Salam perjuagan....
Dalam kita menguasai sesuatu badan, kumpulan atau organisasi atau menjadi seorang pemimpin, tanggungjawab dan pengorbanan ketua atau pemimpin itu dalam sesuatu badan adalah amat besar dan luas kuasanya. Kuasanya meliputi semua aspek. Namun begitu, artoriti seorang pemimpin pada masa kini kurang menyerlah kepimpinannya seperti pemerintahan beraja di Negara Jepun pada abad ke-19. Di jepun sistem pemerintahan beraja dikuasai oleh shogun tokugawa. kuasa pemerintahannya telah diambil sepenuhnya oleh shogun. Pemerintahan ini berlaku pada zaman dahulu kala.
Kita lihat pemilihan pemimpin atau amir sekarang lebih kepada berat sebelah. Pemilihan pemimpin sekarang sangat lemah dan amat membahaya kerana pemilihan dipilih melalui kekayaan, paras rupa dan seumpamanya dalam melantik pemimpin.
Dalam perjuagan ILMU dan PENGALAMAN adalah faktor yang sangat penting dalam memilih calon sebagai pemimpin atau amir atau ketua dalam sesuatu badan atau organisasi.
Apabila dilanti sebagai ketua ada masanya kita perlu ikut arahannya adakala tidak. Jika tidak bertentangan dengan islam maka ia boleh diikut jika sebaliknya maka jangan.
Mari kita hayati hadis ini :
Diriwayatkan hadith dari Syu'bah hadith dari yahya b Hussein hadith dari neneknya (i.e. nenek Yahya) yg berkata:'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Jika dijadikan Amir atas kamu sekelian seorang hamba Habsyi yg cacatpun, maka mendengarkanlah (nasihat dan ketetapannya) dan taatilah (ketetapan, perintah dan suruhannya) selama dia menunjukkan dengan panduan Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran).' [Hadith ibnu Majah] jelaslah yang wajib kita pastikan bukan rupa bentuk atau keturunan orang yang dilantik sebagai pemimpin atau Imam/Amir itu, tetapi dia menguruskan jema'ah umam (yg kita adalah anggota jema'ah tersebut) dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau dia memerintahkan sesuatu yang ditegah atau bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka nasihatnya atau perintahnya tak perlu didengarkan dan jangan sekali-kali ditaati. Kerana menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menyebabkan kita tergelincir dari Islam, wal iya zubillah