Hai Anakku...
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,bnyak manusia yg karam ke dalamnya..Bila engkau ingin selamat agar jgn karam.,layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA.,ISInya ialah IMAN.,dan LAYARnya adalah TAWAKAL KPD ALLAH.
..Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah.,Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat dari org lain maka dia akan menerima kemuliaan dari Allah juga..
Hai Anakku...
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH.,maka dia tawadhuk kpd ALLAH.,dia akan lebih dekat kepada ALLAH.,dan sentiasa berusaha mnghindarkan maksiat kpd Allah..,
Hai Anakku...
Seandainya ibubapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu, maka marahnya ibubapa mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman..
..Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH..Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa),tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari Rahmat ALLAH..
Hai Anakku...
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar..Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti..
Hai Anakku...
Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
Hai Anakku...
Janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan..
..Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya..
Hai Anakku...
Bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja..
..Janganlah engkau makan sampi kenyang yg berlebihan.,.kerana ssungguhnya makan yang terlalu kenyang itu tidak baik dan sebaiknya bila makanan itu di berikan kepada anjing sahaja..
Hai Anakku...
Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung mamuntuhkan sahaja kerana pahitnya sesuatu barang itu.,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan..
..Makanlah makanan mu bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan bermusyawarahlah urusan mu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat kepada mereka..
Hai Anakku...
Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya..Hal itu tidak ubah bagaikan ORANG YANG MENCARI KAYU BAKAR.,maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya.,padahal ia masih mahu menambahkannya..,
Hai Anakku...
Bila mana engkau mahu mencari teman sejati.,maka ujilah dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.,bilamana dengan kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu (menasihati).,maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan .,Bila tidak demikian maka berhati-hatilah..
..Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasa mu dan manis wajah mu.,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga..
Hai Anakku...
Bila engkau berteman.,tempatkanlah diri mu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya..Namun biarkanlah dia mengharapkan sesuatu dari mu..,..
..Jadikanlah diri mu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu..
Hai Anakku...
Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.. sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya...
Hai Anakku...
usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri..kalau berbicara,usahakanlah agar bicara mu mendatangkan manfaat bagi orang lain..
Hai Anakku...
Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia siakan hartamu
..Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi.sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun,dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dan berkata kotor tentu akan menyesal..
Hai Anakku...
Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu..Perhatikanlah kata nasihatnya dan amalkanlah apa yang di ajarkan oleh mu..