, DIA BERSABAR LALU DIBERI PAHALA. DALAM KEDUA-DUA KEADAAN DIA AKAN MENDAPAT KESENANGAN..."


Inilah rahsia yang ada dalam hati pencinta Allah dahulu dan sekarang sehingga dengan itu mereka sanggup putus cinta kerana CINTA...!!!

Dipetik daripada blog..

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

alt

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri