Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

6 KUNCI KEMENANGAN


Allah telah berfirman dalam surah al-anfal 45-47, maksudnya :

45) "wahai orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh), hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

46) "dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar".
47) "dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana ingin dipuji), serta mereka pula menghalang menusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah maha meliputi pengetahuan nya akan apa yang mereka kerjakan".

apabila mentadabbur surah ini, maka akan didapati pengajaran yang sangat berharga daripada Alllah swt yang memberikan nilai-nilai tarbiah berunsurkan jihad yang sangat penting untuk meraih kemenangan. terdapat 6 kunci kemenangan yang dapat diraih daripada ayat tersebut.

1.Thabat / fathbutu
"apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya"

2. Memperbanyakkan zikrullah 
"sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan)".

3.Mentaati Allah dan Rasulnya
"dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya".

4. Tidak berbantah-bantah.
"dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu".

5. Sabar
"dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar".

6. Ikhlas
"dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk(kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana ingin dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah".

Jadi bilamana kejayaan itu masih sukar dilakukan maka tanyalah diri lihatlah diri adakah segala yang dibicarakan itu sudah ada pada diri atau belum...oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkan...tepuk dada tanya iman...

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *