Bukan itu sahaja, dalam soal bab hukum-hakam sahaja pun belum pasti ada yang boleh menjawab apabila seseorang ingin bertanya kepadanya. Sekiranya yang bertanya itu orang bukan islam, apakah jawapan yang boleh kita ajukan sekiranya hukum-hakam agama sendiri pun masih lagi buta. Perbuatan ini bukan sahaja memalukan diri sendiri malah boleh memberikan kesan kepada agama khususnya agama islam.
Kejahilan berlaku sebenarnya berpunca daripada sikap individu itu sendiri yang malas dalam mencari ilmu.